BAB 5

Romance Completed 4353

Bagai tidak percaya, dua bulan selepas itu Badrul menghantar rombongan meminangku. Mak dan abah menerimanya dengan hati terbuka. Namun begitu, di hari pernikahan kami, Badrul menikahi gadis lain, kerana ditangkap basah.

Keluarga perempuan itu mendesak Badrul. Kekayaan keluarga perempuan itu telah membeli keluarga Badrul dan membiarkan maruah keluarga ku tercemar. Air mata membasahi pipiku ini tidak dapat mencuci maruah keluargaku.

“Kalau begitu, nikahkan Hafiz dengan Kartika!” sepupuku bersuara.

“Hafiz, kalau boleh, memang mak inginkan Kartika sebagai menantu mak tetapi kamu berdua adalah adik beradik sesusu.” Mak Andak menerang dengan linangan air mata. Memang di rumah hanya kedengaran esakan.

“Kalau macam tu, biar Yusri saja.” Umi Halimah bersuara.

“Umi…” Abang Yusri menatap wajah uminya.

“Baiklah, demi maruah keluarga ini.” Abang Yusri menuturnya dengan pelahan.

Malam itu, aku menjadi isteri kepada Abang Yusri. Tetapi tiada makna malam pertama bagiku kerana selepas majlis persandingan kami. Abang Yusri terpaksa pergi kerana tugasnya. Sememangnya dia pulang untuk menghadiri majlis penikahan ku dengan Badrul, bukan dirinya. Dia telah menempah tiket untuk ke luar negara.

“Kartika bercuti le di sini, tapi jangan lupa jengok umi sama. Bila balik nanti hubung abang. Abang hanya dua hari ke Jakarta.”

Aku lakukan pesanan Abang Yusri. Uminya telah menjadi ibu mertuaku. Umi begitu baik denganku. Betapa bertuahnya Kak Dira memiliki mertua yang baik seperti umi. Hampir setiap hari aku umi mengajar aku memasak makanan kegemaran Abang Yusri. Kenapa dulu Kak Dira tidak suka ke rumah mertuanya?

Aku kembali ke kotaraya setelah seminggu bercuti. Desakan abah menyuruh aku menghubungi Abang Yusri. Talian di luar rangkaian. Akhirnya aku mengambil untuk menghantar mesej kepadanya.

Yus, Kartika dah KL. Tapi Yus di luar talian. Hubungi Kartika jika Yus ada masa.

Awal pagi aku dapat balasan dari Abang Yusri.

Maafkan abang, Kartika. Abang masih di Indonesia. Bila abang balik, abang akan hubungi Kartika.

Seminggu abang Yusri masih tidak menghubungi aku. Aku semakin sibuk kerana tugas Badrul menjadi tugas ku. Dia dikerah menjalankan tugas di cawangan. Dia ingat mengahwini anak Tan Sri seperti terjun ke lubuk emas.

Namun Tan Sri Yusuf sedar niat jahat Badrul. Dia mahu Badrul menaikkan cawangan baru sebelum di terima sebagai ahli keluargra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience