BAB 3

Romance Completed 2279

Pejam celik-pejam celik dah 3 tahun aku berada di bumi Melbourne ini.. Aizreen akan mengambil slip SPMnya minggu hadapan.. Tengoklah keputusan, nak menangis ke nak melompat pilih nak mana satu!

Hey apalah yang aku meraban tengah malam ni. Lebih baik aku tidur. Lagi best.

Aku menutup laptop lalu menutup lampu ruang tamu, it’s time for sleep.

Di lapangan terbang..

Ah! Segarnya! Hehe.. Biasalah dah bertahun-tahun di negara orang, balik negara sendiri macam tak pernah balik pula.

Nak call budak ni ke tak yer?

Call lah..Kalau tak call mak cik tu mengamuk pula. Sedang asyik mencari nama Aizreen, aku telah dilanggar oleh seorang pemuda yang kelihatannya hendak cepat. Alamak! Phone aku jatuh! TIDAK!!! Aku bingkas mengambil phone aku! Fuh! Mujur sahaja tak retak. Kalau tak, siap dia.. Aku menekan butang dial apabila menemui nama Aizreen.

“La, ingatkan tak angkat tadi, kot-kot lah off phone,” aku memerli si Aizreen.

“Assalamualaikum, cik kak! Orang dah berkurun di sini kak baru call?”perli Aizreen pula. Eh? Dah berkurun? Dia memandang ke depan.

“Ceit! Buat perhabis kredit orang je,” Aizreen tersenyum sinis.

“ Nak call, tak nak pandang depan,” perli dia seraya berlalu ke keretanya. Aku rasa macam dah terbakar. Kureng punya adik!

Di ruang makan..

“Angah nak ke U Melbourne,” hampir tersembur air yang baru ku minum apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Aizreen.

“Kenapa pula?” tanya mommy.

“Angah kan dapat biasiswa, pilih ajelah U yang hebat-hebat,”komen daddy pula. Aku akui Aizreen memang pandai 11A+! Rasa macam tak boleh dipercayai je.. Tapi itulah keputusan SPM dia..

“Angah nak ke situ, sebab ada kak long, lagipun angah kan kena check siapa kawan lelaki along,” kata Aizreen selamba. Ceit! Aku tak kawan dengan lelaki la!

“Along mana ada kawan lelaki,” bela aku.

“Angah tetap nak pergi ke U Melbourne,” kata Aizreen tegas. Mommy dan daddy yang mengetahui arahan itu tidak boleh dibantah atau Aizreen tak akan belajar hanya mengangguk.

Menyibuk je angah ni! Semua tentang orang mesti dia nak ambil tahu! Curi phone dia kang! Naya kot?

Di ruang tamu..

“ Angah dan Along nak pergi?? Habis tu adik tinggal seorang! Kejamlah along dengan angah ni! Tapi tak apalah tiada siapa nak berebut laptop dengan adik,” kata adikku sambil tersenyum lebar. Aku rasa macam nak hempuk je kepala budak ni dengan beg yang aku pegang ni. Kureng punya adik! Dia boleh cakap macam tu lagi! Tension ni!!

Aizreen ku lihat cuba untuk mencubit Natrah, namun Natrah segera menyembunyikan dirinya di belakang mommy lalu menjelirkan lidahnya. Aizreen mengacah-mengacah Natrah. Senyuman ikhlas terbit di bibir Aizreen. Jarang untuk kami sekeluarga melihat senyumannya itu. Yang ada pun senyuman sinis. Cool terlebih adikku ni!

“ Angah, adik. Dah jangan berlari. Jatuh kang! Siapa nak tanggung?” tegur daddy.

“Angah lah kejar adik,” balas Natrah sambil membuat mata puppy eyes.

“ Eh! Angah tak cari pasal pun! Adik yang cari pasal dengan angah,” bela Aizreen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience