BAB 13

Romance Completed 9264

“Jelaskan semuanya,” aku tinggikan suara.

“Kitorang tak buat apa-apa pun, Qila kat rumah mama kau, semalam mama kau call aku.Dia suruh aku bawak Qila tanpa bagitahu kau pergi rumah mama, aku nak buat macam mana mama kau tu kalau aku tolak permintaan dia mulalah membebel dekat aku, kau pun kenal kan mama kau macam mana, pantang permintaan dia di tolak. Kalau kau tak percaya kau pergi rumah mama kau, Qila still ada kat situ,”aku lepaskan pegangan kuat aku, Mikail membetulkan kemejanya.

“Sorry,” aku tak perlu nak call mama, sebab Mikail tak pernah menipu aku.

“Kau dah kenapa pakai baju semalam? Risau sangat sampai tak mandi ke apa?,” Mikail ketawa kecil.

“Aku cari kau dengan Qila sampai subuh tau tak. Aku call tak berjawab, aku pergi rumah kau, kau takde. Sampai ke rumah mak kau aku pergi tau tak,” aku duduk kembali di sofa.

“Laaa, phone aku mati battery low. Aku takde kat rumah semalam, Fendy ajak aku lepak rumah dia.

Weh, yang tu hiperbola sangat. Selangor ke Melaka dua jam lebih kot, nak menipu tak payah la babitkan mak aku,” Mikail terus duduk sebelah aku, Fendy merupakan kawan sekelas kami waktu sekolah dulu, tapi aku tak rapat sangat dengan Fendy sebab Fendy ni pemalas, pernah dulu aku bagi dia kerja sebagai customer service dekat shopping mall aku tapi whole day kerja dia tidur je. Aku paling pantang orang yang malas.

“Aku cakap benda betul, kau tak percaya call la mak kau. Tadi pun aku tidur setengah jam je,” aku terus mengusap-usap mata aku.

“Asal kau tak call Qila je?,” Mikail mengerutkan dahinya tanda hairan.

“Call? Sejak bila Qila ada phone?,” aku pula yang hairan, selama dia tinggal dekat rumah tak pernah pulak aku nampak dia pegang phone.

“Ada lah, semalam dia baru bagi aku nombor dia. Takkan dia tak bagi kau nombor dia? Dia kata dia beli phone 3 hari lepas,” kurang adab punya Qila, dengan Mikail dia bagi nombor phone dia, dengan aku yang 24 jam ada dengan dia, dia langsung tak bagi aku nombor phone dia.

“Aku nak gerak dulu, semua appointment atau meeting harini batalkan. Aku off day harini,” aku terus beredar meninggalkan Mikail dan terus menuju ke rumah Mama. Sampai saja ke rumah Mama, aku lihat tiada siapa, aku pergi ke dapur namun aku gagal jejak kelibat Qila atau Mama.

“Khai, bila sampai? Masuk rumah bagilah salam dulu. Ish kamu ni,” Mama terus menepuk perlahan belakang aku, aku terkejut sedikit tapi tak sampai tahap melatah, kalau melatah habis runtuh image aku.

“Baru je Ma, Qila mana?,” soalku laju.

“Amboi, baru sehari Mama pinjam dah rindu ke? Dia ada kat bilik kamu, Mama yang suruh dia masuk, dari semalam kitorang bersembang, dia tak tidur-tidur lagi. dah tidur la tu agaknya,” Mama terus menuangkan jus oren untukku.

“Takde la Ma, ingatkan Mikail tak hantar dia balik semalam tu yang Khai cari tu, Mama pun satu kalau nak ajak Qila datang sini bagitau Khai dulu, takde la Khai risau. Mana tau hilang ke, dia tu dah la tak berapa nak betul,” aku terus meneguk air oren itu, rasa lega sekali tekak aku.

“Habis tu Khai kahwin tak bagitahu Mama ingat Mama tak risau, dah la tak bawak jumpa Mama pun, kalau harapkan Khai entah bila la Mama dapat jumpa menantu Mama tu. Khai, betul apa yang Papa cakap, dia jujur. Mama suka dia,” dah kenapa semua orang nak suka dia ni.

“Mama suka menantu gila?,” aku soal Mama balik.

“Gila pun manusia jugak. Lagipun dia bukannya kekal gila, biasalah tu kesan dari kemalangan, dah lama nanti dia okay la tu. Khai kena tolong dia,” Mama pegang perlahan bahu aku.

“Ala Ma, biar je la dia kekal macam tu, Khai bukan serius pun dengan dia,” aku berterus terang dengan Mama.

“Khai kategorikan dia sebagai kerja ke?,” Mama bulatkan matanya.

“Yup. Absolutely. Kenapa?,” aku angkat kening.

“Mama tak suka. Sampai bila Khai nak jadi macam ni? Sanggup mainkan perasaan orang demi kerja dan duit. Perkahwinan bukan boleh di buat main,” Mama kerutkan dahi, jarang nampak Mama marah.

“Perasaan apa nya Ma, Khai tak suka dia pun, dia sendiri pun tak faham perasaan dia. Jadinya tiada isu penganiayaan dekat sini,” aku lemparkan pandangan aku pada akuarium besar yang berisi ikan kelisa itu. ikan kelisa kesayangan Papa, aku tak tahu kenapa Papa suka sangat dengan ikan tu. Ikan je pun, takda apa yang istimewa.

“Mama tanya dia, dia kata dia sayangkan Khai. Tu bukan perasaan?,” Mama soal aku lagi, kali ni bernada sinis.

“Perasaan dia tu kita tak boleh ambil serius Ma, dia tu tak betul. Boleh jadi harini kata sayang esok pulak dia benci Khai,”susah nak bidas kata-kata Mama, kalau dia kata putih, putihlah.

“Pernah dia kata dia benci Khai?,” kali ni Mama bercekak pinggang, makin lama makin serius perbincangan kami ni.

“Tak pernah,” aku jawab ringkas, malas mahu sambung lagi, karang lagi teruk kena dengan Mama.

“See. I toldja, tak kiralah orang tu tak betul ke apa, benda perasaan ni bukan boleh di pandang enteng tau Khai. Dia isteri Khai, treat dia macam isteri, one day you lose her you will how important dia pada Khai. Mama nasihatkan je ni, terpulang pada Khai nak terima atau tak. Dah, pergi jenguk dia kat atas tu tadi beria cari dia. Mama nak masak, nanti kita makan sama-sama,” Mama terus menarik tangan aku membawa aku ke tangga, aku tak mahu lagi menjawab, keputusan dia tetap Mama akan menang, jadi aku terus menaiki anak tangga dan masuk ke dalam bilik.

“Tak tidur lagi?,” soalku setelah melangkah masuk ke dalam bilik, Qila baring termenung. Apa yang dia menungkan pun aku tak tahu.

“Tak. Duduk lah,” Qila terus duduk dan mempelawa aku duduk di sebelahnya, aku turutkan saja.

“Kenapa awak tak bagi nombor phone awak dekat saya?,” dah lama aku tahu jawapan dia, kenapa aku sorang je dia tak bagi nombor phone.

“Oh sebab awak ada dengan saya 24 jam, sebab tu saya rasa tak perlu. Tapi kalau awak nak, saya boleh bagi,” Qila senyum pandang aku. Aku rasa, kalau mood dia baik ni, maknanya dia masih lagi ingat aku ni suami dia.

“Tidur lah. Mama kata awak tak tidur dari semalam,” aku pandang sekeliling, dah lama aku tak jejak bilik aku ni lepas dah ada rumah sendiri.

“Tak boleh,” Qila menyandarkan kepalanya pada bahu aku. Dia memang suka buat aku terkejut.

“Kenapa?,” aku pandangnya serius.

“Saya takut orang tu datang balik,” Qila pandang aku dengan wajah sayu, matanya bengkak sedikit sebab tak tidur dari semalam.

“Dah la, saya ada dekat sini. Semua dah selesai, dia dah janji takkan kacau awak. Tidurlah,” Qila terus angkat kepalanya dan baring kembali, hampir 5 minit dah tapi dia masih tak lelapkan matanya, nampak resah saja.

“Awak nak apa lagi, saya kan dah ada dekat sini. Dia takkan kacau awak lagi,” aku pandangnya.

Kesian jugak aku tengok dia, lepas kejadian semalam dia nampak letih saja. Mungkin dia tak bagitahu Mama pasal kejadian semalam, sebab tu Mama rancak berborak dengan dia. Pandai jugak dia jaga hati orang.

“Saya nak tangan awak,” Qila hulurkan tangannya.

“Tangan. Ni?,” aku hulurkan tangan aku. Qila terus pegang tangan aku dan dia pejamkan mata. Tak sampai 5 minit dia terus lena di buai mimpi, mungkin dia rasa selamat bila pegang tangan aku. Aku lihat wajahnya, waktu tidur pun cantik, kalau dia waras memang sesuai dengan aku. Aku tepuk perlahan bahunya seakan mendodoi anak kecil, kemudian aku pula rasa mengantuk, dan akhirnya aku turut terlena di buai mimpi. Tak lama kemudian, aku terbangun sebab aku rasa macam ada sesuatu sedang memerhatikan aku.

“Awak dah kenapa tengok saya macam tu?,” aku soal Qila yang duduk sambil tenung aku.

“Saya tak sangka saya dapat kahwin dengan awak, dah la handsome. Tidur pun nampak kacak,” Qila senyum lagi. Dia baru sedar ke apa? aku ni memang la handsome, sebab tu ramai perempuan nak dekat aku.

“Awak memang tak nak lepaskan tangan saya ke apa?,” aku pandang tangan aku yang di pegang Qila.

“Sorry,” dia ketawa kecil.

“Dah tak takut dah?,” aku soalnya sambil menguap. Qila cepat-cepat tekup mulut aku.

“Tak. Menguap kena tutup mulut, nanti syaitan masuk,” dia tengah mengajar aku ke apa.

“Bagus. Saya nak turun, nak makan. Awak tak nak makan awak duduk la dekat sini sampai tahun depan,” aku terus bangun dan keluar.

“Jom makan sekali,” Qila terus memeluk lengan aku.

“Ish. Rimas la, lepaskan. Nanti Mama tengok naik meluat dia tau,” aku terus tolak tangan Qila, budak ni bagi betis nak peha.

“Mama yang suruh buat, saya ikut je,” Qila terus jalan meninggalkan aku.

“Wait. Semalam korang berdua cerita pasal apa eh?,” aku tarik lengan Qila.

“Adalah. Rahsia,” Qila tarik tangannya kembali.

“No. Tell me. Mama mesti share something yang tak patut di kongsikan. Kan?,” belumpun sempat Qila turun anak tangga aku tarik nya naik kembali.

“Mama kata kalau bagitahu awak takkan menjadi,” Qila rentap tangannya kuat, dia terus laju menuruni anak tangga.

“Qila, tell me cepat,” aku terus menarik rambut Qila.

“Aduh.. aduh sakitlah,” Qila pukul tangan aku, berani jugak dia pukul aku.

“Woii.. dah..dah la tu nak berguraunya pun. Jangan kacau Qila lagi Khai. Orang dah kata rahsia, rahsia lah sebuk nak tahu kenapa. Dah jom pergi makan,” Qila terus menuju ke dapur tanpa memalingkan mukanya pada aku, dia dah makin berani sekarang. Aku cuma biarkan saja dia dan rahsianya, malas nak ambil tahu kalau nak cerita, cerita kalau tak mahu biarkan saja. Lepas makan, aku dan Qila minta diri untuk pulang, memandangkan hari dah hampir maghrib Qila tiba-tiba saja minta aku untuk jadikan imam solat maghrib, mulanya aku tolak, tapi memandangkan Papa pun ada, aku terpaksa juga jadi imam, bukannya aku tak pandai cuma aku dah lama tak amalkan selalu, kalau aku rajin aku solat, kalau aku rasa macam sibuk aku tak solat. Habis saja solat berjemaah, Qila minta aku tunggu sebentar, kemudian dia bawakan al-Quran untuk aku baca. Mungkin dia mahu duga sama ada aku reti mengaji atau tak. Aku turutkan saja permintaan Qila, selesai saja mengaji aku pandangnya.

“Dah puas hati?,” soalku sambil mengangkat keningku sedikit.

“Merdunya awak mengaji. Kenapa selama ni saya tak pernah nampak awak mengaji?,” aku memang pandai mengaji, bertarannum pun aku reti sejak sekolah lagi aku selalu saja masuk pertandingan mengaji tilawah al-Quran, tapi sejak aku kenal apa erti wang dan kepuasan bila ada wang sendiri aku jadi lupa tanggungjawab aku pada sang Pencipta.

“Memanglah, awak ingat saya tak pendai mengaji. Betulkan tajwid awak pun saya boleh,” aku senyum bangga, Qila pandang aku serius.

“Benda macam ni awak jangan riak, kita baca al-Quran kita kena ikhlaskan hati kita, tak kira la pandai mana awak baca tapi kalau ada sifat riak dalam hati awak, useless semuanya,” pandai pulak dia mengajar aku. Tapi betul jugak apa yang dia katakan, selama ni aku selalu bangga dengan diri aku sendiri sampai lupa kalau tanpa izin-Nya aku tak mampu dapat semua kemewahan ni.

“Yela. Dah cepat siap. Kita balik,” aku terus mengucup al-Quran dan meletakkannya di atas rak. Qila terus keluar bilik dan bersiap.

“Hati-hati balik tu,” ujar Mama sambil melambai kami, aku cuma mengangguk. Sampai saja di rumah, aku terus masuk dalam bilik, mungkin letih dari semalam masih lagi tak habis lagi, yang aku tahu sekarang katil dan bantal. Aku terus melemparkan badanku ke tilam, 5 minit berlalu aku masih lagi tak boleh lelapkan mata, seperti ada sesuatu yang hilang. Aku bangun dan duduk, oh ya aku lupa solat isya’. Kalau dah solat maghrib tadi takkan aku nak tinggalkan solat isya’ pulak. aku terus ambil wudu’ dan solat. Kalau Papa dan Mama tahu ni mesti senyum lebar dorang aku solat kemahuan aku sendiri bukan sebab paksa. Tapi, nak senyum lebar buat apa dah memang kewajipan aku pun. Selelsai solat aku terus pejamkan mata dan lena di ulit mimpi.

Pagi ni aku bangun awal lagi, seperti biasa aku akan turun bawah dan tengok Qila, dia tengah solat. Aku pun turut solat subuh. Aku rasa Qila bukan saja bawak keuntungan The Hierarchy tapi bawak perubahan dekat aku jugak. Eh, dah kenapa dengan aku ni. asyik Qila je aku fikir. Tak boleh! Tak boleh! She is not more than work. Betulkan otak kau tu Khaizal. Aku terus hembus nafas panjang dan pergi ke bilik Qila.

“Qila, awak nak jogging tak harini?,” aku buat semua ni sebab nak tunjukkan pada society yang aku ni jenis yang sukakan gaya hidup yang sihat dan aku tolong isteri aku sihat balik.

“Jogging? Boleh je, pukul berapa?,” soal Qila balik.

“Kejap. Awak ingat tak antara kita ni, apa hubungan kita berdua?,” aku soalnya balik, aku nak pastikan dia ingat lagi ke tak aku ni suami dia. Bukan betul si Qila ni.

“Suami isteri. Kenapa?,” Qila berjalan menghampiri aku.

“Hmm, masuk pagi ni dah 3 hari awak ingat yang kita ni dah kahwin. Selalunya awak boleh bertahan selama sehari je. Mungkin otak awak dah makin stabil,” aku sentuh perlahan jari telunjuk aku pada kepalanya. Kemudian Qila pegang jari aku.

“Haip! No touching! Pantang betul bagi peluang,” aku tarik balik jari aku ke belakang, walaupun tak berapa nak betul, tapi part nak menggoda orang laju betul.

“Alaaa.. awak yang sentuh kepala saya,” Qila jeling aku perlahan.

“Sekarang umur awak berapa?,” kalau dia kata bukan 20 tahun, maksudnya dia dah kembali normal.

“20 la,” Qila terus tunjuk 2 jari.

“Mental!,”aku terus beredar dan ketawa kecil.

“Haaa. Cepat siap, saya tak suka nak jogging bila matahari ada, tak best,” aku tinggikan suara aku, dan segera naik anak tangga. Selesai saja memakai satu set pakaian sukan Adidas, aku terus lihat cermin. Memang dah jadi tabiat, kalau nak keluar aku mesti puji diri aku depan cemin dulu. Kemudian aku turun, dan lihat Qila sudahpun berada di luar pintu.

“Awak ni bersiap macam tuan puteri la, dah 10 minit saya tunggu,” Qila duduk merungut di teratak luar rumah.

“Saya ni CEO. Keluar rumah je saya kena jaga image. Faham? Dah jom,” aku terus tekan punat kereta mini cooper ku.

“Eh bukan jogging dekat sini-sini je ke?,” Qila yang sudahpun bersedia keluar ke pintu pagar masuk kembali.

“Tak. Kita jogging dekat tempat jogging la. Ramai orang baru best,” aku terus masuk ke dalam kereta.

“Alaaa, sini pun boleh jogging,” Qila merungut lagi, bukan setakat dah pandai pukul aku tapi merungut pun dah pandai.

“Eh cuba jangan banyak songeh. Ikut je la,” baru aku perasan, lepas je aku warning dia tak payah panggil Tuan masa nak bawak dia jumpa pekerja, lepastu dia langsung tak panggil aku Tuan lagi.

Tapi, takpe la. Lagi pun kalau orang luar dengar dia panggil aku Tuan, mesti orang syak ada sesuatu yang tak kena. Selepas 10 minit perjalanan, akhirnya kami sampai ke taman rekreasi, memang sangat bagus memandangkan hari ni hari minggu, ramai manusia yang berjogging dekat sini.

Jadi hari ni aku kena berlakon ekstra sikit. Aku terus warm up, tapi Qila terus berjalan kemudian dia terus jogging, musnah rancangan aku. Takkan aku nak jogging sorang-sorang, tapi lantak dial ah, dia yang jogging dulu. Biarkan je la dia. Aku teruskan jogging sampai satu pusingan tapi bayang Qila aku langsung tak nampak, tak lama kemudian, aku nampak ada seorang perempuan berambut pendek,mungkin masih bersekolah lagi, dia duduk sambil mengurut kakinya. Aku hampirinya.

“Awak okay?,” aku tundukkan badanku sedikit.

“Kaki saya terseliuh, tak boleh nak bangun,” gadis itu terus pamerkan reaksi sakit, memandangkan tiada orang lalu lalang di sini dan cuma ada aku, jadi terpaksa aku tolong budak ni.

“Biar saya tengok dulu kaki awak,” aku terus pegang kakinya, memang betul buku lalinya kemerah-merahan.

“Takpe ke saya angkat awak?,” aku soalnya. Kemudian dia angguk perlahan, belumpun sempat aku mengangkat budak itu, tiba-tiba ada sesuatu menolak aku kuat dari tepi. Aku terjatuh.

“It’s okay. Saya boleh angkatkan awak,” Qila terus memapah budak perempuan itu, aku cuma ekori mereka saja. Rupanya budak perempuan itu datang dengan kawan-kawannya, jadi tak perlulah kami nak bawa dia ke klinik.

“Awak ni memang miang! Saya jogging kejap je senang-senang je nak usik anak dara orang,” Qila terus beredar sambil mengelap peluh di dahinya.

“What? Miang? Saya cuma nak tolong dia je?,” aku terus berdiri betul-betul depan Qila. Suka hati je nak labelkan aku miang.

“Boleh je awak suruh orang lain angkatkan. Yang sibuk nak angkatkan tu kenapa?,” Qila kerutkan dahinya, dia langsung tak pandang muka aku.

“Saya tengok dia tragik sangat, tu yang saya tolong dia tu,” kenapa sekarang ni aku beria nak jelaskan, lantak dia la nak fikir apa pun. Kau dah kenapa ni Khaizal?

“Salah saya sebab terlalu sayangkan awak sampai awak berani buat apa je walaupun benda tu menyakitkan hati saya, salah saya jugak berharap awak akan sayangkan saya balik” air mata Qila bergenang, dia terus berlalu. The best part is, ramai pulak yang tengok aku dengan Qila. A big NO! Aku kena betulkan balik salah faham Qila ni, karang ramai pulak kutuk aku mainkan perasaan isteri sendiri. Aku terus tarik tangan Qila.

“Apa yang awak cakap ni? Saya memang sayangkan awak. Believe me, no one can replace you. Dah la tak mau la merajuk,” aku terus lap air mata Qila, dia cuma tunduk memandang tanah.

“Dah.. dah malulah, dah besar nak nangis.. nangis,” aku terus mengusap kepala Qila, orang ramai yang lihat aku dan Qila ada yang senyum-senyum tak kurang jugak ada yang berharap mereka di tempat Qila. Tapi entah kenapa aku rasa, tindakan aku ni bukan sebab nak jaga imej semata-mata tapi ada sebab lain, aku sendiri pun tak tahu. Aku terus bawa Qila masuk ke dalam kereta mukanya masam mencuka saja. Sepanjang perjalanan dia hanya diam membisu saja.

“Dah.. dah la tu nak merajuknya. Bosan la, baik saya bawak ranting kayu je dalam kereta ni,” aku pecahkan kesunyian, Qila pandang aku kemudian dia buka cermin kereta dan menjerit.

“Awak nak tahu tak, betapa sukanya saya pada awak? Awak tahu tak? Tahu tak?,” Qila kecilkan matanya sedikit sambil pandang aku.

“Woi malu lah. Tak tahu,” aku terus tutup cermin kereta, suka buat benda bukan-bukan.

“Macam ni,” Qila terus tarik rambut aku kasar. Dia dah lebih ni, aku terus berhentikan kereta ke tepi.

“Awak ni dah kenapa? Gila? Hmmmm tapi memang dah sah gila. Apa lagi yang tak kena,” aku terus membetulkan rambutku, sakitnya perit gila.

“Sakitkan, macam tu la sakitnya sukakan awak. Awak langsung tak hargai perasaan saya,” nak hargai apa, kau sendiri pun tak faham perasaan kau, takkan aku yang waras ni hargai perasaan kau pulak, bisikku dalam hati.

“Habis tu awak nak saya buat apa? cakap cepat,” aku palingkan mukaku ke arah Qila.

“Saya nak…,” kejap, aku kena bagi warning dulu.

“No hugging, no touching,” aku pandangnya serius.

“Tak mintak pun la, saya nak awak bawak saya satu tempat ni. Dah, jalan lah, pandang apa lagi,” Qila terus mengarah aku.

“Yela,” malas nak berbahas, aku turutkan saja. Sampai saja ke rumah teres dua tingkat itu, Qila terus keluar dan keluarkan kunci, dia tarik tangan aku untuk masuk ke dalam rumah itu. Sejak bila pulak dia ada rumah ni.

“Kejap, ni rumah siapa?,” aku terus persoalkan setelah masuk ke dalam rumah itu.

“Rumah sewa saya,” Qila terus tarik tangan aku naik atas.

“Awak bukan kata, awak kena halau ke sebab dah lama tak bayar sewa rumah?,” aku soalnya lagi.

“Tu masa saya tengah study, sekarang kan saya dah graduate. Sini la saya menyewa,” aku bertambah hairan, pagi tadi dia cakap umur dia 20 tahun, takkan dia dah ingat balik.

“Umur awak sekarang berapa?,” aku soal soalan yang sama aku soal pagi tadi.

“20,” jawabnya ringkas. Dia ingat yang dia dah graduate tapi dia still ingat yang dia 20 tahun lagi. what? Asal complicated gila masalah si Qila ni, aku jadi pening.

“Awak kata awak 20. Mana ada orang dapat degree umur 20 tahun,” aku duganya lagi.

“Memang la saya 20 tahun, hmmm saya pun tak ingat bila saya graduate, tapi saya rasa saya dah graduate. Tapi ni rumah sewa saya. Hmmm macam mana ni?,” Qila terus terduduk di tangga, dia mula menggaru-garukan kepalanya yang tak gatal itu, tanda keliru. Kesian pulak aku tengok dia dalam keadaan macam tu.

“Hmmm dah la tak payah fikir. Awak nak buat apa kat sini?,” kalau aku yang waras ni pun pening fikirkan pasal dia, apa lagi lah dia yang tak berapa nak waras ni.

“Jom,” dia bangun semula dan tarik tangan aku kembali.

“Tada… see, ni bukti saya sayangkan awak,” aku tergamam, semua gambar di dinding gambar aku, tak kiralah gambar dari majalah, surat khabar atau gambar yang di ambil secara haram semuanya tersedia di tampal di dinding bilik itu. Dia ni stalker aku ke apa?

“Awak ni menyeramkan lah,” aku terus berundur sedikit dari Qila, padahal aku tak takut langsung pun.

“Janganlah takut. Saya rasa benda normal je. Saya kagum dengan awak sebab awak independent, sebabkan awaklah saya boleh sekuat ini,” Qila senyum sambil berjalan mengelilingi bilik itu.

“Normal? Mana ada, orang gila je buat benda macam ni,” aku lupa, dia memang gila.

“Awak ni selalu cakap saya gila. Cuba lah layan saya macam orang biasa jugak,” Qila mula merajuk.

“Alaa.. main-main je. Saya tak kesah pun la. By the way thanks. Awak tak payah la kagum dengan saya, saya ni banyak kekurangannya,” oh wait. Sejak bila aku reti mengaku kelemahan aku ni. wake up Khaizal.

“Saya cuma takut awak tinggalkan saya,” Qila pegang baju aku, dia tunduk pandang lantai.

“Nak takut apa? Awak dah jadi isteri saya dah pun,” aku pegang perlahan bahunya.

“Tapi lelaki boleh kahwin empat,” Qila tunjuk keempat-empat jarinya.

“Haaa yang tu betul,” aku senyum nakal.

“Dah la, keluar,” Qila terus tolak aku keluar.

“Relaks la, saya tak cakap apa-apa pun,” aku tahan tangan Qila.

“Janji tak kahwin lain,” Qila terus pijak kuat kaki aku. Makin lama, makin aku rasa yang aku ni mangsa dera dah.

“Saaaaakit.. ye la, saya janji,” apa kau buat ni Khaizal, berjanji bagai. Kenapa dengan aku ni?. Tapi lepas lihat Qila senyum aku rasa semacam lega dalam hati aku.

“ Lepas ni dah tak payah nak tampal-tampal. Lepas ni kita tangkap gambar, nak selfie pon boleh. Lepas tu awak nak taruh kat mana awak taruhlah, penuh satu rumah pun takpe,” aku terus keluar dan menuruni anak tangga.

“Kita nak pergi mana?,” soal Qila.

“Balik lah, nak pergi mana lagi? Saya ada hal ni,” Qila mengekori aku menuju ke kereta. Hal aku sebenarnya aku nak berjumpa dengan doktor Qila, aku nak tanya dia, kenapa dengan Qila sekarang ni. sampai saja di rumah aku terus mandi dan bersiap untuk berjumpa dengan doktor, sebelum tu sisipkan rambutku kemas, kemudian aku serabutkan kembali bila aku teringat doktor yang rawat Qila ni cuba nak goda aku dulu. Gross! Aku terus turun bawah, dan menuju ke bilik Qila, entah kenapa kaki aku laju je nak tuju ke bilik tu. Aku lihat Qila sedang lena di buai mimpi, apa guna jogging kalau balik terus dodoikan diri. Aku masuk ke dalam bilik Qila, dia kelihatan letih sekali, aku tanggalkan stoking nya, tak menyempat betul Qila ni, kemudian aku sarungkan selimut padanya.

“Saya pergi dulu,” aku bisik ke telinganya. Kemudian, Qila terus mencium pipiku, dia ni memang suka buat sesuatu tanpa fikir dulu.

“Qila!,” aku tinggikan suara, aku betul-betul geram dengan budak ni, sukati je buat macam-macam dekat aku. Dia ingat aku ni apa, aku ni CEO tau. Tapi di sebabkan dia ni tak betul sikit, malas aku nak marah lebih-lebih karang terjun bangunan pulak. Aku terus keluar dari bilik Qila, kemudian aku menuju ke kereta, aku berdiri menyandar. Aku ni lelaki dan Qila tu perempuan, lelaki kalau macam mana pun ego, kalau dah kena goda dengan perempuan tewas jugak. Aku ingat kembali peristiwa tadi, aku senyum sedikit kemudian aku ketawa kecil, bukan sebab lawak tapi sebab aku malu. Wait! Aku tak boleh macam ni, aku tak boleh nak suka dengan apa yang dia buat tadi, totally melanggar prinsip kerja aku. she’s in work category, ingat sampai bila-bila tu Khaizal.

“Doktor, I really tak faham dengan Qila. You said earlier, yang dia tu terperangkap dalam dunia 20 tahun dia tu, but baru je kejap tadi dia ingat yang dia dah graduate, which means dia dah ingat balik apa yang terjadi sekarang, but bila I tanya dia balik umur dia berapa, she still said, she’s 20. Im totally clueless,” aku jelaskan segala pada doktor perempuan yang cuba nak goda aku dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience