BAB 10

Romance Completed 4353

“Kartika, abang minta maaf.” Aku terkejut mendengar suara Abang Yusri. Aku berpaling. Mak telah lama menghilang. Aku membuat kerjaku tanpa menghiraukan Abang Yusri.

“Kartika …” Abang Yusri meraih tanganku. “Maafkan abang.” Begitu erat Abang Yusri mengenggam jari jemariku.

“Abang, masakan Kartika nanti hangus.” Rayuku. Akhirnya Abang Yusri melepaskan gengamannya. Aku segera menyiapkan masakanku. Sepanjang menikmati sarapan pagi aku hanya berdiam.

“Abah, Kartika nak balik lepas sarapan ni.” Kataku.

“Kartika tak mahu pergi rumah umi?”

“Sebelum balik nanti umi Kartika singgah.” Aku terpaksa mengambil hati umi. Dia terlalu baik. Abang Yusri hanya tersenyum.

Abang Yusri mengiring aku sepanjang perjalanan pulang. Namun begitu aku masih marah. Aku tidak mahu bertemu dengannya. Abang Yusri tidak pernah berputus asa menghubungi aku sehinggalah sebulan yang lalu. Kenapa abang Yusri putus asa?

Aku terkejut apabila aku memberhentikan kereta bersebelahan dengan kereta Abang Yusri. Aku pergi ke rumah umi. Niat aku untuk balik ke rumahku. Aku keluar dari kereta apabila melihat umi keluar untuk menyambutku.

“Abang Yus kata Kartika sibuk. Dia balik dulu kerana dia tidak sihat. Dia kata tak mahu ganggu kerja Kartika. Memang betul katanya Kartika akan balik bila habis kerja.” Abang Yusri masih tidak menceritakan hal kami. “Mari masuk Kartika. Umi tengah masak. Sejak balik, dia tak lalu makan.”

Aku membantu umi. Lebih banyak aku yang memasak untuk hidangan tengahari. Umi hanya menceritakan tentang Abang Yusri sejak dari kecil. Setelah selesai memasak, Kartika menarik aku. Dia membawa ke sebuah bilik.

“Bilik ini sentiasa berkunci. Abang Yusri tidak pernah masuk sejak berkahwin dengan Kak Dira tetapi sejak balik dua hari lepas, abang Yusri lebih banyak menghabiskan masa di dalam bilik ini. Pagi tadi Abang Yusri lupa menguncinya. Tika masuk dan Tika rasa kak Kartika harus tengok sendiri apa yang ada di dalam bilik ni.”

Kartika membuka pintu bilik dan aku masuk ke dalam. Kartika mengikut belakang aku. Bilik itu penuh dengan gambar aku. Dari gambar lukisan sehingga gambar di tangkap. Aku terkejut kerana Abang Yusri menyimpan gambar aku ketika aku masih remaja. Ketika aku masih tidak bertudung. Sekeping lukisanku di lukis sebesar diriku. Gambar itu dihiasi dengan set berlian yang berukir YN.

“Tika…” Aku ingin bertanya kepada Kartika tetapi aku melanggar dada yang bidang. Abang Yusri terus merangkulku.

“Sayang, jangan tinggalkan abang lagi. Abang tak mampu hidup tanpa mu sayang.” Bisik Abang Yusri. Aku masih kaku. Hatiku menjerit mengatakan aku menyintai Abang Yusri. Aku tidak ingin berpisah dengannya. Namun aku hanya mampu diam, kaku. Abang Yusri meleraikan pelukan dan keluar meninggalkan aku sendirian.

Abang, jangan tinggalkan Kartika. Kartika sayangkan abang, jerit hatiku. Aku hanya mampu menangis. Kakiku lemah untuk berdiri. Akku terduduk di tengah-tengah bilik sambil menangis. Tiba-tiba aku merasa kucupan di dahiku. Aku mendongak. Abang Yusri melemparkan senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience