BAB 15

Romance Completed 2279

“Ye, betul-betul. So, 2 minggu lagi ye, pak cik tunggu,” aku rasa macam nak pengsan dengar apa yang diperkatakan oleh daddy. Aku menjeling ke arah Aizreen. Dia hanya senyum memerli. Aizreen, you are dead!!

Bilik Aizreen..

Aku masuk ke dalam bilik Aizreen. Kosong. Tiba-tiba aku terdengar bunyi air. Ceit! Budak ni tengah mandi, tak apa-tak apa. Kita tunggu.

Dalam masa itu, aku mengambil laptopnya. Aku membuka ruangan novelnya. Mak oi! berderet! Cerpen, novel semua ada!

Aku membuka pula blognya. Wah! Banyaknya cerpen dia yang dah siap. Kita layan jom! Dah bertahun-tahun tak buka blog adik ku seorang ni..

“Hah!” sergah Aizreen.

“Oh mak kau!” latah aku. Aku ni memang tak boleh orang sergah sikit mulalah nak melatah.

“Padan muka! Buka laptop orang tak minta izin! Dah, syuh! Pergi guna laptop sendiri. Jangan kacau hak milik orang,” ujar Aizreen sambil menolak-nolak tubuhku.

“Angah! Kenapa perkenenkan orang dengan mamat tak cukup skru tu! Tak suka! Tak suka!” bentak aku sambil memasamkan muka. Betullah kata Aizreen, aku lagi manja daripada Natrah. Dan Aizreen lah anak yang paling matang. Matang lah sangat!

“He will be a romantic guy that you will never seen in your life! Tambah-tambah pula dia dah lama cintakan akak. Dan angah nak beritahu, cinta selepas kahwin lebih bermakna daripada sebelum kahwin, kalau tak percaya cubalah,” ujar Aizreen dengan mata yang sengaja dikelipakan. Gatal punya adik!

“Habis tu kenapa tak kahwin dengan dia? Then, bercintalah selepas kahwin,” ujarku pula. Tak pasal-pasal je aku yang kena kahwin dengan mamat tak cukup skru tu.

“Sebab jodoh dia tertulis untuk akak,” balas Aizreen pula.

“Mana kamu tahu?” tanya aku pula. Pandai-pandai aje budak ni.

“Sebab di Loh Mahfuz takdir akak tertulis hanya untuk dia,” balas Aizreen pula.

“Mana kamu tahu? Daripada tadi jawapan yang sama je,” balas aku tidak puas hati.

“Because he love you!” balas Aizreen.

“He is a mystery guy, yelah datang rumah orang tiba-tiba pinang orang. Maunya tak pelik, kenal pun tidak!” balas aku pula.

“Tapi dia kenal orang kan?” bidas Aizreen pula.

“Eh, lawyer ni. Orang cakap dia menjawab, orang cakap dia menjawab. Hempuk kang!” balas aku dengan mata yang sengaja dijegilkan.

“Dah nama pun future lawyer,” balas dia pula.

“Eih, malaslah nak cakap dengan kamu ni!” kata aku lalu keluar dari bilik.

“Kalau dah malas kenapa nak cakap?” balas dia dari jauh. Now, aku rasa dah menyampah nak cakap dengan setiap future lawyer and lawyer. Kalau kita cakap mesti mereka menjawab. Hey, dah nama pun lawyer.

Bilikku..

Kalau diikutkan hati, memang si asam tu dah gila. Ada tidaknya, merisik dua minggu lepas kejadian dia mai kena baling bantal dengan Aizreen. Merisik tu sekali dengan meminang pula tu. Gila! Seminggu lepas tu, nak buat pernikahan. Dan sekarang, nak buat kenduri. Aku nak tanya macam mana dia boleh buat semua persediaan yang rapi dalam lebih kurang sebulan, atau memang dia tahu tentang semua ni daripada awal lagi.

Aku makin rimas. Kenapalah si mak andam ni mekap aku tebal-tebal sangat ni. Sekarang dah payah aku nak tanggalkan. Kau orang jangan tak tahu pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience