BAB 16

Romance Completed 2279

Aku dah kahwin dah pun. Semuanya berlaku dalam satu minit. Memanglah satu minit, dah akad tu pun makan berapa saat je pun.

Malam akad dia tidur rumah dia, ye! Ye! Aku terlepas. Buat satu minggu! Malam ni aku tak boleh terlepas dah!

“Sayang oi! Apa ke lamanya sangat kamu dalam bilik air ni woi! Orang nak mandi juga!” ujar satu suara daripada luar.

“Yelah, orang nak keluar dah ni,” kataku lantas keluar. Dia terus memasuki bilik air tanpa mempedulikan aku. Aku kisah apa? Sekarang masa untuk aku landing! Haha.. Semuanya aku dah buat awal-awal. Solat dah, gosok gigi dah, basuh kaki dah. Now, it’s time for sleep!

Masih di bilikku..

Aku terjaga apabila terasa tangan menari-nari di atas mukaku. Serius, geli! Spontan aku membuka mata, betapa terkejutnya aku apabila melihat mukanya dekat dengan aku.

“Aa..” tak dan aku nak jerit lama, tangan dia dah tutup mulut aku. Aku tarik tangan dia.

“Orang nak tidur, jangan kacau!” kataku lalu mengambil bantal. Tiba-tiba dia menarik lenganku, lalu aku jatuh ke dalam pelukannya.

“Apa?!” bentak aku.

Tiba-tiba dia mengucup bibirku. Aku membuntangkan mata.

“Itu balasan, sebab berbahasa kasar dengan suami. Oh, mungkin sebab sayang belum jadi isteri yang sebenar-benarnya kot, sebab tu jadi macam ni. kasar kemain!” aku membuntangkan mata apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada bibirnya. Yes, i admit that aku cakap kasar sedikit. Aku mengantuk ni! Nak tidur ni!

“Orang nak tidur ni!” bentak aku sekali lagi.

“One!” aku memandangnya pelik. Apa ke jadahnya ni? Aku bangun daripada baringanku lantas duduk bersila. Bosan! Orang nak tidur tak boleh!!!!!

Apa ke romantik yang kau cakap ni angah? Ni bukan romantik! Ni perdajalkan aku lagi adalah!

“Kenapa?” tanya aku. Cuba melembutkan suara, kerana ingin menamatkannya dengan secepat yang mungkin.

“Sayang tahu tak? Yang abang jatuh cinta dengan sayang sejak sayang masuk U lagi,” luah dia tiba-tiba. Aku pandang dia. Dia pandang aku. Aku angkat bahu tanda tak tahu.

“Yelah, memanglah dia tak tahu. Sebab selama ni angah je yang menjadi penghubung. Tau tak? Sejak angah muncul kan, dia yang buatkan abang makin tension, nak taknya dia suruh abang jangan munculkan diri depan sayang selama sebulan. Giler lah macam tu! Abang rindukan sayang tahu tak? Tapi bila abang muncul lepas sebulan tu, dia ajak jumpa seminggu lagi. No way! So, entah sebab apa hari itu hati dia baik sangat dia bagi alamat rumah sayang,” ujar Adam panjang lebar. Kan tekaan aku betul, benda yang dia bagi itu alamat rumah aku.

“Bila abang jumpa rumah sayang, abang tak tunggu dah! Abang terus suruh mama dengan papa abang masuk meminang, sebab abang tak nak sayang dikebas oleh lelaki lain. I don’t want that things happen,” ujar Adam.

“Sekarang sayang dah jadi milik abang, so, sekarang abang nak leraikan rindu yang telah angah buat demi nak satukan kita,” ujar Adam lantas menarik ku ke atas katil.

“I love you..” ucapnya.

“I love you too..” entah sejak bila perasaan itu bermukim di hati, namun yang aku tahu aku mencintai dia. Yes, I admit it, angah. Cinta selepas kahwin lebih bermakna daripada cinta sebelum kahwin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience