BAB 8

Romance Completed 4353

“Abang minta maaf.” Lembut Abang Yusri bersuara.

“Maaf, kerana apa?”

“Tengking Kartika tadi. Abang tidak sengaja tadi.”

“Kartika tahu… maafkan Kartika juga.”

Abang Yusri hanya tersenyum.

Sejak hari itu hampir setiap minggu aku pergi ke rumah Abang Yusri. Jika Abang Yusri tidak menelefon aku mengajak ke rumahnya aku sendiri telefon bertanya. Aku gembira menjadi mama kepada Kartika dan menjalankan tanggungjawabku kepada Abang Yusri.

Walaupun aku tidak menjalankan istilah sebenar isteri. Ingin aku meluahkan kepada Abang Yusri tetapi lidahku masih kelu. Paling bahagia, setiap malam, Abang Yusri akan menelefonku hanya untuk mengucapkan selamat malam.

Malam itu aku menunggu panggilan dari Abang Yusri. Saban malam aku menanggung rindu kepadanya.

‘’Kartika, kenapa terlalu sukar untuk kau luahkan padanya. Kenapa kau tidak katakan kepadanya yang kau tidak mahu pulang. Kau mahu tinggal bersamanya. Kartika kenapa kau mahu melepaskan lelaki yang begitu baik denganmu’

Aku masih menatap telefon. Jam telah menunjuk pukul 9.30 malam. Sudah setenagh jam Abang Yusri lewat. Tidak pernah sebelum ini Abang Yusri lewat sejak tiga bulan kami bersama.

“Hai, kenapa lah telefon tu yang di tatap?”

“Eh, mak su, bila masuk?”

“Beberapa kali mak su ketuk pintu. Kau ada masalah ke?” Aku tunduk. Aku tidak dapat menjawab soalan tu. Benarkah aku ada masalah?

“Kartika, mak su kenal Kartika . Kartika bergaduh dengan Yusri ke?”

“Mungkin dia dah bosan dengan Kartika.”

“Bukan ke setiap minggu Kartika diambil untuk ke rumah dia?”

“Dah sebulan hanya Kartika yang minta dia ambil dia… Kartika cuma mengharap, mak su.”

“Kenapa Kartika tak luahkan?”

“Kartika … Kartika …”

“Eh, hari ni Yusri datang ambil Kartika ke?”

“Kenapa, mak su?” Aku segera ke tingkap.

“Mungkin Kartika tidak sihat, mak su.” Aku segera turun ke bawah. Aku tidak hirau waktu itu aku hanya berbaju tidur. Apabila sampai di muka pintu, aku lihat Hana turun dari kereta Abang Yusri. Begitu gembira wajahnya.

Dulu Hana ada menceritakan kepada aku tentang majikannya yang duda. Begitu lama Hana cuba menggoda majikannya itu. Aku juga menggalak dia memikat majikan itu. Adakah Abang Yusri majikan yang di maksudkan oleh Hana?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience