BAB 7

Romance Completed 9264

“Oh yeke? Kak Jah tak bagitau pun. Sorry,” Qila terus bangun, masih lagi memegang legannya yang sakit itu.

“Kejap,” aku turut bangun dan terus memegang legannya, walaupun aku tak tahu nak mengurut tapi entah kenapa tindakan refleks seorang lelaki itu tetap ada. Gentleman tetap gentleman.

“Apa ni Tuan, Tuan tau tak pegang tangan bukan mahram tu dosa?,” dia lupa lagi la tu, berapa kali aku nak bagitau pun taktau la, nak je aku nikah lagi sekali dengan dia, biar fikiran dia clear sikit. Tapi, buat apa? kalau dia selalu lupa lagi bagus, lepas ni kalau aku lafaz cerai dekat dia mesti dia boleh buat selamba je. No hurt feeling.

“Ish.. budak ni, dah pergi keluar. Saya nak mandi,” Aku terus membuka baju dan menggapai tuala, dia nak fikir apa pun fikirlah, aku bukannya tak halal untuk dia.

“Dah kenapa kaku kat situ, nak mandi sekali ke?,” Aku senyum sikit, lepas tengok Qila jadi tak tentu arah sampai nak terhantuk kepalanya dekat pintu. Tu baru aku reveal sikit dah kematu, amazed la tu tengok six pack aku. kalau boleh ada 10 packs dah lama aku work out bagi semaksimum boleh, memandangkan gym pun ada dalam rumah, tak payah aku nak susah payah keluar. Selesai mandi aku terus ke meja makan, selalunya Kak Jah akan siapkan sarapan untuk aku, roti bakar dengan kopi walaupun nampak ringkas tapi benda tu la first thing yang aku akan cari bila bangun pagi.

“Kak Jah, nampak sedap betul roti bakar harini,” aku puji Kak Jah, patutnya Kak Jah kena bersyukur sebab bukan senang aku nak puji dia. Aku ni bukan senang nak puji orang.

“Amboi Kak Jah berlagak betul, takde terima kasih ke,” pelik betul. Selalunya kalau aku puji Kak Jah bukan main berseri lagi, siap menyanyi ucap terima kasih dekat aku.

“Hmmm, sorry, bukan Kak Jah yang buat roti bakar tu. Tapi saya yang buat,” Qila terus keluar dari balik dinding. Selama ni dia menyorok di belakang dinding itu.

“Oh yeke. Saya rasa dulu,” memang sedap. Pakage betul Qila ni, cantik dah cantik dah. Masak pun reti, tapi sayangnya aku bukan jenis yang main kutip je perempuan nak di jadikan isteri, ni pun sebab nak kaut keuntungan yang lebih besar. Lepas je semua yang aku nak tercapai, baru aku fikir nak beristeri yang betul.

“Macam mana Tuan? Rasa apa?,” soalnya, dekat benar dia dengan aku.

“Hmm rasa roti bakar la. Nah, makan,” aku suapkan dalam mulutnya, dia hanya turutkan saja apa yang aku lakukan.

“Memang sedap. Boleh saya makan sekali Tuan, sedap pulak bila makan ramai-ramai,” Qila terus duduk berhadapan dengan aku, aku ingat lepas dia accident ni berubah la sikit perangai dia, tapi sama je.

“Ramai- ramai? Awak ada nampak benda lain ke kat meja makan ni? awak ni ada schizo jugak ke apa?,” aku terus mengerutkan dahi, Qila ketawa kecil.

“Apa lah Tuan ni, kalau lebih dari satu kan boleh dikategorikan sebagai ramai. Maksud saya, Tuan dengan saya lah,” dia ni suka buat aku pening lah.

“Awak ni memang senang je eh ikut lelaki balik rumah?,” aku soalnya, memandangkan dia masih lagi hidup dalam dunianya yang lepas, jadi apa salahnya aku korek rahsia dia sikit.

“Tak lah, saya sebenarnya tak suka sangat bergaul dengan lelaki. Dorang ni menyusahkan, lagi-lagi lelaki yang berlagak sebab harta, dan asyik fikirkan duit tanpa fikirkan orang lain. Saya ikut Tuan pun sebab saya terdesak,” hambik kau Khaizal, betul-betul tepat kena satu persatu dekat muka kau sendiri, mulut Qila ni kadang-kadang takde insurans.

“Terdesak? Sebab?,” aku suapkan lagi roti bakar. Lain macam sedap pulak harini. Mungkin ni yang orang kata air tangan isteri, walaupun aku tak ambil serius pasal Qila, tapi dia tetap isteri aku.

“Sebelum saya accident semalam, sebenarnya saya kena halau dari rumah sewa sebab dah 5 bulan tak bayar. Mak cik tu langsung tak bagi muka, dia campak je barang-barang saya keluar. Dah la saya takde siapa kat dunia ni nak tolong saya, selamat Tuan datang. Saya bersyukur sangat,” Qila mempamerkan senyumannya yang manis, aku malas nak tengok lama-lama, aku ni lelaki dia tu perempuan, kalau dah fitrah lelaki tu memang suka perempuan yang cantik, mental disorder ke apa ke, semua tu letak ke tepi. Karang tak pasal-pasal aku tersuka dia.

“Lepastu, macam mana awak survive sampai sekarang kalau takde tempat tinggal,” aku jadi curious, macam mana dia boleh survive sampai ke tahap ni, merempat tepi jalan ke?

“Saya survive sebab saya jumpa Tuan la, ada cara lain ke saya survive?, Tuan ada super power ramal masa depan ke? Tuan tanya macam Tuan tahu je hidup saya yang akan datang,” kali ini Qila pula tunjukkan reaksi pelik pada aku. oh, aku lupa lagi, dia masih terperangkap dalam dunianya yang lepas. Makin lama aku layan dia, aku pulak yang bakal jadi gila sebab tertekan dengan apa yang dia cakap. Sadis jugak kisah hidup dia, muda-muda dah kena cari duit sendiri. Tapi aku kesah apa, masa aku umur macam dia pun, aku tak tido malam sebab nak bangunkan The hierarchy sorang diri, Papa cuma bagi modal dan pantau perkembangan aku, dia kata semuanya atas tanggungjawab aku. kalau runtuh The hierarchy ni, no more chance will be given.

“Enough!. Saya nak pergi kerja ni. Kalau ada apa-apa mintak tolong Kak Jah. Do what ever you want dalam rumah ni, but one thing jangan masuk bilik saya. Faham?,” walaupun dia isteri tapi aku cuma benarkan isteri yang betul-betul aku sayang je masuk bilik aku.

“Hati-hati Tuan,” Qila terus senyum dan bersedia mengemas meja makan, aku terus beredar keluar.

Makin aku layan dia, makin tercabut wayar otak aku. Bila fikir balik ada gunanya si Qila tu, selain boleh tingkatkan hasil penjualan dia jugak boleh jadi orang gaji dekat rumah aku tanpa keluarkan duit satu sen pun, memang multipurpose. Hebat betul strategi kau Khaizal, as expected from The Hierarchy CEO, aku terus tepuk tangan dan senyum bangga. Selepas saja menghadiri meeting selama 2 jam lebih tu, aku terus masuk ke dalam office.

Hari ni boleh di kategorikan hari yang baik sebab semua pembetangan berjalan lancar dan hasil penjualan kebanyakkannya meningkat, di tambah pula dengan upcoming collaboration syarikat The Sarang Face dengan The Hierarchy. Bravooo! Tahun ni mungkin paling banyak keuntungan. Bila dah rasa senang macam ni terasa nak belanja orang pulak, yang pasti bukan Mikail, dia tu hari-hari dah aku belanja. Aku nak belanja faktor utama keuntungan aku, iaitu Qila. Mesti dia terkejut beruk bila aku bawak dia ke restoran paling mahal nanti, dekat situ aku akan berlakon sebagai suami paling romantik abad ini, tapi kalau takde orang tak perlulah, setiap tindakan tu mesti ada ganjaran sebaliknya, kalau tindakan tu tiada ganjaran buat apa aku nak buat, sia-sia je.

“Perghh jauh berangan, cover sikit senyum tu. Kalau orang lain nampak mau dorang ingat kau dah berjangkit dengan isteri kau,” Mikail berjalan perlahan masuk ke dalam pejabat aku, dia ni memang tak pernah nak ketuk kalau nak masuk pejabat aku. tapi takpe aku dah biasa.

“Kalau berjangkit barulah nampak sweet. Mesti dorang ingat aku jaga isteri aku 24 hours without sleep sampai aku jadi macam dia. Romantik tak?,” aku terus berjalan ke meja aku selepas mengintai panorama kota metropolitan ini di balik jendela pejabatku.

“Woooi kau dah sayang dia eh?,” Mikail tersenyum-senyum nakal, aku tahu di balik senyuman nakal dia tu. Suka fikir bukan-bukan.

“Takkan,” aku terus menyatakan tidak sambil memeluk tubuh.

“Kau jangan yakin sangat, bila lelaki dengan perempuan tu selalu jumpa, tambah pulak duduk satu rumah mesti punyalah ada perasaan sayang tu,” Mikail menduga aku lagi.

“Habis tu aku dengan Kak Jah tu? Dah 2 tahun dia duduk dengan aku. haaa jawab,” aku pula balikkan apa yang dia nyatakan.

“Kak Jah tu lain. Dia dah tua, dia dah jaga kau dari kecik. Ni Qila kot, cantik muda isteri kau pulak,” Mikail masih lagi mahu mempertahankan hujahnya. Aku kena patahkan segala serangan dia pada aku.

“Sekali aku cakap tak selamanya tak. Aku ni manusia pegang pada kata, pernah aku mungkir. Tak kan? So, memang takkan aku nak sayang dia. Kau tau sendiri kan aku tak suka campurkan kerja dengan peribadi. Qila tu di kategorikan dalam kerja dan takkan mungkin akan masuk dalam kategori peribadi, kalaupun dia nak termasuk dalam kategori tu, aku akan make sure dia varnished dari lingkaran hidup aku termasuk jugak The Hierarchy. Faham?,” aku terus memandang tepat ke arah Mikail. Mikail hanya tunduk memandang lantai, dia tahu aku serius. Apa yang aku cakap selalunya aku akan ikut dan takkan mungkir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience