BAB 17

Romance Completed 2279

Di halaman rumahku..

4 tahun berlalu…

Dah 4 tahun segalanya berlaku. Alhamdulillah. Atas pengkosian hidupku dengan Adam, aku telah dianugerahi sepasang kembar yang sangat comel. Satu, Noah Niq Ezmir bin Adam Niq Ezmir. Yang kedua, Amarina Nur Erlina binti Adam Niq Ezmir.

Perasan tak? Anak – anak kami nama nak dekat dengan kami. Biasalah, encik Adam itu nak anak-anak dia ada cop ANE! Nak semuanya ANE.

Angah dengan selambanya memerli, “ane!!”.. Haha! Agak kelakar juga apabila melihat Adam mencubit adik iparnya yang nakal itu. Natrah juga sudah semakin matang. Dah 12 tahun kan?

Sekarang, berita terhangat Aril cuba tackle Aizreen… Hehe.. Ambik kau, Aizreen. Kata tak nak lelaki tua 5 tahun, last-last kena tackle dengan lelaki tua 5 tahun. Mereka akan kahwin tak silap aku dalam bulan 12 ni kot? Maybe.. Sebab angah tak nak bercinta.

Azra pun dah berkahwin denganUwais dan dikurniakan seorang anak yang bernama Qaleeb.

Eki? Dia sekarang ni berada di oversea mengikut suami bekerja di sana. Hey, macam manalah lelaki dia boleh terpikat dengan si Eki ni? Bak kata angah, takdir dah tertulis di Loh Mahfuz, along oi! Nak buat macam mana? Redha ajelah!

Ezzi sekarang ini bekerja sebagai seorang doktor di hospital yang berada di Sabah. Dia selalu mengadu kata nak balik. Tak tahan katanya! Siapa nak tahan bekerja di Sabah? Kau pujuklah tunang kau tu nikah dengan kau cepat-cepat oi, Ezzi! Insya-ALLAH! Boleh lepas.

“Oh mak kau!” aku terjerit apabila Adam mencuit aku daripada belakang.

“Sayang ni, tak habis-habis melatah! Padanlah pun, angah suka sergah,” kata Adam sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku mengetap bibir. Lantas, ku cubit pipi dia dengan sekuat hati.

“Sakit?” tanya aku selamba lantas aku usap pipinya.

“Sakit, tapi kalau tak nak abang sakit, sayang kena cium pipi abang. Baru hilang sakitnya,” kata Adam selamba. Demi keinginannya, ku turutkan jua.

Tersenyum Adam apabila bibirku menyentuh pipinya. Lantas dibawa ku erat ke pelukannya.

“Papa, mama! Tadi, dekat iklan ada cakap, perempuan dengan lelaki tak boleh duduk bersama, nanti ada anak, buang sana, buang sini, ish! Ish! Ish!” kata Noah dengan pelatnya yang tersendiri. Adam membuntangkan matanya lantas mengejar anak sulungnya itu.

“Noah ! Papa tak bagi Noah tengok tv dah! Pandai bukan main!” kata Adam daripada jauh. Aku hanya tersenyum melihat reaksi mereka.

Ya Allah, aku bersyukur dengan apa yang engkau telah berikan kepadaku. Terima kasih atas kurniaan-Mu ini. Terima kasih kerana utuskan angah untuk menjadi penghubung cinta kami. Ya Allah. Aku bersyukur kepadamu kerana telah diberikan anak-anak yang baik dan mendengar kata. Aku mohon agar anak di dalam kandungan ku ini, juga menjadi anak yang baik dan mendengar kata. Amin Ya Rabbal Alamin.

Aku mengusap-usap perutku yang belum menampakkan perubahan. Aku memandang ke langit sambil mengucapkan kata syukur kepada Yang Maha Esa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience