BAB 3

Romance Completed 4353

Bukan ke dia harus gembira di hari pentingnya. Ah biarkan lah, bentak fikiranku. Dua hari majlis persandingan Kak Dira, pengantin lelaki masih berada di rumah aku. Aku merasa tidak selesa dengan renungan Abang Yusri terhadap ku.

“Kartika, kenapa Kartika begitu kejam?” tanyanya ketika kami bertembung di dapur. Ketika itu hanya aku di dapur.

“Apa maksud abang Yusri?”

“Bukan ke Kartika yang abang pinang, kenapa abang menikah dengan kakak Kartika?”

“Bukan ke abang yang setuju menikah dengan kak Dira?”

“Abang….”

“Abangggg” Kak Dira masuk ke ruang dapur. Dia terus menghampiri Abang Yusri. Aku menjauhkan diri dari mereka.

Sejak Abang Yusri menjadi ahli keluarga aku, aku jarang pulang ke kampung halaman. Aku bimbang bersemuka dengan abang Yusri. Renungan tajamnya mendebarkan hati ku. Mengapa harus akau mempunyai getaran sebegitu apabila bertentangan dengannya.

Aku cuba elak dari bertemu dengannya. Namun begitu sekali lagi malang menyebelahi aku. Kak Dira mengandung dan Umi Halimah meminta aku menjga Kak Dira kerana abang Yusri sering ke luar negara. Kak Dira kerap di tinggal keseorangan. Aku terpaksa akur. Ketika abang Yusri ada di rumah, aku lebih banyak mengurung diri setelah aku selesaikan tugasku.

Di rumah Kak Dira, aku tidak ubah seperti seorang pembantu rumah. Malahan aku merasa aku tidak ada masa untuk mengulang kaji pelajaran. Sebagai penghargaan, Abang Yusri menghadiahkan kerata lamanya kepadaku setelah dia membeli kereta baru.

Aku pulang ke kampung halaman setelah tamat pengajian. Aku hanya menunggu panggilan kerja. Syarikat tempat aku menjalani latihan praktikal berjanji akan memanggil aku bekerja semula. Kepulanganku ku di sambut dengan gembira oleh keluargaku.

Dua hari di kampung aku banyak menghabiskan masa dengan sepupu yang sebaya denganku. Hafiz merupakan rakan sepermainanku sejak dari kecil. Dia juga sepertiku, menunggu keputusan peperiksaan. Dia menuntut di USM.

“Kartika, Kak Dira balik, kenapa?”

“Kan dia dah sarat tu, tentu nak bersalin di sini.”

“Kau jangan le nak kelentong aku, aku ni doktor… tu adik kau yang baru tahun ke dua pun tahu.”

“Ala doktor konon kau pun belum tentu lagi lah.”

“Kan masih belum cukup bulan lagi?”

“Abang Yusri akan ke Indonesia. Tak ada yang temankan dia di sana.”

“Kau?”

Aku tidak menjawab. Aku terus masuk ke dalam rumah.

Aku tidak tahu kenapa Kak Dira mengamuk. Dia menuduh aku menjual tubuh ku untuk mendapatkan kereta. Oleh kerana terlampau marah, aku menyerahkan kunci kereta kepada Kak Dira. Aku pun tidak mahu barang milik abang Yusri. Paling mennyakiti hati ku mak menyebelahi Kak Dira.

Sampai hati mak menuduh aku perempuan jalang. Mak, anak mak ni masih mengekalkan budaya timur. Aku terima pemberian abang Yusri dulu kerana dia mahu kereta kesayangannya di jaga dengan baik. Dia sayang untuk menjualkannnya.

Mak Andak dan Hafiz menjadi tempat aku mengadu. Kekecohan senja itu membuat aku balik ke rumah. Pak Andak sekeluarga menemani aku. Mereka bimbang kekeohan berpunca dari aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience