BAB 11

Romance Completed 4353

“Abang…” aku merangkul Abang Yusri sambil menangis di dadanya. “Jangan tinggalkan Kartika.”

“Abang tak tinggalkan Kartika, sayang.”

“Maafkan Kartika.”

“Abang sentiasa maafkan Kartika. Dan abang tahu isteri abang ni kuat cemburu. Cemburu tanda sayang.” Aku tunduk. Abang Yusri mengangkat daguku. “Kartika, kalau abang tahu itu rumah Kartika, abang tidak akan hantar Hana balik. Abang tak ada apa-apa hubungan dengan Hana. Hanya malam tu Hana bantu abang dan dia pulang lewat. Abang hanya membalas jasa dia. Ni salah Kartika …”

“Abang salahkan Kartika!” aku meleraikan pelukan. Segera Abang Yusri merangkulku semula.

“Sayang, salah sayang kerana tidak beritahu di mana rumah. Kenapa harus rahsia dari suami… hmmmm abang tahu, Kartika takut abang datang setiap malam, minta sediakan makan malam.”

“Kalau abang mahu, Kartika sediakan…”

“Tak, abang menikahi Kartika bukan untuk Kartika menjadi tukang masak abang, abang mahu dia menemani hidup abang.” Abang Yusri bangun dan menghampiri gambar lukisanku. Dia mengambil set berlian dan duduk semula di sisiku.

“Ini untuk Kartika.”

“Bukan ke YN, Yusri Nadi…”

“Ya… Kartika. Tiada Nadira dalam hidup abang.”

“Tak ada tapi dapat anak…”

“Kartika … kerana Kartika. Tu sebab nama anak abang Kartika … kerana perasaan cinta abang kepada dia sehingga abang lupa siapa berada di sisi abang saat tu. Cinta Kartika buat abang mabuk.”

“Abang ni…”

“Kartika, Kartika tahu bagaimana kecewanya abang apabila tahu abang menikahi wanita lain sedangkan abang meminang Kartika. Pada saat itu abang merasa Kartika begitu kejam. Abang marah Kartika. Abang balas dendam kepada kakak Kartika. Tapi bila abang lihat layanan mak dan kak Dira pada Kartika, abang mulai faham.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience