BAB 9

Romance Completed 2279

Di cafe..

‘Aim! Aim! Mana mereka? Aku tengah desperate ni! Tinggal kalau kiraan mengikut hari tinggal lagi 83 hari je lagi! Apa? 83! Naya lah aku kalau camni,’ gumam Adam di dalam hati.

Tiba-tiba dia ternampak seorang wanita berlalu melepasinya. ‘Tak silap aku itu adik perempuan tu! Wait a minute! Nama perempuan tu pun aku tak tahu! Macam mana nak buat bini ni! Adoi! Pening kepala aku!! Whateverlah! Yang penting aku kena jumpa budak itu dulu!’

“Adik! Adik!” panggil Adam. Hentam sajalah! Namapun tak tahu! Takkan nak gelar woi!

“ Aizreen! Rasanya senior tu panggil engkau lah Aiz!” tegur Ezzi. Aizreen menjeling ke arah Ezzi sambil menghantarkan pandangan yang bermaksud ‘ aku bukan ais krim’.

“ Biarkan dia! Padan muka! Ikut sedap dia je nak mengutuk aku! Sekarang nak pikat kakak aku jumpa aku pula! Banyak cantik!” selamba Aizreen menuturkannya sedangkan mulut Ezzi dah terlongo. Sampai boleh masuk tikus kut aku rasa.

Tiba-tiba Adam menghalang jalan Aizreen. Mulut Ezzi yang sudah terlongo tadi membulatkan matanya pula. Isy! Isy! Anak siapalah ni?

“Awak ni! Menyusahkan hidup saya tahu tak? Dah ikut saya! Wait for a minute! Nama awak apa? Nama kakak awak apa?” tanya Adam blur. Mulut Ezzi makin terlopong. Aizreen memandangnya dengan riak muka yang tak percaya. ‘ Nak ngorat kakak orang, tapi tak tahu nama. Kerja gila!’ gumam Aizreen.

“ Panggil kita orang Nur,” selamba sahaja.

‘ Woi! Takkanlah nanti waktu aku nak pinang jawab aku nak pinang Nur. Nur yang mana? Blur juga aku! Apa-apa sahajalah! yang penting dia perlukan budak ini sekarang,’

“ Tak yah buat muka blur, itulah pengajaran kalau tak tahu nama orang,” kata Aizreen seraya berlalu.

“Nur! I need you!” kata Adam tegas.

“For what? Kalau ada orang nak terberanak, sorry orang bukan doktor. Kalau ada orang nak bercerai, sorry belajar tak sampai tarat mana nak handle kes.. Sorry yek! Sebab orang tak boleh tolong,” kata Aizreen selamba. Ezzi yang mendengar hampir tertawa.

“ Awak ni nak jadi lawyer baik ke lawyer buruk. Loyar buruk je tau!” kata Adam pula.

“ Tak apa! Kalau orang tak percayakan orang, sebab orang lawyer buruk tak apa. Sebab my dad ada syarikat sendiri. Saya boleh tumpang kekayaan dia, so awak nak cakap apa?” selamba je Aizreen ni.

‘ Hey! Kalaulah boleh! Aku memang nak tampar budak ni free-free je. Tak boleh diguna pakai lansung. Macam manalah perempuan tu boleh ada adik macam ni?’ gumam Adam.

“ Nak buat macam mana takdir menentukan sikap saya dengan akak saya lain. So jangan tanya macam mana kakak saya boleh ada adik macam saya,” kata Aizreen selamba. Ezzi dah ternganga. Hey hari ini kerja Ezzi ternganga ajelah! Lalat!! Jom masuk mulut Ezzi!!

‘Gila! Dia tahu aku nak tampar dia! Ah! Lupa! Budak ni ada deria ke enam’ kata Adam lagi di dalam hati.

“Memanglah tahu! Redha ajelah sebab terjumpa dengan orang yang sikapnya macam saya,” kata Aizreen pula. Merah sudah muka Adam.

“ Berhenti baca minda orang boleh tak? Tension tahu! Dah saya nak bincang dengan awak tentang something. Kita duduk dulu,” pelawa Adam. Aizreen dan Ezzi terus duduk di meja yang kosong.

“ Tentang apa?” tanya Aizreen.

“ My dad ask me untuk cari perempuan yang baik untuk dijadikan isteri, dia nak saya cari perempuan itu di Melbourne. Balik nanti dia nak jumpa. Masalahnya sekarang masa saya sudah suntuk. Saya akan habiskan pengajian saya di sini selama 83 hari lagi. Jadi saya kena bawa seorang perempuan tepat pada hari terakhir itu. Awak boleh tolong saya untuk buat akak awak ikut saya?” tanya Adam sambil memandang ke arah Aizreen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience