BAB 1

Romance Completed 2279

Di ruang tamu..

“ Amyline dapat tawaran dari U Melbourne?! Biar betul mommy?!” aku terjerit kecil. Sukar untuk aku bayangkan betapa bahagianya aku ketika itu. Dapat tawaran dari Melbourne. Fuh! Tak pernah diduga dek akal! Tapi itulah takdirnya. Terima kasih Ya Allah. Aku bersyukur sangat.

“Kak long, kalau tak betul tak ada maknanya surat itu di depan kak long tu!” perli adikku, Aizreen Nur Eryna. Budak ni sengajalah. Cakap bukan main sinis. Macam pedang pula dia cakap.

“Aizreen, tak baik cakap dengan kak long macam tu,” tegur mommy. Aku memandang ke arah Aizreen. Ternyata dia hanya tersenyum. Adikku itu dingin dalam senyuman. Aku pun tak boleh teka apa sikap dia yang sebenar.

“Tulah! Sedap-sedap je kata kat orang macam tu,” balas aku pula. Aizreen memandangku lalu tersenyum sinis.

“Macam budak-budak,” kata dia lalu berlalu. Eh! Aku pun malas fikir lah pasal budak tu. Lantak dialah!

“Adik! Mai sini sat,” panggil aku pada adikku yang bongsu, Natrah Nur Emelda. Risya yang sedang bermain komputer memandang ke arahku lalu menghampiriku.

“ Kak long ni! Orang nak main komputer pun susah, cepatlah cakap, orang nak main game ni, nanti kak ngah ambil naya je,” rungut adikku. Memang Aizreen suka berebut komputer dengan Natrah. Harap je 15 tahun tapi perangai macam budak-budak. Hehe.. Sama ajelah aku pun.

“Kak long nak pergi jauh! Kak long nak pergi luar negara. Adik tak kisah kan kena buli dengan kak ngah hari-hari,” aku berkata selamba. Seperti yang dijangka, muka Natrah mendung bak awan yang mendung.

“Ala, kak long ni! Nanti tak adalah orang tolong adik fight dengan kak ngah,” aku memandang budak yang berumur 5 tahun itu. Dia tak tahu ke orang nak sambung belajar. Teruk lah budak ni!

“ Seronok juga kak ngah, boleh reka novel hari-hari,” balas Aizreen lalu segera mendapatkan komputer. Natrah bingkas bangun lalu menolak Aizreen. Aizreen menangkap lengan Natrah.

“Now it’s my turn. Dah pergi main benda lain, kacau je,” balas Aizreen pula. Muka Natrah cemberut. Namun dia pergi, takut kena ketam dengan Aizreen lah tu. Lupa nak beritahu yang Aizreen seorang novelis. Walaupun tidak sehebat penulis lain tapi dia bahagia kerana dapat memberi buah tangannya kepada orang lain untuk dibaca.

Ah! Aku pasti rindu akan semua ni!

Di bilikku..

“Kak long nak pergi mana? Kemas baju banyak-banyak,” tanya Natrah apabila masuk ke bilikku. Aku hanya tersenyum seraya berkata.

“Kan kak long kata, kak long nak pergi jauh. Ke luar negara, takkan adik tak ingat?” tanya aku sambil memandang ke arah Natrah.

“Kak long nak pergi mana? Adik nak ikut,” balas Natrah. Dia duduk di sebelah kakaknya itu.

“Kak long nak sambung belajar di Melbourne. Jauh sangat dari sini. Tapi, nanti kak long YM dengan kak ngah tau,” aku berkata sambil melipat baju-bajuku. Minggu depan aku akan berlepas ke Melbourne.

“Alah, adik nak ikut kak long,” rajuk adikku. Aizreen masuk ke bilik aku lalu membawa Natrah ke pangkuannya seraya berkata.

“Adik, nanti kak long balik sini, kak long beli bear besar untuk adik, nak?”pujuk Aizreen.

“Adik tak nak beruang, adik nak teddybear besar,” kata Natrah lalu mendepangkan tangannya menunjukkan bahawa teddybear yang dia nak sangat besar. Aku tergelak, sama ajelah teddybear dengan bear yang Aizreen sebut. Ada-ada ajelah Natrah ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience