BAB 5

Romance Completed 9264

“Kau ni dah kenapa? Mental disorder jugak ke?,” aku menunjukkan wajah marah aku pada Mikail, dia terus angkat tangan seakan mahu jelaskan sesuatu.

“Rileks ah, ni ha, aku nak tunjuk dekat kau. See,” Mikail terus menunjukkan ipadnya pada aku. tertera alamat email syarikat “The sarang Face “. Pusat kecantikan dari Korea.

“Kau serius? Hahaha, penat yang berbaloi,” aku tersenyum puas, makin penat makin banyak rezeki datang.

“Ye la, petang tadi aku dapat email ni, dorang nak collaborate dengan kita, so deal or no deal?,” Mikail menduga aku, walaupun dia tahu jawapannya apa.

“Deal la apa lagi. The Sarang Face ni tak pernah collaborate dengan mana-mana syarikat kat Malaysia ni tau. kalau kau tolak deal ni, aku bunuh kau 44 kali,” aku ketawa kecil, tanda gurau.

“Kerat 44 kali adalah, bunuh 44 kali impposible kot. Don’t worry petang tadi jugak aku dah aturkan semuanya, next week on monday they will come here. So be prepared,” Mikail membuka kembali pintu kereta, memberi isyarat supaya aku masuk dahulu.

“Memang tak salah, aku lantik kau jadi sekreteri aku. Cakap cepat, kau nak makan apa? aku belikan makanan paling mahal sekali,” mulut aku tak lekang dari senyuman, mungkin kalau orang lain tengok aku jugak boleh di label mental disorder.

“Ahh tak payah, makanan paling mahal aku pun boleh beli sendiri. Aku tak mintak banyak, aku nak kau dapatkan aku nurse kat kaunter tu comel gila kot, tapi dia just layan aku kalau aku bukak cerita pasal kau je,” Mikail merapatkan kedua belah telapak tangannya tanda memohon supaya aku realisasikan apa yang dia impikan.

“Hahaha, Emilia nak letak mana? yang tu aku tak boleh tolong. Kau gila apa? dalam situasi isteri aku macam tu aku nak pergi mengorat nanti habis semua rancangan kita,” aku masih lagi melihat Ipad kepunyaan Mikail, aku masih lagi gembira dengan berita sebentar tadi. Macam mimpi. Tak, aku tak perlu bangga sangat sebab lepas ni lebih banyak kejayaan besar yang bakal aku dapat dengan adanya Qila.

“Emilia still nombor satu dekat hati aku, nurse tu untuk simpanan la. Ye la, satu je aku mintak. Harini aku tido rumah kau boleh? Kalau tak boleh tak tau la nak cakap apa,” Mikail terus memandang ke luar seakan merajuk. Dia ingat aku kesah.

“Kau tak payah nak mengada sangat. Aku tak bagi permission pun kau still tido kat rumah aku jugak. Boleh je la, dah jom gerak,” aku beri arahan pada driver aku. kami terus pulang ke rumah.

Selang beberapa hari kemudian, aku dapat panggilan dari pihak hospital menyatakan Qila boleh discharged. Habis saja semua kerja aku terus menuju ke hospital tanpa di temani Mikail, katanya mahu meeting dengan Emilia, hal kerja. Tapi aku tahu sangat si Mikail tu, alasan banyak. Kalau dia cakap dia nak dating aku takde hal pun, tak de la aku sampai nak halang dia. Just, aku bebel sikit je dekat dia. Ingat senang, dapat CEO yang bertimbang rasa macam aku ni. selesai saja urusan Qila, aku terus ke wadnya. Aku lihat Qila sedang mengucapkan terima kasih pada nurse-nurse yang jaga dia. Kalau aku dekat tempat dia, aku terus balik je. Buat apa nak ucap terima kasih dah memang tugas dorang, gaji pun dapat.

“Tuan!!,” Qila terus berlari mendapatkan aku. Aku ingat dia dah okay, tapi tengok gayanya masih sama macam haritu. Tapi takpe, nak untung besar kena bekorban sikit.

“Kita balik ye. Awak nak makan apa nanti saya belikan untuk awak,” aku kalau bab berlakon memang hebat, kalau aku tak ditakdirkan jadi CEO mungkin sekarang ni aku dah ada dekat atas pentas untuk ambil anugerah pelakon paling hebat era ini.

“Jealousnya saya. Tuan ni baik sangat, romantik pulak tu. Tuan tau tak, sekarang ni semua heboh cakap pasal Tuan. ramai yang jealous dengan Qila sebab dapat suami yang penyayang macam Tuan. kalau orang lain dah lama tinggalkan isteri dia kalau keadaan isteri dia macam ni,” ujar salah seorang nurse yang berbadan agak gempal itu. aku kena berlakon lebih lagi untuk mantapkan lagi watak “malaikat” aku ni.

“Apa la awak ni, cakap macam tu depan isteri saya. Setiap suami sayang isteri dia. Suami yang tak bertanggungjawab je tinggalkan isteri dia. Oh, kalau ada masa singgahlah dekat The Hierarchy, kami sentiasa berikan segala keperluan yang pelanggan kami mahu,” aku senyum mesra, aku tahu lepas ni mesti dorang akan pergi punya.

“Serious saya jealous dengan Qila. Jangan risau Tuan, memang setiap kali saya dapat gaji saya memang pergi situ. Nanti saya ajak kawan-kawan saya shopping dekat sana hujung minggu ni ye Tuan,” nurse itu membalas senyuman aku, kalau aku still bujang ni mesti dah lama nurse ni mengayat aku. Tapi, maaf. Hanya model saja yang berjaya, itupun sebab dorang cantik.

“Oh I’ve got to go. Assalamualaikum,” aku terus memimpin tangan Qila, dari jauh aku dapat dengar mereka memuji-muji aku. Memang senang nak dapat pujian dari manusia. Aku senyum bangga.

“Tuan ni mental disorder ke? senyum sorang-sorang,” Qila memecah monolog dalaman aku.

“Excuse me. Cakap depan cermin ke apa? Oh ya, lepas ni kita terus balik rumah. Esok saya ada meeting pagi-pagi, malam ni saya nak rest. Don’t ask me to go anywhere else okay,” aku terus melepaskan pimpinan, selepas aku lihat tiada siapa pun di parking lot ini.

“Rumah? Kita dua?,” Qila terus undurkan badannya ke belakang sedikit. Dia ingat aku ada niat nak apa-apakan dia, sorry la kalau model tu pun aku pandang macam orang lalu lalang je apa lagilah dia yang mental disorder ni.

“Hmmm Ya la. Kita tinggal dua,” aku buka pintu kereta, malas aku mahu turutkan perangai tak siuman dia tu.

“Tapi kita tak kahwin. Haram duduk satu rumah,” dia dah buat balik dah. Aku kena stabilkan emosi aku, aku kena ingat yang dia still terperangkap dalam dunia 20 tahun dia tu.

“Kita dah kahwin. See, ini cincin kita. Ada banyak lagi bukti sampai rumah nanti saya tunjuk. Dah masuk dalam kereta cepat, saya tak suka jelaskan benda yang sama banyak kali. Awak ni bukan mental disorder je tapi nyanyuk pun ada, kompleks betul,” belumpun sempat aku habiskan ayat aku, dia terus memintas.

“Dah. Jangan serabutkan otak saya,” Qila terus masuk ke dalam kereta dan terus menutup mata. Aku tahan saja marah aku, berani dia pintas cakap aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience