BAB 1

Romance Completed 9264

Aku memandang sekelilingku dengan penuh senyuman dan sedikit rasa megah di dada yang aku sendiri saja tahu. Melihat pada pencapaian yang aku raih, aku berhak merasa sedikit kegemboraan ini. Langkah ku hayun penuh yakin dan bangga melawati shopping mall kepunyaan aku. Aku letak namanya The Hiercharchy, sebab aku memang suka sistem tu. Yang kuat berusaha di atas, yang malas berusaha di bawah, we deserve on what we do. Bagi aku tiada istilah durian runtuh, kalau nak kaya usaha, bukan tunggu duit jatuh dari langit atau menjalar dekat jalan secara automatik. Tapi, nasib tu tak pilih sesiapa sama juga dengan tuah, bonus bagi aku sebab aku di takdirkan di lahirkan dalam keluarga berada, ayah aku seorang usahawan berjaya bukan sekadar dalam negara tapi di luar negara juga.

Tapi walau sekaya mana keluarga kita, kalau dah malas berjuta-juta pun boleh hilang sekelip mata.

Ayah aku tak pernah manjakan aku, dia cuma bagi modal dekat aku dan semuanya aku buat sendiri termasuk pembinaan, pelan bangunan, apa yang patut diisi dan juga strategi pemasaran, pengambilan pekerja, semua aku kena buat sendiri. Mula dari seorang diri, kini shopping mall aku dah maju dan pekerja aku lebih dari 300 orang, itu baru dekat pusat utama The Hiercharchy, tak termasuk cawangan lain lagi, luar negara lagi. Mungkin lebih dari 2 ribu pekerja. Baru berusia 27 tahun, aku dah ada semua ni dan bergelar CEO kalau lelaki lain yang seusia dengan aku, masih lagi terkapai-kapai nak bayar hutang PTPTN, dan segala hutang yang ada, tapi aku. Orang yang berhutang dengan aku. Aku senyum bangga lagi.

“Tuan, saya baru dapat feedback dari customers kita, mereka kata kalau shopping mall kita di tambah dengan taman tema air, shopping mall kita akan terkenal di seluruh Asia. Ridiculous hahaha,” lelaki yang berjalan sebelah aku sambil pegang segala dokumen ni sekreteri aku merangkap bestfriend aku. tapi kalau depan pekerja lain, dia kena lah panggil aku Tuan, baru nampak kewibawaan aku tu. Aku tak pilih kasih, bagi aku dia memang layak, semua kerja dia buat sempurna dan masa dekat university dulu dia top student. Jadi aku tak buat pilihan yang salah.

“Hahahaha.. ridiculous. Tapi, usulkan pada bahagian marketing untuk hantar proposal tentang taman tema air ni pada saya, as soon as possible,” aku tunduk senyum pada penjual-penjual di shopping mall aku, kalau ikutkan hati malas aku nak senyum sepanjang lawatan ni, tapi memandangkan reputasi itu penting bagi aku, aku relakan saja senyuman mahal aku ni jadi tatapan dorang.

“Haaaa? Biar betul? Kau gila ke? tak pernah-pernah orang buat taman tema air dalam shopping mall, kau nak shopping mall ni banjir ke apa?,” Mikail ni dah lupa la ni nak panggil aku tuan, tapi takpe, semua pekerja pun tau dia bestfriend aku.

“Kau? Call me Tuan. Mikail, nothing is ridiculous kalau customers yang mintak. Customer is always right kan? I don’t care. Make sure paling lambat pun, proposal tu ada atas meja saya, esok petang, faham?,” aku terus berjalan laju, sambil diikuti pekerja-pekerja ku yang lain. Bagi aku sekarang, apa yang tak masuk akal tu adalah sesuatu yang bawa pulangan yang besar.

“Sorry Tuan, haaa Tuan, jangan lupa. Petang ni Tuan ada meeting dengan bakal isteri Tuan,” Mikail mencuit lengan aku sedikit sambil senyum kambing. Kadang-kadang dia ni lupa nak behave kalau something yang buat dia excited. Aku cuma balas dengan senyum sedikit tapi maksud yang mendalam.

“Kau ni kan Mikail, cubalah behave sikit kalau depan pekerja lain. Kejap panggil tuan, kejap panggil kau. Kau nak rasa penampar aku ke apa?,” aku terus duduk di sofa empuk aku yang di buat dari material paling bagus. Sekali baring, pasti terlena. Aku memang suka perabot daripada letak lukisan bukan bukan dekat office aku. Bagi aku, setiap benda yang di beli kena setimpal dengan kegunaan dia.

“Sorry la. Kau tau kan, kalau aku excited aku lupa semua panggilan nak kena panggil. Rileks ah, semua pekerja tau kot, aku bestfriend kau. Plan yang kita rancang tu kau serius nak buat ke?,” Mikail duduk di atas meja sambil menyilangkan kakinya yang panjang itu. tapi tak sepanjang kaki aku, aku ni rupa ada, harta ada, semua ada lah, memang tak hairan la kalau ramai lelaki dekat luar sana cemburu dengan aku, kalau perempuan pulak gilakan aku. tapi aku tau, perempuan-perempuan dekat luar sana tu semua gilakan rupa dan harta aku, sebab kalau nak kata sukakan aku sebab keperibadian aku memang jauh panggang dari api, aku mengaku sendiri aku bukan jenis yang baik budi pekerti, tengok je la plan aku dengan Mikail, semuanya plan yang mendatangkan duit tanpa hiraukan sama ada benda tu mendatangkan kebaikan atau keburukan.

“Pernah ke aku main-main kalau benda yang mendatangkan duit?,” aku senyum jahat pada Mikail, Mikail pula ketawa perlahan.

“As expected from The Hiercharchy CEO. Petang ni first time kau jumpa dia tau. Buatnya dia tu cantik gila, kau nak teruskan ke plan kita tu. Sia-sia kot bazirkan rezeki depan mata,” Mikail berjalan ke arah aku, lalu dia labuhkan punggungnya di sofa empukku.

“You’re talking about Khaizal Firmie. Berapa ramai perempuan aku dah date dah, semua muka stock model je. Kalau setakat perempuan lepasan degree kau bagi dekat aku. No hal la, pandang pon aku tak nak,” aku terus memeluk tubuh. Apa yang aku katakan semuanya betul. Sampai aku naik muak dengan perempuan, semua sama je.

“Papa kau tak terkejut ke tiba-tiba kau nak kahwin ni?,” Mikail pandang aku serius.

“Papa? Macam kau tak kenal dia,pernah ke dia amik tau pasal private life aku. yang dia tahu, The Hiercharchy bagi keuntungan besar. Dia tak kesah pun la, aku nak kahwin ke nak cerai ke,” aku terus memandang gambar papa di atas meja. Aku tahu, dia sayang aku cuma dia tak tunjukkan dengan cara manjakan aku. Dia ajar aku cara untuk hidup sejak dari kecil lagi, hasilnya sekarang aku mampu hidup dengan usaha aku sendiri, dan tak mengharapkan duit dia lagi.

“Oh ye kan. Siap cepat, juru imej kau dah siapkan baju apa nak pakai. Aku nak jumpa Emilia jap, rindu pulak dah 2 jam lebih tak jumpa,” Emilia ketua editor untuk majalah The Hiercharchy, semua promosi atau apa-apa terbaru berkenaan dengan penjualan di The Hiercharchy semuanya dalam kuasa dia. Sangat fashionable dan pentingkan ketrampilan, tegas dan buat kerja tepat pada waktunya. Tapi tegas dia pun, kalau kena ayat dengan si Mikail tu cair jugak. Semua pekerja The Hiercharchy ada kelebihan masing-masing, bukan senang nak bekerja di sini, setiap kriteria di pertimbangkan setimpal dengan bayaran gaji yang mereka semua dapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience