BAB 9

Romance Completed 4353

“Kartika … dia ajak aku makan malam.” Kata Hana kegembiraan. Aku terus berlari ke dalam bilik. Memanglah aku mengharap. Tidak lama kemudian telefon aku berdering. Abang Yusri menelefonku. Aku tidak mahu menjawab. Abang Yusri menghantar mesej kerana aku tidak menjawab panggilanku

Maaf, abang lambat telefon Kartika tadi kerana abang sibuk di pejabat.

Kerja konon. Itu hanya alasan. Sedangkan dia gembira bersama perempuan lain. Aku menangis sepanjang malam. Keesokannya aku tidak dapat pergi kerja. Aku memohon cuti dari Tan Sri. Sepanjang hari Abang Yusri menghubungi aku. Aku tidak menjawab panggilannya.

Kartika, berilah alamat rumah mak su. Abang risau.

Abang Yusri menghantar mesej. Aku tidak menjawab. Tiba-tiba aku teringat mak su. Tentu Abang Yusri akan bertemu mak su. Aku terus mencapai kunci keretaku. Aku keluar dari rumah. Aku terus balik kampung.

Apabila sampai ke rumah, mak menghujani aku dengan pelbagai soalan. Aku tidak mahu menjawab. Aku mengurung diri di dalam bilik. Aku tidak mahu keluar makan bersama keluarga. Aku bimbang kehilangan Abang Yusri.

Pintu bilikku di ketuk berkali-kali. Aku telah tertidur. Mungkin kerana aku tidak tidur sepanjang malam. Aku menjeling ke arah jam. Baru pukul 9.00 malam. Perlahan-lahan aku bangun dan membuka pintu.

“Kartika, umi dan Abang Yusri tunggu di depan.” Pada mulanya aku tidak mahu bertemu dengan abang Yusri tetapi kerana umi turut serta, aku terpaksa akur. Aku bersalaman dengan umi dan Abang Yusri.

Matanya tepat menatap wajahku. Aku tidak berani bertentang mata dengannya. Hanya air mata yang kini bertekung di sudut mata.

“Kartika, kalau balik kampung, bagi tahulah abang. Ni buat abang risau.” Lembut suara Abang Yusri. Ianya membuat air mataku mengalir. Aku terus berlari ke dalam bilik.

“Kartika!” laung mak.

“Mak, ini salah Yus. Yus sepatutnya menghubunginya kerana balik lambat. Lepas tu Yus bawa setiausaha Yus makan malam. Yus yang bersalah.” Aku terdengar suara Abang Yusri.

“Kartika tu tengah marah. Biarlah dia bercuti di sini. Kartika ni tidak sama macam Dira.”

“Kartika adalah Kartika dan Dira adalah Dira. Mereka memang tak sama.” Abang Yusri tegas memintas kata-kata abah. Kemudian aku tidak dengar lagi perbualan mereka.

Awal pagi aku telah menyediakan sarapan.

“Kartika, masak lebih sikit. Abang Yusri makan sekali. Dia dah sampai dengan umi di depan.” Kata mak. Begitu cepat. Aku bercadang ingin pulang ke rumah mak su selepas sarapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience