BAB 7

Romance Completed 4353

Setelah sekian lama, aku keluar dari tandas. Aku melihat hanya Abang Yusri yang berada di meja makan. Tan Sri Yusuf telah tiada.

“Mana Tan Sri?”

“Puan Sri call tadi, ada hal katanya.”

“Kalau macam tu, Kartika balik dulu.”

“Biar abang hantar.”

“Tak palah Yus, Kartika boleh balik dengan teksi. Lagipun Yus mesti banyak kerja.” Aku berpaling dan mahu pergi dari situ. Aku tidak tahu kenapa aku begitu sebak apabila menatap wajahnya. Tidak ku sangka abang Yusri meraih tanganku.

“Kartika, please… abang hantarkan.” Lembut suaranya. Aku tidak mampu melawan getaran hati ini. Aku biarkan jari jemariku dalam gengamannya. Dia memimpinku keluar dari hotel mewah. Kami beriringan sehingga ke keretanya.

Di dalam kereta, Abang Yusri hanya berdiam. Tiada sepatah katapun yang keluar dari mulutnya. Malahan sehingga temujanji kami pada hari Jumaat, Abang Yusri tidak menghubungi aku. Apabila aku sampai ke salon Mak Su, Abang Yusri telah menunggu. Sepanjang perjalanan, Abng Yusri hanya menumpukan perhatiannya ke pemanduan. Aku sendiri tidak berani bersuara.

“Tan Sri Yusuf tu papa, Yus?”

“Hmmmm…” Abang Yusri seperti tidak mahu menjawab.

“Kak Dira tahu ke?”

“Penting ke?” Tiba-tiba abang Yusri tinggikan suara. Aku terus terdiam.

Aku memandang ke luar. Tidak aku sangka, air mataku mengalir. Kenapa tengkingannya membuat aku menangis sedangkan aku selalu diherdik sebelum ini. Segera aku mengesat air mataku supaya Abang Yusri tidak nampak.

“Dah masuk waktu, kita solat dulu.” Aku tidak sedar bila abang Yusri masuk ke kawasan rehat dan rawat.

“Kartika uzur. Kartika tunggu dalam kereta sajalah.” Abang Yusri keluar setelah meninggalkan pesan kepada supaya mengunci kereta.

Aku melihat sekeliling kereta. Jelas dulu dia menjaga kereta kesayangannya dan juga kereta ini. Sejak Abang Yusri membeli kereta barunya dulu, ini kali kedua aku menaiki keretanya. Kenyamanan penghawa dingin membuat aku terlelap. Ketukan di cermin mengejutkan aku. Abang Yusri menjengok di cermin. Segera aku membuka kunci. Abang Yusri membolos masuk. Dia mematikan enjin kereta.

“Kenapa?”

“Jom pergi makan dulu.” Aku diam.

“Tak kan puasa kot.” Akhirnya aku terpaksa akur. Kami berjalan beriringan.

“Kartika nak makan apa?”

“Nasi goreng…”

“Ayam…” kata Abang Yusri sambil tersenyum. Hatiku bergetar. Aku jatuh cinta kepada suamiku. Ingin aku luahkan tapi apabila mengenangkan katanya dulu kerana simpati, aku terdiam. Aku hanya mampu mengangguk. Abang Yusri membeli makanan kegemaranku. Dia masih ingat makanan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience