BAB 8

Romance Completed 9264

“Yela. Tak payah la serius sangat, takut aku. Oh so how is Qila?,” soal Mikail sambil matanya membelek-belek newsfeed di ipad nya. Dia ni boleh di kategorikan sebagai surat khabar bergerak aku, semua berita dah dalam otak dia.

“Okay la. Tapi tu, sometimes kalau dia bercakap tu ikut sedap mulut dia je, tapi bila aku fikir balik dia tu tak berapa nak betul so aku layankan je la. Eh aku nak balik ni, kalau ada apa-apa Gimme a call okay?,” aku terus beredar dengan hanya berbekalkan kunci kereta meninggalkan Mikail.

Aku suka berjalan dalam shopping mall aku sendiri, semua orang akan senyum hormat pada aku. Inilah namanya manisnya kejayaan. Aku terus masuk ke dalam kereta dan pulang terus ke rumah, sampai saja di rumah aku akan seret si Qila tu ikut aku, kalau dia tak nak, aku tarik dia cara kasar, tapi dia tak berani nak tentang aku, bagi dia akulah tempat dia bergantung sebab dia dah takde rumah sekarang ni.

“Qila.. Qila.. siap cepat, saya nak bawak awak pergi makan ni,” aku terus duduk di atas sofa empuk, sambil menyilangkan kaki aku. Masih tidak menyahut, hampir 2 minit aku tunggu.

“Qila? Pekak ke apa?,” aku toleh ke belakang, mencari bayang Qila. Namun satu bayang pun tiada. Tak lama kemudian, Kak Jah keluar dengan penyapunya. Aku dah lali dengan Kak Jah, setiap kali aku panggil tiap kali tu la dia dengan penyapu.

“Khai, Qila pagi-pagi lagi dah keluar, lepas je Khai keluar dia terus salin baju lepastu terus keluar jalan kaki,” Khai, nama panggilan aku. Kak Jah tak panggil aku Tuan, sebab dia yang jaga aku dari kecik lagipun aku tak suka Kak Jah panggil aku Tuan.

“Laaaa, dia pergi mana pulak tu?,” soal aku hairan, aku terus bangun. Bukan main si Qila ni, main keluar je tanpa bagitahu aku.

“Dia kata nak pergi kelas. Tadi dia bergegas cepat-cepat siap, sebab katanya kelas dia start pukul 8,” aku terus membulatkan mata. Kelas? Kelas apa? dia baru je graduate . oh yes. Dia masih ingat yang dia 20 tahun.

“Oh yeke Kak Jah, kalau macam tu saya pergi dulu,” aku terus mencapai kunci kereta dan bergegas ke university Qila. Tapi masalahnya, aku tak pernah ambil tahu pasal dia, so aku tak tahu university dia dekat mana. so call Mikail.

“Hello Mikail, Qila belajar kat mana?,” aku tanya Mikail.

“Oh okay. Tak payah banyak tanya. Bye,” aku terus mematikan panggilan dan terus bergegas ke university Qila. Dari jauh aku dapat lihat seorang gadis sedang bercekak pinggang dengan muka yang garang seakan mahu menelan security guard university yang berada di depannya. Aku parking kereta, dari jauh aku dapat dengar suara Qila. Sungguh tak reti nak menjaga nilai estetika seorang wanita.

“Apa ni Pak cik, saya memang pelajar dekat sini. Bila pulak saya dah graduate. Pak cik ni berapa kali saya nak explain,” Qila masih lagi tetap dengan pendiriannya yang salah itu.

“Apa pakcik-pakcik? Kau tak nampak aku ni muda lagi. panggil abang la! Dah pergi, aku takde masa nak layan orang gila macam kau ni. orang punya bahagia dah graduate, yang kau ni dah graduate still nak belajar lagi,” security guard itu terus melangkah masuk dan menutup pintu pagar.

“Pak cik jangan ingat saya tak boleh masuk. Dekat university ni ada banyak lagi pintu yang boleh saya masuk. Pakcik tunggu,”Qila terus menggoncang pintu pagar itu, ramai pelajar yang memerhati tingkah laku Qila yang tak tentu hala itu.

“Qila,” aku terus menarik perlahan bahunya dan membawanya dalam dakapan aku. yes! Right timing. Lepas ni trending lagi cerita pasal aku, sebagai suami soleh. Aku senyum puas.

“Awak jangan macam ni, awak tak sayang saya ke? penat saya cari awak. kita balik okay? Kalau awak tak nak balik kita pergi makan, saya bawak kat mana pun awak nak pergi, tapi make sure kita balik rumah makan ubat dulu, saya ada meeting tadi takkan saya nak bawak awak. saya minta maaf sebab tinggalkan awak,” aku kuatkan suara aku, biar semua orang dapat lihat betapa bertanggungjawabnya seorang Khaizal Firmie.

“Tuan ni dah kenapa?,” Qila cuba tolak aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience