BAB 6

Romance Completed 4353

Telefon ku berdering mengganggu kerjaku. Tanpa melihat skrin telefon, aku menjawab.

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumusalam, siapa ni?”

“Abang.”

“Abang?”

“Kartika … ni abang… ni Yus.” Aku terdiam.

“Kartika sibuk ke?”

“Adalah sikit… Yus kat mana?”

“Kat pejabat, semalam balik. Hujung minggu ni Kartika sibuk ke?”

“Tak, kenapa?”

“Abang nak ajak balik kampung. Nak ambik Kartika.”

“Boleh juga, Kartika tunggu kat salon Mak Su.”

“Okey, abang nak pergi jumpa klien, kita jumpa Jumaat petang nanti… assalamualaikum.”

“Walaikumusalam.” Abang Yusri memutuskan talian.

“Cik Kartika, Tan Sri nak jumpa.” Setiausahaku memberitahu melalui interkom. Aku segera keluar dari bilikku. Tan Sri menunggu di luar bilik ku.

“Kartika, ikut saya makan tengahari dengan klien. Mulai sekarang, saya akan kenalkan awak dengan klien-klien kita.” Aku akur. Selama ini hanya Badrul yang keluar menemui mereka.

Tan Sri membawa aku ke sebuah hotel mewah. Alangkah terkejut apabila Abang Yusri yang menanti kedatangan Tan Sri.

“Ini Kartika, pengurus pemasaran yang baru menggantikan Badrul, Kartika, ini Yusri, pelanggan utama kita.” Abang Yusri menghulurkan tangan.

Aku menyambutnya. Sewaktu makan, Abang Yusri dan Tan Sri Yusuf berbual tentang perniagaan. Aku hanya menumpukan perhatian kepada hidangan. Sememangnya aku tidak sempat bersarapan pagi tadi.

“Umi apa khabar?” soalan dari mulut Tan Sri menarik perhatianku.

“Umi sihat. Dia baru menerima menantu baru.”

“Tika?”

“Tika masih belajar.”

“Tak mungkin Badrul.”

“Papa tahu kan Badrul tu dah bertunang.”

“Ya, tapi dia kata dia lebih menyintai Aleesya dari tunangnya. Kenapa Yus tanya begitu?”

“Papa tahu tak, hari pernikahan Bad dan Alice adalah hari pernikahan Bad dengan tunangnya.”

“Bermakna keluarga tunang Bad dapat malu?” Abang Yusri hanya menggangguk sambil menyuap makanan ke mulutnya.

“Dia adik Dira, papa…”

“Ya Allah, umi tahu?”

“Umi yang minta saya selamatkan maruah keluarga tu…Saya…”

“Maaf saya terpaksa ke tandas sebentar.” Aku memintas kata-kata Abang Yus. Aku tidak sanggup mendengar kata-katanya. Aku menangis di dalam tandas. Siapalah aku mengharapkan sesuatu yang lebih dari belas kasihan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience