BAB 1

Romance Completed 4353

Jiwa ku resah, ya resah semuanya sebab satu panggilan yang ku terima. Panggilan dari abah pagi tadi membuat aku keresahan begini. Abah begitu marah. Tidak pernah abah memarahi aku sejak dari kecil.

“Kartika! Abah tidak pernah ajar kau kurang ajar. Abah didik kau bukan untuk memalukan abah.” Aku bersandar. Jam menunjukkan pukul 5 petang. Suasana pejabat ku semakin tenang. Ramai rakan sepejabat telah pulang.

Petang Jumaat, selalunya abang Yusri akan menhubungi aku tepat pukul 5. Tapi hari ini, Abang Yusri mendiam diri. Bukan hari ini sahaja malahan sejak sebulan yang lalu. Aku merindui suaranya. Penggilannya setiap malam mengubat rindu ini.

“Abang Yus…” Air mataku mengalir membasahi pipiku. Perlahan-lahan aku mencapai telefonku. Aku ingin menelefon telefon bimbitnya tetapi bimbang Abang Yusri enggan mengangkatnya. Segera aku hubungi pejabatnya. Aku yakin dia masih ada di pejabat.

“YY enterprise,” suara di hujung talian.

“Boleh sambungkan ke Encik Yusri?”

“Maaf cik, Encik Yusri bercuti.”

“Bercuti? Setahu saya dia tu jarang bercuti.”

“Betul cik tetapi dua hari lepas dia jatuh pengsan semasa mesyuarat. Tu yang dia ambil keputusan untuk bercuti. Kalau ada perkara penting, saya boleh berikan nombor telefon bimbitnya.”

“Terima kasih, saya ada nombor telefonnya. Nanti saya hubungi dia. Terima kasih sekali lagi.”

“Sama-sama.”

Abang Yusri sakit. Patutlah abah begitu marah kepada ku. Aku mengambil keputusan untuk pulang malam itu juga. Aku terus memandu merentasi lebuh raya.

Aku pulang dari cuti semesta. Setelah enam bulan aku berjuang di menara gading. Kejayaan aku melanjutkan pelajaran menjadi kebanggaan abah dan mak. Sebelum ini abah begitu kecewa apabila Kak Dira tidak mahu pergi ke sekolah setelah dia hilang pertimbangan.

Kak Dira mengikut kata hatinya sehingga dia tertipu dengan pujuk rayu bekas teman lelakinya. Kerana malu juga, abah dan mak memilih untuk pulang ke kampung halaman mak. Baru 7 tahun kami sekeluarga pulang ke kampung halaman.

“Kartika, siapa ni?” tanya abah sambil menunjukkan sekeping gambar. Aku melihat ke arah tangan abah. Abah menggoncangkan gambar tersebut dengan niat meminta aku mengambilnya. Aku mengambil dan melihat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience