BAB 10

Romance Completed 9264

“Tapi Qila, tak semua orang kaya macam tu. Don’t simply judge people. Kenal orang tu dulu betul-betul baru kita layak nak judge orang tu, Qila sayang Khaizal?,” dah kenapa Papa tiba-tiba tanya soalan pelik macam ni.

“Pa, tak payah la tanya soalan bukan-bukan macam tu,” aku terus kerutkan dahi, aku tak suka Papa tanya soalan macam tu, lagipun Papa dah tahu si Qila salah satu strategi nak tingkatkan penjualan aku.

“Sayang. Dah lama saya sayang Tuan. Dah lama saya tengok Tuan dari jauh, tapi saya ni takde apa-apa yang istimewa pun, sebab tu saya simpan je sayang saya pada Tuan. Kalaupun saya cakap sayang, Tuan mana la nak pandang saya. Setakat jadi orang gaji dia saya layak la Pak cik,” Qila terus senyum, aku pandang saja wajahnya, sekali lagi dia confess tanpa segan silu.

“Khaizal. I like her. I’ve got to go. Jaga dia elok-elok. Pak cik pergi dulu ye Qila,” Papa terus bangun dan beredar, aku terus kejar Papa.

“Pa, apa ni? nak suka dia buat apa? she’s one of my plan nak majukan lagi The hierarchy,” aku matikan langkah Papa.

“You know Khai, susah untuk papa sukakan someone. You should be grateful sebab Papa suka isteri Khai. She’s honest. I can see it, jaga dia betul-betul,” Papa pandang aku, sambil senyum.

“But Pa, dia tu ada mental disorder. Terperangkap dalam dunia dia yang lepas, takkan Papa nak menantu tak siuman,” aku pamerkan wajah tak puas hati aku, aku pandang Qila kejap. Dia sedang membelek-belek cawan sambil tersenyum-senyum. Dasar orang gila!

“Khai, even dia macam tu, tapi dia jujur. Salah ke nak ada isteri mental disorder? Siapa yang tetapkan hukum tu, i see nothing is wrong with her. She’s completely fine, mungkin kesan dari kemalangan tu, in future who knows she is going back to normal. Believe me, she’s the best yang Khai pernah bawak jumpa papa,” Papa terus pegang perlahan bahu aku dan berlalu pergi. Aku tak kesah Papa nak kata apa, yang penting aku takkan nak, ada isteri mental disorder, yang ni pun sebab aku nak majukan karier aku. Habis je semua yang aku nak tercapai aku akan buang Qila macam sampah, macam yang aku selalu buat bila aku rasa bosan dengan perempuan-perempuan yang pernah hadir dalam hidup aku.

“Jom,” aku tarik tangan Qila kasar, aku tariknya untuk pulang, belumpun sempat kami melangkah ke luar, tiba-tiba Qila terus merentap tangannya kuat.

“Azad? Awak ke tu Azad?,” aku dapat lihat air mata Qila bergenang tatkala dia memanggil lelaki yang hampir sama tinggi dengan aku. Tapi yang penting aku lagi handsome dari dia. Entah siapa pulak lelaki ni.

“Eh, Qila? Lama tak jumpa,” lelaki itu terus menghulurkan senyuman mesra pada Qila. Pada aku, mereka mungkin rapat, sebab tu langsung tak awkward.

“Kenapa awak tinggalkan saya? Awak tahu tak setiap malam saya fikirkan awak,” aku bulatkan mata. Baru kejap tadi dia confess dekat aku, sekarang dia fikirkan lelaki ni pulak. Dalam tak betul tu, menyempat nak menggatal lagi.

“La takkan awak cakap pasal kita dulu? Awak yang kata semua tu benda lepas dah. And it is almost 3 years kot benda tu, kita dah buat hal masing-masing dah. Kenapa nak bangkitkan balik?,” lelaki itu terus mengerutkan dahinya. Dia langsung tak perasankan kehadiran aku dekat sebelah Qila ni.

“3 years? Awak merepek apa? Baru je hal ni jadi. Mentang-mentang saya takde mak bapak, awak senang-senang je nak putuskan tali pertunangan kita. Lepas tu biarkan saya menangis sorang-sorang,” tunang? Meaning that, dia ni pernah bertunang la dulu.

“Wait. This is my phone number. We’ve got to go. Gimme a call later, I will explain everything to you,” aku terus bawa Qila keluar yang sedang menangis teresak-esak itu, aku tahu lelaki tadi clueless dengan apa yang terjadi. Nampaknya dia tak kenal aku sangat jadinya mesti dia tak tahu apa-apa yang baru terjadi dekat Qila.

“Tell me, who is that guy? Kenapa sampai nak menangis macam ni?,” sejurus saja masuk ke dalam kereta aku terus bertanyakan soalan itu kepada Qila.

“Dia Azad. Dia tunang saya, hmm tak lagi. bekas tunang. Dia tinggalkan saya macam tu je,” Qila menangis lagi, aku terus menepuk-nepuk bahunya perlahan, tak lama kemudian dia terus menangis di bahu aku. Aku tergamam, Qila suka buat sesuka hati, bukan nak bagi signal atau apa sebelum nak nangis kat bahu aku.

“Bila dia putuskan pertunangan ni? Semalam saya tengok awak okay je. Ceria je?,” aku soalnya lagi, tapi memang betul, dia langsung tak tunjuk reaksi nak menangis atau apa.

“Hmmm bila? Bila? Kenapa saya tak ingat eh? kenapa semalam saya langsung tak ingat pasal Azad?,” dia terus angkat kepalanya, dan menggaru-garu kepalanya yang tak gatal itu. sekarang aku dah faham, Qila bukannya terperangkap sepenuhnya dalam dunianya yang lepas, tapi kalau sesuatu yang berkaitan dengan masa lalu dia, dia akan ingat balik dan fikir benda tu terjadi sekarang. Macam lelaki ni, selama ni dia dah lupakan si Azad, tapi sebab Azad muncul. Jadinya dia ingat semula peristiwa waktu dia berusia 20 tahun. Complicated sungguh, tapi aku bangga dengan diri aku yang dapat discover keadaan sebenar Qila. Doktor pun kalah dengan aku. aku senyum bangga lagi.

“Dah. Dah tak payah ingat lagi. Kalau sedih sangat, tido dekat sini,” aku terus menepuk-nepuk bahu aku. Qila terus meletakkan kepalanya di bahu aku, entah kenapa aku pelawa dia pun aku tak tahu.

Kami terus pulang ke rumah, sampai saja rumah, aku terus tidur. Aku kalau balik rumah, kerja aku tidur saja. Rumah tu aku buat sebagai tempat tidur je, sebab selalunya aku akan habiskan masa dekat The hierarchy, aku tak kesah orang nak cakap apa, aku sayang The Hierarchy macam aku sayang diri aku sendiri. Kalau runtuh The Hierarchy, aku pun turut sama runtuh.

Pagi ni aku terbangun awal sekali. Jam menunjukkan pukul 6 :15 pagi. Tak pernah-pernah aku bangun seawal ini, selalunya aku bangun pukul 8 pagi, tak pun 7:30, bukan untuk solat tapi untuk sarapan.

Aku jarang solat sejak dah meningkat dewasa, yang aku kejarkan duit saja. Aku turun bawah, aku lihat pintu bilik Qila terbuka sedikit, apa pula dia buat pagi-pagi buta ni. Aku terus masuk ke dalam bilik Qila, tiada yang salah pun memandangkan dia isteri aku. Aku berdiri memeluk tubuh tatkala aku lihat Qila sedang solat, terlintas di fikiran aku, dia yang tak berapa nak siuman pun masih lagi ingat nak solat, aku ni masih lagi tak ingat nak solat, tapi aku lenyapkan saja fikiran aku. masih lagi tidak mahu berubah, pada aku bila semua dah tercapai barulah aku berubah, tak lama kemudian Qila menoleh ke belakang, dia lihat aku dan terus berlari laju merempuh almarinya. Budak ni memang unpredictable.

“Awak dah kenapa Qila?,” soalku, masih lagi memeluk tubuh.

“Takde Tuan, saya terkejut tiba-tiba ada orang kat belakang. Tuan dah solat?,” Qila tanyaku sambil membuka telekungnya, menampakkan rambutnya yang ikal mayang itu, cantik sekali. ini pertama kali dia tunjukkan rambutnya depan aku, selama ni 24 jam bertudung.

“Hmmm dah, berani pulak awak bukak tudung?,” soalku, padahal aku nak lari dari soalan yang Qila tanya. Aku jawab saja sudah solat, malas nak bahas dengan dia nanti.

“Walaupun saya tak pernah ingat bila masanya saya kahwin dengan Tuan, tapi lepas Tuan tunjuk bukti sijil nikah kita semalam, saya kena percaya jugaklah kita dah kahwin,” part ni aku malas nak percaya dia lagi. banyak kali dah aku tunjuk sijil nikah, tahan sehari je. Esoknya nanti mesti dia tak ingat langsung pasal kitorang ni sebenarnya suami isteri, takkan setiap hari nak tunjuk sijil nikah dekat dia. Malas aku.

“Lepas ni siap-siap, kita pergi The Hierarchy. Hari ni saya nak bawak awak jumpa pekerja-pekerja saya. Dorang nak sangat jumpa awak,oh dan saya akan bawak awak pergi meeting dengan syarikat dari Korea. Don’t ever speaks any words dengan dorang,” aku terus melangkah untuk keluar dari bilik, tiba-tiba tangan aku di tarik sesuatu, aku toleh belakang, rupanya Qila yang tarik tangan aku.

“Orang kata, kalau kita dah kahwin lepas sembahyang isteri kena minta maaf pada suami. Saya mintak maaf kalau saya ada salah dengan Tuan,” Qila terus mencium tangan aku. aku terkedu, dia suka buat sesuatu di luar jangkaan aku. Qila hulurkan senyuman paling manis pada aku, dia masih tak lepaskan genggaman tangannya.

“Nak apa?,” aku terus mengerutkan dahi. Dia suka berubah sesuka hati, bila dah tak ingat pasal kitorang dah kahwin bukan main lagi jauh dari aku. Memang susah kalau ada masalah mental ni.

“Nak peluk,” Qila senyum lagi. aku membulatkan mata.

“Woi gila ke? Tak nak aku!,” aku terus rentap tangan aku kasar, dan keluar dari bilik secepat mungkin. Kalau aku tak keluar lagi entah apa pulak si Qila ni buat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience