BAB 4

Romance Completed 2279

“Whatever, young kids! Harap je dah 18 tahun tapi perangai macam 8 tahun!” daddy menghalakan pandangannya ke arah Aizreen.

“ Daddy, sejak bila angah dengan adik, kembar ni daddy? Angah besar dua kali ganda daripada adik ni!” perli Aizreen dalam nada yang nakal. Payah untukku melihat tingkah Aizreen yang nakal sekarang ni kalau tak serigala ais memanjang.

Kau orang nak tahu tak kenapa aku panggil dia serigala ais? Meh aku beritahu..

Sebab dia ni cool terlebih. Naik tension kalau cakap dengan dia ni. Tak percaya? Cubalah cakap dengan dia. Tambah-tambah kau orang yang dia tak pernah kenal ni, lagi dia cool silap-silap dia diam terus. Waktu tu naya kau orang.
Sebab nama dia kan Aizreen, ais dengan Aiz kan lebih kurang nak sama bunyinya, jadi panggil ajelah dia serigala ais.

Hebat tak maksud dia? Hehe.. Biasalah aku kan pandai gelar orang. Piece..

Dah-dah tak payah melalut jom kita tengok apa yang jadi..

Muka daddy ku lihat sudah merah padam.. Apalah nasib? Kena perli dengan anak sendiri.

“Aizreen Nur Eryna! Sedap-sedap je macam makan kacang je kamu perli daddy yer? Memang nak kena lah kamu ni!” daddy cuba mencubit Aizreen. Namun Aizreen bingkas menyorok di belakang mommy.

“Sudahlah! Bapa dengan anak sama je!” tegur mommy.

“La, mommy dah nama pun bapa borek anak rintik mestilah sama kan?” aku pula menyampuk. Aizreen ku lihat sudah membuat thumbs up kepada aku. High five lagi aku dari thumbs up, apa punya adik lah! Tak pernah bersosial. Redha ajelah..

“Bapa borek anak rintik tu apa?” soalan yang keluar dari bibir Natrah itu membuatkan kami terkejut. Nak jawab apa ni?

Hentam aje lah labu…

“Erk! Yang itu.. Yang itu..”

“ Sikap bapa yang dicontohi oleh anaknya. Seperti gunung berapi Krakatau yang pernah meletus pada hari Isnin, 27 Ogos 1883, tepat jam 10.20, terjadi ledakan pada gunung tersebut. Menurut Simon Winchester, ahli geologi lulusan Universiti Oxford Inggeris yang juga penulis National Geographic mengatakan bahawa ledakan itu adalah yang paling besar, suara paling keras dan peristiwa vulkanik yang paling meluluhlantakkan dalam sejarah manusia modern. Suara letusannya terdengar sampai 4.600 km dari pusat letusan dan bahkan dapat didengar oleh 1/8 penduduk bumi saat itu.

Menurut para peneliti di University of North Dakota, ledakan Krakatau bersama ledakan Tambora (1815) mencatatkan nilai Volcanic Explosivity Index (VEI) terbesar dalam sejarah modern. The Guiness Book of Records mencatat ledakan Krakatau sebagai ledakan yang paling hebat yang terekam dalam sejarah.

Ledakan Krakatau telah melemparkan batu-batu apung dan abu vulkanik dengan volume 18 kilometer kubik. Semburan debu vulkanisnya mencapai 80 km. Benda-benda keras yang berhamburan ke udara itu jatuh di dataran pulau Jawa dan Sumatera bahkan sampai ke Sri Lanka, India, Pakistan, Australia dan Selandia Baru.

Letusan itu menghancurkan Gunung Danan, Gunung Perbuwatan serta sebagian Gunung Rakata dimana setengah kerucutnya hilang, membuat cekungan selebar 7 km dan sedalam 250 meter. Gelombang laut naik setinggi 40 meter menghancurkan desa-desa dan apa saja yang berada di pesisir pantai. Tsunami ini timbul bukan hanya kerana letusan tetapi juga longsoran bawah laut.

Mulai pada tahun 1927 atau kurang lebih 40 tahun setelah meletusnya Gunung Krakatau, muncul gunung api yang dikenal sebagai Anak Krakatau dari kawasan kaldera purba tersebut yang masih aktif dan tetap bertambah tingginya. Kecepatan pertumbuhan tingginya sekitar 20 inci per bulan. Setiap tahun ia menjadi lebih tinggi sekitar 20 kaki dan lebih lebar 40 kaki. Catatan lain menyebutkan penambahan tinggi sekitar 4 cm per tahun dan jika dihitung, maka dalam waktu 25 tahun penambahan tinggi anak Krakatau mencapai 7.500 inci atau 500 kaki lebih tinggi dari 25 tahun sebelumnya. Penyebab tingginya gunung itu disebabkan oleh material yang keluar dari perut gunung baru itu. Saat ini ketinggian Anak Krakatau mencapai sekitar 230 meter di atas permukaan laut, sementara Gunung Krakatau sebelumnya memiliki tinggi 813 meter dari permukaan laut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience