BAB 8

Romance Completed 2279

‘Now! Aku pening dia nak kat adik dia ke kakak dia?’ tanyaUwais sendirian.

Di dalam perjalanan ke cafe..

“Jagalah adik awak tu! Suruh dia cakap lembut-lembut sikit, ni tak ganas memanjang. Kalau perangai dia macam tu tak ada siapa nak kat dia?” aku termangu. Suara ni datang lagi. Jembalang ni mai lagi. Apa lagi yang jembalang ni nak?

Seperti biasa aku pandang ke kiri dan ke kanan. Seperti yang diberitahu oleh Aizreen supaya memandang ke belakang aku lakukan. Betapa terkejutnya aku melihat seorang lelaki di belakang aku.

“Mak!!!” Fuh! Terkejut! Ingatkan selama ni jembalang rupanya orang. Buat orang terkejut sahaja.

“Who are you? Kenapa kacau aku? Menyibuk je!!”aku meluahkan rasa tidak puas hatiku. Dalam diam, aku cuba cover malu. Mana tak malunya. Orang rupanya yang aku panggil hantu hari itu. But! Wait a minute! Dia cakap pasal adik aku ke tadi! Yang mana satu? Yang ganas setiap masa? He’s talking about who? Adik, memang tak logik lah! Angah, eh angah ni bukan jenis tak layan lelaki and cool sepanjang masa. Hehe.. Mesti budak ni kena kaw sungguh-sungguh dengan adik aku! Padan muka dia.. Kejam kan aku ni? Bluek!

“ My name is Adam Niq Ezmir bin Tan Sri Rafee. Berumur 23 tahun, masih single. Ambil course perniagaan because papa ada syarikat sendiri. Tahun ni tamat belajar. Tak pernah bercinta. Dan, apa lagi yang awak nak tahu? Kalau awak nak tahu, awak tanya adik awak mesti dia beritahu dari A-Z tak usah saya beritahu dah,” terang Adam panjang lebar.

“ Am I look like I care?” kataku selamba lalu berjalan pergi. Ah! Aku dah terhasut dengan perangai cool adik aku! Aku memang-memang dah insane!! Nak sebut gila tak sanggup sebutlah insane, insane kan gila juga. Ah! Aku dah meraban!!

Adam termangu sendirian. Gila! Adik dengan akak sebijik! Sejibik! Sejibik!! Ah! Aku rasa macam nak katuk je budak berdua tu. Orang nak tackle akak, adiknya menyibuk. Perangai pun sejibik jer! Ah! Mana nak cari perempuan sebelum aku tamat belajar ni??? Tension!!

Adam meramas rambutnya. Sudah kusut masai dirinya ketika ini! Sungguh dia kusut. Nak cari yang lain? Sorrylah! Perangai gedik semacam naya je kena tolak free-free dengan mama. Papa!!! Tak boleh ke beri syarat lain?!!

6 tahun yang lepas..

Di ruang tamu rumah milik Tan Sri Rafee..

“ Cari seorang wanita yang baik untuk dijadikan isteri kamu. Kalau kamu tak jumpa, kami yang akan jodohkan kamu dengan seorang perempuan. Listen that! Adam Niq Ezmir!” Tan Sri Rafee berkata tegas. Dia mencerlungkan pandangannya ke arah Adam.

“ Tapi papa..”

“Keputusan papa muktamad Adam! Papa tak nak kamu selepas pulang dari Melbourne terus jadi tak tentu hala. Papa tak nak semua itu Adam! So, selamat mencari yer Adam,” kata papa lalu berjalan ke tingkat atas. Adam memandang mamanya, berharap agar mamaynya memujuk papanya agar tidak mengenakan syarat sebegitu. Namun mama hanya menjongket bahu lalu mengikut langkah Tan Sri Rafee ke atas.

Adam termangu. Mana nak cari ni? Dahlah budak kat Melbourne pun teruk-teruk. Yang baik pun beberapa kerat sahaja. Cuba sahajalah.

Sekarang..

Adoi!! Bala-bala! Tulah awal-awal tak nak ingat nak cari bini sekarang ni baru kelam-kabut! Naya lah aku macam ni! Tinggal 3 bulan je lagi! Adoi! Tension memanjang aku kalau macam ni.. Semua perempuan yang baik kat sini pun dah ada pak we! Naya aku! Takkan nak pilih budak junior! Perempuan itulah satu-satunya harapan aku! Terpaksalah aku berhadapan dengan dia dan adiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience