BAB 14

Romance Completed 2279

Ruang tamu rumahku..

“Pak Cik sebenarnya kami semua datang ni ada hajat. Adam ni dia nak melamar anak gadis pak cik,” ujar Aril. Dato’ Mustafa memandang ke arah Adam.

“Along! Tolong buatkan air untuk mereka,” arah Dato’ Mustafa. Aizreen sudah menghilang entah ke mana.

“Berapa orang daddy?” tanya aku. Aku melangkah ke ruang tamu. Betapa terkejutnya aku tengok mamat-mamat ni ada di rumah aku. Segera aku mengingati semula benda yang diberikan kepada Adam. Yes! Aku rasa itu alamat rumah. Mati kau, Aizreen!

“Kamu kiralah sendiri. Takkan daddy nak tolong kira kot, along!” aku tersengih sendiri. Lantas, aku bergerak ke dapur.

“ Yang mana satu, Adam. Pak Cik ada 3 anak perempuan. Aizreen Nur Eryna ke Amylina Nur Erlina ke Natrah Nur Emelda?”tanya Dato’ Mustafa. Dia sengaja meletakkan Aizreen di atas kerana tadi dia melihat Aizreen bersembang bersama mereka. Pasti, Aizreen mengenali mereka. Anak gadisnya itu, tidak akan rapat dengan orang yang tidak dia kenali.

Adam mulai blur. Kenapalah nama anak perempuan pak cik ni semuanya ada Nur, payahlah kalau macam ni!

Aizreen mula menjengukkan kepala apabila mendengar namanya disebut. Bantal yang memang dia peluk daripada tadi didakap erat.

“Aizreen Nur Eryna kot pak cik,” ujar Adam. Serentak bantal yang dipeluk oleh Aizreen dilempar ke arahnya.

“Mak oi! Minah mana pula yang mengamuk ni?” ujar Izham.

“That’s my name, encik Adam. Awak nak kat along tapi sebut nama saya. Memang peliklah mamat ni!” ujar Aizreen. Dato’ Mustafa memandang ke arah Adam lalu memandang ke arah Aizreen.

“So, dia dah luluslah ni?”tanya Dato’ Mustafa. Aku yang mendengar pertanyaan daddy segera menjawab.

“Lulus dah lah tu, kalau Aizreen bagi dia alamat rumah tanpa beritahu kat along dan di depan mata along,” kata aku. Dulang yang dipegang diletakkan di atas meja.

“Okey, so. Kamu bertiga memang tak tahu nama anak perempuan pak cik,” tanya Dato’ Mustafa dengan riak tidak percaya. Serentak ketiga-ketiga mereka menggeleng.

“Yang along ni nama dia Amylina Nur Erlina, yang budak ni Aizreen Nur Eryna. Yang budak kecil tu, Natrah Nur Emelda,” terang Dato’ Mustafa.

“Tapi, along pelik lah. Takkan mereka ni tak tahu kot?” tanya aku dengan riak wajah tak percaya.

“Tanyalah budak sixth sense tu. Sesuka hati dia je baca minda orang,” selamba je Adam berkata. Bantal yang berada di sebelah Aizreen diambil lalu dibaling ke arah Adam.

“Woi! Ni bukan Adam yang kena, tapi si Aril ni. Tak apalah, Encik Aril kita ni kan baik. Demi nak tackle budak garang lah kata,” perli Izham. Aril mengambil bantal yang dilempar oleh Aizreen lalu dilempar semula ke arah Izham.

“So, kamu nak yang mana?” tanya Dato’ Mustafa.

“Eh, daddy ni macam nak jual anak je ni,” perli aku. Macam nak jual aku je.

“Yang sulung, cik Amylina Nur Erlina. Mama dengan papa saya nak datang merisik 2 minggu lagi, pak cik,” terang Adam yakin. Aku rasa macam nak pengsan je ni. I’m just 21 years old!!!

“Oh, kamu tak kisah ke, budak ni bukannya umur 23, sebaliknya 21 tahun. Kecil lagi, masak pun tak berapa nak boleh,” kata Dato’ Mustafa. Serius! Aku tak reti nak masak. Masak maggi acilah!

“Terpaksa ambil awal, takut orang lain ambil. Lagipun kan tak patut tunang lama-lama,” kata Adam pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience