BAB 11

Romance Completed 2279

“Dia minta izin nak tackle along. Ops! Silap! Dia minta izin nak nikah dengan akak! Hah! Tu baru betul,” kata Aizreen selamba. Aku mengetuk kepala Aizreen. Budak ni, tak pernah serius.

“Aduh! Kejam mu..! Macam manalah budak tu nanti kalau dapat isteri macam along ni? Jangan dia balik rumah mommy lebam satu badan sudah!” kata Aizreen.

“Eh, kamu nampak ke dia lebam satu badan? Hah! Kamu pernah ehem..ehem dengan dia pa?” serentak dengan percakapanku, kepala aku diketuk.

“Otak tak pernah merah.. Blue aje memanjang,” kata Aizreen. Dia menjeling ke arahku tajam.

“Terimalah qada’ dan qadar Tuhan,” ujar aku seraya memerli. Sebab dia kan pernah bercakap sama seperti percakapanku tadi.

“Auch!Auch! Sakit!” Aizreen mencubitku bertubi-tubi. Sakitnya bukan main! Aduh! Nayalah suami kau kalau macam ni Aizreen oi!!

Di rumah sewa Adam..

“Aku dah tak tahanlah macam ni! Budak ni ish! Tak tahulah nak cakap apa tentang budak ni!” adu Adam.

“Relakslah, esok dah genap satu bulan kan? So, kau pergi jumpa dia esok! Kalau dia main tarik tali, kau tarik je dia guna tali,” kata Aril selamba.

“Esok, kau orang teman aku jumpa budak ni, harap je 18 tahun tapi perangai macam orang lagi dewasa daripada dia,” kata Adam lagi.

“Tapi, serius aku rasa aku dah jatuh cinta dengan kakak dia, wah, cantik giler perempuan tu,” Aril danUwais tergeleng melihat teletah Adam.

“Kau memang dah angau Adam oi..!” ujar Izham.

“Sebab itulah aku nak kahwin dengan dia dengan secepat mungkin,” ujar Adam.Uwais melempar bantal ke arah Adam.

“Gatal!”

Di Cafe..

Aku memandang ke arah Ezzi yang kelihatan tercari-cari someone. Kadang-kadang dia menolak bahu Aizreen yang kelihatan sangat selamba waktu itu.

“Woi, kenapa dengan kau Ezzi. Kesian si Aiz itu asyik kena tolak,” ujar Eki. Seperti biasa Aizreen akan menjeling ke arah Eki. Dia sudah tak larat untuk menasihati Eki agar jangan memanggilnya Aiz. Nampaknya, Eki ni memang tak makan saman.

“Hati-hati Eki, muka angah tu aku lihat macam nak terbakar dah tu. Tunggulah masanya dan dia akan mengejar kau sampai kau tak cukup nafas,” kata aku selamba.

“Ek eleh tak hairan pun,” kata Eki pula.

Tiba-tiba mata aku memfokus ke arah tiga orang lelaki yang sedang memerhati kami dari jauh dengan pandangan yang cukup tajam. Aku mula kecut perut. Mereka ini nak buat apa? Dahlah mereka berjalan ke sini pula tu.

“Nur!!” tersedak Ezzi mendengar panggilan itu. Aizreen ku lihat hanya membuat muka selamba. Dia minum air yang berada di hadapannya. Sekarang, aku mulai pelik lelaki ini panggil siapa?

“Awak panggil siapa? Di sini ada tiga orang Nur,” tanyaku lalu memandang ke arah lelaki yang pernah mengenalkan dirinya sebagai Adam.

“Kita jumpa seminggu lagi, make sure time tu hati awak betul-betul pasti dengan apa yang awak nak lakukan,” kata Aizreen. Dia hanya bermain I-pad di tangan ketika berbicara dengan lelaki itu.

“Awak memang dah gila! Tinggal 52 hari lagi. Nanti tak pasal sahaja kot?” kata Adam pula.

“Tak pasal apa?” tanya Aizreen. Dia masih lagi bermain I-pad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience