BAB 7

Romance Completed 2279

Aku menjongketkan kening. Apa hal? Aizreen mengambil phone aku lalu diplaykan semula kata-kata yang terakam tadi.

“Macam ni! Cik Amarina Azra ! Tolong dengar baik-baik cakap aku ini. Fokus kat sini! Bukan dekatUwais yer! Kisah dia start macam ni… (kalau kau orang nak tahu kau orang scroll atas balik, tak larat aku nak tulis) Ada faham?” terdengar telefon itu menceritakan dari A-Z apa yang aku cakap tadi.

“Tetap tak faham!” balas Azra pula.

“Eih! kau dengarlah rakaman tu berulang kali sampai kau faham! Aku dah tak larat!” kata aku lalu masuk ke dalam bilik.

“ Kenapa dengan dia? bad mood je..” soalan Azra membuatkan Aizreen pandang ke arah laptop lalu membukanya. Malas nak layan!

Di cafe..

Aizreen memandang ke arah lelaki itu. Dia cuba menganalisa sikap dan perasaan lelaki itu, dia cuba untuk menyelami jiwa lelaki itu. Mungkin dia boleh menggunakan deria ke enamnya ini untuk membantu orang.

‘ He’s perfect! Lansung tiada masalah yang meranta hidupnya kecuali dia menghadapi kesukaran untuk mengorat seorang perempuan. Aik! Muka hensem pun orang tak nak ke? Tak apa kita cuba selidik siapa yang dia suka. Mungkin kita boleh tolong’ kata Aizreen di dalam hati.

Dia mula merapati lelaki itu. Rasa ingin tahunya membuak-buak. Dia duduk di hadapan lelaki itu tanpa mempedulikan pandangan tajam lelaki itu.

“Patah hati? Sebab digelar hantu? It’s so funny!” Aizreen memulakan bicaranya. Seketika dia melihat ke arah lelaki itu yang tengah berkerut mukanya.

“Takkanlah perkara itu pun awak boleh tahu? Awak memang ada 6 deria. Tahniah! Jarang saya jumpa orang yang punya kelebihan seperti awak,” Adam bercakap sambil memerli. Kacau line betul minah ni.

“The problem is.. The woman yang awak ganggu tu. She is my sister! Dan saya diberi hak oleh dia untuk menyiasat tentang latar belakang siapa yang nak berkawan dengan dia, dan awak salah satunya,” kata Aizreen dalam nada sinis. Rasanya kena letak dalam diari ini, budak ni tegur orang dulu! Fuh! Cool!

“Dan saya tidak teringin lansung nak berkawan dengan kakak awak tu,” tutur Adam tegas.

“ Malu tapi mahu!” perli Aizreen.

“Jangan sesekali ganggu saya. Awak memang ada hak untuk menyiasat tentang lelaki yang rapat dengan kakak awak! But not me!” Adam mengambil begnya lalu berlalu.

Aizreen tersenyum sinis. Ingat orang tak tahu ke apa yang ada dalam hati dia. Hey! I’m Aizreen Nur Eryna lah!

“Gila!! Ini baru first time aku berjumpa dengan perempuan macam dia tu! Kalau aku ketuk kepala dia sampai berdarah aci tak? Bagi hilang deria ke 6 dia tu! Menyusahkan hidup orang!” Adam menyumpah-nyumpah sendirian.Uwais yang baru pulang dari berdating dengan perempuan mana entah menggeleng-gelengkan kepalanya. Faham dengan sikap Adam kalau dia tension mesti cakap seorang diri.

“Kenapa tengok aku macam orang tak siuman ni? You think I am insane??” tanya Adam menjegilkan matanya.

“Memang aku fikir kau gila pun. Tegur anak dara orang kata nak ambil adik dia. Lepas tu hari ini kutuk perempuan mana pula dah?” tanya Izham.

“Sekarang aku dah tak nak kat adik dia. Gila punya sinis cakap. Tak ada lembut-lembut lansung, taulah ada deria ke enam tapi janganlah sesuka hati baca minda orang,” kutuk Adam lagi.

“Hah! Bila kau jumpa dengan adik perempuan dia? Cantik tak?” tanyaUwais bertalu-talu.

“ Kau takkan nak dekat adik dia kalau kau dengar cara dia cakap. tak ada maknanya nak lembut-lembut!” kutuk Adam lagi lalu berlalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience