BAB 9

Romance Completed 9264

“Diam!,” aku mengusap kepala Qila dan pamer muka sedih, tak lama kemudian aku dapat dengar suara-suara memuji aku. tak kurang juga bersimpati dengan aku.

“Kesiannya dia, bukan setakat berat tanggungjawab jadi CEO tapi nak menjaga isteri yang sakit pun tugas yang berat. Serious, aku memang tabik dengan dia, memang patutlah The Hierarchy jadi shopping mall termaju dekat negara kita ni ,” kata salah seorang lelaki yang agak tinggi itu, aku cuba tahan senyum. Aku terus memohon maaf pada security guard itu dan terus memimpin Qila masuk ke dalam kereta.

“Hipokrit! Pura-pura! Monyet! Talam dua muka!” Qila terus memeluk tubuhnya, mukanya masam mencuka.

“Itu dah lebih,” aku terus pandu kereta.

“Unta! Beruk! Kambing! Tapir!,” Qila terus terkumat kamit menyumpah-nyumpah.

“Haa apa lagi? rusa? Biawak? Buaya?. Haaa keluarkan semua nama binatang,” aku pula dah terikut dengan dia.

“Bodoh!,” aku terus memberhentikan kereta, berani betul dia bodohkan aku.

“Awak memang tak pernah belajar cara berkomunikasi ke? perkataan bodoh tu tak bersesuaian langsung dengan saya yang ada otak hiper genius ni, faham?,” aku pandu kembali.

“Saya tak bodohkan Tuan, saya bodohkan security guard tadi,” Qila terus senyum pada aku. memang betul dia ni mental disorder, kejap marah kejap elok.

“Habis tu yang awak sebut semua nama binatang tu apa pulak,” aku soal dia. Dia kembali pada emosi marahnya kembali.

“Binatang yang saya sebut tadi semuanya sama macam Tuan,” dia terus menjeling aku, aku tahankan saja perasaan marah aku ni. nak deal dengan orang mental kena sabar.

“Kenapa pulak? Awak tahu tak, menyamakan orang dengan binatang merupakan satu penghinaan tau,” aku pandang dia sekejap, dia hanya pandang lurus ke depan. Serius saja mukanya.

“Tuan tu la, peluk-peluk saya depan orang ramai. Tuan tahu tak, benda-benda macam tu hanya boleh di lakukan antara dua orang yang saling mencintai dan yang paling penting yang dah halal. Tuan ni tak sekolah ke?,” dia renung tajam mata aku. aku dah malas dah nak jelaskan pasal perkahwinan dekat dia. Aku jelaskan hari ni, esok dia soalkan lagi.

“Saya peluk awak sebab nak wujudkan satu lagi strategi yang boleh menguntungkan shopping mall saya dan juga menaikkan nama saya. Tak kesah la saling mencintai ataupun tak, isu dia sekarang duit,” aku terus mengangkat-angkat kening aku, dia faham ataupun tak belakang cerita.

“Tapi isu dia sekarang Tuan, saya ni cintakan Tuan, tapi Tuan tak cintakan saya. Tuan tak fikir ke Tuan sangat pentingkan diri, sedangkan Tuan takde apa-apa maksud atau rasa untuk peluk saya,”

reaksinya selamba saja. Dia baru confess dekat aku, tapi aku tak nampak langsung wajah malu atau reaksi yang awkward dari dia. Aku pulak yang tak senang duduk. Aku hanya diamkan diri, malas aku nak bertikam lidah dengan dia lagi, bukan penting pun. Cakap dengan dia sama macam cakap dengan bayi. Entah dia faham atau tak apa yang dia cakapkan sendiri pun aku tak tahu, maklumlah otak dah tak berapa nak betul. Aku terus bawa Qila ke salah satu cafe, penuh elegant milik papa aku.

Papa kata nak jumpa dengan Qila, alang-alang nak belanja dia makan, baik aku bawa dia makan dekat cafe Papa aku, percuma pun percuma. Reaksi yang sama Qila tunjukkan tatkala kakinya melangkah masuk ke dalam cafe milik Papa sewaktu dia melangkah masuk ke dalam rumah aku. Dari jauh aku dapat lihat Papa menunggu sambil berdiskusi sesuatu dengan sekretarinya, tak lain tak bukan tentang hal kerja, dia bukan macam aku, dia terlampau serius tentang kerja tapi semua kerjanya telus dan suci, langsung tak pakai jalan kotor macam aku. Tapi, jalan kotor pun salah satu usaha juga.

“Pa. Dah lama tunggu?,” ujarku. Aku terus menarik kerusi untuk Qila, dan kemudian aku tarik kerusi lagi satu untuk aku duduk.

“10 minutes already. Janji pukul 2 datang pukul 2. You know it already, I hate to wait people,” ayah aku memang tegas. Paling pantang kalau orang tak tepati masa, ni semua salah Qila, sukati je keluar tanpa beritahu aku.

“Sorry Pa. Qila ni ha lambat,” aku terus lemparkan segala kesalahan pada Qila, supaya Papa tak marah aku.

“No. You yang berjanji you jugak yang kena tepati. I don’t care apa pun yang jadi. Tanggungjawab atas bahu you, and you’re not supposed to blame other people,” Papa terus melihat Qila, dia pandang teliti setiap inci wajah Qila. Aku tahu, dia tengah baca perwatakan Qila. Ayah memang pakar baca perwatakan orang.

“Sorry Pa. Oh by the way, this is Qila. My wife,” aku terus cuit Qila untuk salam Papa aku. Qila turuti saja.

“I know it already. So young lady, what’s your full name? How is your parents?,” Papa terus melemparkan senyuman pada Qila.

“Nama dia Aqila Sofia, dia anak yatim piatu Pa,” aku tak mahu Qila jawab, karang bukan-bukan saja yang keluar dari mulutnya tak pasal-pasal dia sindir Papa aku pula.

“No. I’m asking her not you Khai. So Qila, macam mana hidup Qila sekarang? Khaizal jaga Qila elok-elok tak?,” Papa tak pernah sebaik ini dengan stranger. Aku musykil, mungkin sebab dia dah tahu Qila ni mental disorder sebab tu dia cakap lembut-lembut.

“Okay je Pak cik. Saya jadi orang gaji dekat rumah Tuan Khaizal,” what? Pak Cik? She supposed to call Papa Dato Razif or at least Dato’ .

“Orang gaji? Hmmm maafkan pakcik ye. Anak pakcik ni memang nak kena ajar,” Papa terus pandang aku serius. Dah kenapa dengan Papa ni, dia bukan tak suka ke orang main panggil je dia sesuka hati.

“Tapi takpe pak cik, sebab Tuan ada lah saya ada tempat tinggal. Kalau tak saya taktau nak tinggal dekat mana. Tapi rumah tuan besar sangat, membazir je pak cik. Orang kaya memang suka membazir kan? Buatnya rezeki tu hilang sekelip mata, baru tau nak berjimat,” aku dah agak dah, mulut dia memang tak reti nak kawal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience