BAB 12

Romance Completed 9264

“Kenapa awak nak pancung kepala dia,” aku tunjuk Qila yang berada di luar, dia di tenangkan Mikail. Memandangkan cermin bilik security guard ni tinted, jadi Qila tak nampak lelaki ni di dalam.

“Oh dia ke? lu sebok kenapa?,” dia pandang aku.

“Yang aku sebokkan tu isteri aku. faham tak isteri aku. aku nak kau cerita A to Z. Now!,” aku balas pandangannya dengan muka bengis aku.

“Okay fine! Aku memang pernah ugut dia macam tu, tapi tu cerita 2 or 3 tahun lepas, apa masalahnya? Aku ugut pun sebab dia tak bayar hutang. Adat la pinjam hutang kat along tak bayar kasi potong, aku jalankan tugas aku je. Aku pun perlukan duit kot bro,” lelaki itu terus lemparkan pandangan pada Qila.

“Tak payah nak pandang dia,” aku ketuk meja di depan lelaki itu.

“Sorry bro. Tapi dia makin cantik pulak sekarang ni,” aku pandang Qila, dia tengah meneguk air. Memang cantik, tapi kenapa lelaki ni sebok pulak nak puji Qila.

“Memanglah, isteri siapa. By the way. Dia pinjam berapa?,” soalku serius.

“RM10,000, sebab dia dah lama tak bayar jadi RM15,000,” lelaki itu tunjukkan 10 jari pada aku, kemudian 5 jari.

“Okay aku bayar. Nanti aku suruh sekretari aku uruskan cek,” aku pandang Mikail, lelaki itu turut pandang ke luar.

“Tak payah bro, kan aku dah cakap benda dah lepas, semua hutang dah setel. Perempuan tu je gabra lebih,” oh aku lupa,benda dah lama jadi.

“Lepaskanlah aku. Nak tunggu apa lagi?,” dia terus berang apabila security guard menolaknya duduk kembali.

“Boleh. Tapi siapa yang bayar duit tu? Dia ke? and one more thing, kau jangan sesekali muncul depan dia,” jari aku tegak menunjuk ke arah Qila.

“Dia? Bukanlah, tak silap aku tunang dia yang bayarkan. Everthing duit bro. Berapa aku dapat kalau aku tak muncul depan dia,” lelaki itu terus senyum sinis. Manusia bila nampak peluang memang laju je. Takpe, aku suka orang macam ni.

“RM3000,” aku berdiri menyandar di meja.

“Bro, ingat kerja senang ke tak muncul depan dia. Macam pelarian tau tak,” dia pandang Qila lagi. Aku ubah kenyataan aku tadi, sekarang aku benci orang macam ni. Suka ambil kesempatan.

“Okay. RM5000? Deal?,” aku pandangnya serius.

“Kata CEO, setakat RM5000 macam RM5 je bagi kau. Buat amal jariah tu kena banyak sikit Bro,” memang la RM5000 tu macam RM 5 bagi aku. Tapi duit walau sikit mana pun tetap ada nilai, dan sikit-sikit lama-lama jadi bukit, aku tak boleh nak tunduk dengan lelaki ni, dia ingat dia siapa.

“Okay lah. Kau nak RM5000 ke atau aku upah orang untuk hilangkan kau terus dari dunia ni? Bagi aku yang tu lagi senang, dah memang confirm kau tak muncul lagi depan dia,” aku tarik collar bajunya, kalau ikutkan hati dah lama aku bagi buku lima aku dekat dia baru dia dapat rasa tumbukan atlet taekwando peringkat negeri ni.

“Okay fine. Aku terima deal RM5000 tu,” senang je nak deal dengan orang macam ni, dia gertak kita. Kita gertak dia balik.

“Dah. Kau boleh blah,” aku bagi isyarat pada security guard untuk lepaskan dia.

“Wait, tak boleh. Tunggu kejap,” aku terus berjalan keluar untuk berjumpa Mikail.

“Mikail, tolong bawak balik Qila. Aku ada hal la, tak dapat nak balik dengan dia. And don’t ever think to do silly thing dengan dia. Aku tahu kau buat apa-apa dekat dia, bukan setakat penumbuk je, satu set penendang, penampar, flying kick semua aku bagi dekat kau,” aku buat muka serius, Mikail ni bukan betul dia ni ketua segala buaya darat, tapi dengan aku, kalau aku kata jangan dia memang tak buat.

“Tak payah la serius sangat. Kita kawan kot, sharing is caring,” Mikail terus memujuk, memang tak faham bahasa betul si Mikail ni.

“Sharing is caring can only be applied for food. Bukan untuk perempuan. Faham?,” aku angkatkan kening aku, supaya Mikail sedar aku bukan main-main.

“Laaaa dulu boleh je, girlfriends kau dah macam girlfriends aku. Bukan apa pun, aku nak ajak Qila dating dekat I-city je pun,” Mikail terus memujuk, memang betul, dulu girlfriends aku girlfriends dia jugak, daripada tu la aku tahu girlfriends aku ni jenis setia atau tak, semuanya tak boleh pakai. Nampak lelaki berduit, handsome cepat je cair.

“Woi itu girlfriend ni isteri aku,” aku terus membulatkan mata. Dia ingat aku nak share isteri aku jugak ke apa.

“Kau ni dalam mood berlakon ke apa? rileks la kita bertiga je ada dekat sini,” Mikail terus mengenyit mata pada aku tanda suruh berhenti berlakon, masalahnya aku tak berlakon pun.

“Tak. Aku tak berlakon. Dah pergi hantar dia cepat,” aku terus tolak perlahan bahu Mikail, Qila hanya duduk termenung, trauma sangat tu.

“Seriously? Woi kau dah anggap dia isteri kau betul-betul ke? Khai, ingat sikit. Dia tu sebahagian dari plan kita je, kau jugak yang kata dia tu dalam kategori kerja. Okay lah aku pergi dulu. Jom Qila,” Mikail bisik di telinga aku, untuk tidak di dengari Qila kemudian Mikail terus beredar diikuti Qila. Bila aku fikir balik semua tindakan aku ni, memang betul aku dah macam ambil berat dengan Qila. Mungkin sebab dia bagi kepentingan dekat aku, gila? Siapa je nak sayang orang gila macam si Qila tu, aku masuk semula dalam bilik itu.

“Lepas 10 minit baru lepaskan dia, saya tak nak isteri saya nampak muka dia,” aku beri arahan pada security guard.

“Sayang betul kau dekat isteri kau. Perangai kau ni sama macam tunang dia dulu, sanggup bayar semua hutang, sekarang aku tengok dia kahwin dengan orang lain. Aku rasa kan bro, isteri kau tu jenis yang suka tukar-tukar, silap-silap nanti dia mintak cerai dekat kau sebab nak laki lain, kalau kau tak bagi pun dia senyap-senyapkan je hubungan dia dengan laki lain, hahahaha,” aku terus bagi penumbok, entah kenapa aku rasa hati aku ni rasa macam kena hiris je lepas lelaki tak guna ni cakap macam tu pasal Qila.

“Kau takde hak nak cakap macam tu. You know nothing about her, and yeaa jangan muncul depan aku jugak. Don’t ever think to come here again, aku dapat tahu kau jejak kaki kau dekat sini, mampus kau,” dah kenapa dengan aku ni? Aku baru je hilang satu customer. Jangan ikut emosi Khaizal, kau tak pernah campur adukkan emosi dengan kerja selama ni.

“Kau boleh datang sini. Lupakan apa yang aku cakapkan tadi,” aku paling ke belakang.

“Bro, mental ke? kejap kata boleh, kejap kata tak boleh,” what? Dia kata aku mental? Ini dah sama macam dia hina Qila. Tak boleh jadi, aku takkan benarkan dia jejak kaki dekat sini lagi. Haram bagi dia beli belah dekat sini.

“Kau dengan segala keturunan kau aku haramkan jejak kaki dekat sini. Dah berambus,” aku tinggikan suara. Lantak la hilang customer ke apa, isu dia sekarang dia dah sakitkan hati aku. Dia terus pergi, lega sikit hati aku lepas dia pergi. dan sekarang aku kena call Azad dan jumpa dia, aku nak tahu semuanya dari A to Z pasal hutang dengan along ni.

“Mana pulak Azad ni?,” dah nak dekat 10 minit aku tunggu dia dekat restaurant ni, naik rimas aku dengan perempuan yang dari tadi curi-curi ambil gambar aku, ingat aku tak perasan ke? sebab tu aku ajak Azad jumpa dekat cafe Papa aku ada privacy, tapi dia tak nak, kata jauh dah la ramai orang dekat sini.

“Sorry, saya lambat. Ada hal kejap tadi,” Azad terus menarik kerusi, kalau bukan aku yang minta jumpa dah lama si Azad ni kena maki dengan aku.

“Ceritalah,” aku terus memeluk tubuh sambil pamer muka egoku.

“Tunggu la dulu, kita minum dulu,” pelawa Azad.

“Takpe. Saya ada banyak lagi hal perlu di uruskan, tak boleh nak lambat sangat,” aku pandang Azad serius.

“Oh okay. Cerita dia macam ni, masa saya bertunang dengan Qila, saya langsung tak tahu dia pinjam along tu pun kebetulan masa kitorang tengok wayang ada orang ekori kitorang dan end up dia ugut nak pancung Qila sebab tak bayar hutang disebabkan saya tak nak kehilangan Qila saya bayarkan la hutang Qila,” bersungguh-sungguh Azad cerita.

“Wait. Rm15000, quite a lot. Macam mana awak boleh bayar?,” aku hentikan sebentar cerita Azad.

“Jangan cepat judge orang, saya memang nampak biasa je, tapi saya anak dato’,” Azad mula menunjukkan muka bangga.

“Duit yang awak bayar tu duit awak atau duit ayah awak?,” soalku lagi.

“Hmm duit ayah saya. Saya mana ada duit sebanyak tu, lagipun saya student masa tu,” tak payah nak bangga sangat lah kalau duit ayah, bisikku dalam hati.

“Oh ingatkan duit awak, sebab masa saya student saya dah tak guna duit ayah saya, semuanya duit saya,” kali ini aku pula pamerkan wajah banggaku.

“Ye saya tahu. Qila banyak cerita pasal awak, masa tu dia obsess gila dengan awak,” Azad pandang ke meje, mungkin dia tengah flashback balik kenangan zaman dulu.

“Sambung lah,” ujarku.

“Lepastu Qila ceritakan segalanya pada saya. Dia pinjam along sebab nak bayarkan duit pembiayaan ibu dia dekat hospital, maklumlah ayah dia dah lama takde, jadi semua wang perbelanjaan rumah, semuanya atas bahu Qila sebab ibu dia dah tak mampu nak bekerja tak lama lepas tu ibu dia meninggal, since sekolah dia dah kerja part-time, sebab dia jenis independent la buat saya suka dia dan saya ambil keputusan untuk bertunang dengan dia,” Azad melemparkan pandangannya pada orang yang lalu sebentar di meja kami.

“Habis tu kenapa korang putus tunang?,” soalku. Rasanya soalan ni dah masuk topik lain.

“Sebab awak lah, walaupun dia dah ada saya tapi dia lagi sukakan awak. Setiap topik yang kitorang bincangkan mesti dia kaitkan dengan awak, setiap hari ada je cerita pasal awak dari mulut dia. Awak imagine, macam mana saya nak teruskan perkahwinan kalau dekat hati dia ada lelaki lain,” Azad pandang tepat ke arah aku, dan aku rasa dia tak patut marah aku sebab aku langsung tak bersalah.

“Tapi awak tak boleh salahkan saya,” aku terus mempertahankan diri aku.

“Saya tak salahkan awak pun, sebab memang betul pun awak tak salah, awak pun masa tu tak tahu kewujudan Qila, tapi congrats on your wedding, korang sebenarnya sangat padan, jaga Qila elok-elok walaupun mulut dia agak tak reti nak kawal, tapi dia jujur. Jangan sebab lepas dia dah tak sempurna ni awak buang dia macam sampah, walaupun dia ada mental disorder,” Azad pamerkan wajah sayu, aku syak dia ada simpan lagi perasaan pada Qila, tapi disebabkan adanya aku di hati Qila dia jadi relakan saja, hebat jugak aku ni.

“I know that. Saya pergi dulu,” aku terus beredar, sambil melemparkan senyuman pada gadis-gadis yang tengah kusyuk ambil gambar aku, reaksi mereka terkejut buat aku nak gelak terbahak-bahak tapi image kena jaga, jadi aku tahankan saja gelak aku. Aku terus pandu kereta dan pulang, hari dah malam, mesti Qila tengah tengok televisyen tak pun dia besembang dengan Kak Jah.

“Qila.. Qila, saya dah lapar ni, masakkan untuk saya,” aku terus panggil Qila sejurus melangkah masuk. Entah kenapa ada rasa excited nak lihat wajah dia.

“Maaf Khai, Qila dari tadi tak balik lagi.Bukan ke Qila keluar dengan Khai tadi?,” Kak Jah keluar dengan penyapunya, si Mikail ni main-main dengan aku! aku terus call Mikail tapi tak dapat, aku ambil keputusan untuk pergi ke rumah Mikail, tapi keretanya langsung takde, dah macam orang gila dah aku pergi gegarkan pagar Mikail, tapi tiada langsung tanda Mikail di rumah, seluruh kawasan aku cari semua tempat yang Mikail selalu pergi aku cari termasuk rumah mak Mikail di Melaka, punyalah jauh aku pergi semata-mata nak cari Mikail dengan Qila, tapi tiada langsung jejak mereka.

Mulalah aku fikir benda bukan-bukan, dah la malam dan lagi satu Mikail tu buaya darat. Cari punya cari rupanya sampai subuh aku mencari Mikail dan Qila, akhirnya aku ambil keputusan untuk pergi tenangkan diri aku di The Hierarchy, aku terlena sebentar di sofa office ku, tak lama kemudian ada orang menggerak aku. Akhirnya Mikail.

“Mana Qila? Kau pergi mana semalam? Apa kau buat dengan dengan Qila? Aku dah kata jangan apa-apakan dia kan?,” aku terus merentap collar kemeja mikail kuat.

“Woi.. woii sakitlah. Lepaskan,” makin dia kata lepaskan makin kuat aku rentap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience