BAB 4

Romance Completed 4353

“Kartika, kamu pergi mana?” sergah mak.

“Kartika ke rumah Mak Andak.”

“Habis tu mana kereta kamu?”

“Kan Kartika dah serahkan kepada Kak Kartika. Dia yang minta tadi.”

“Habis tu, mana kereta kamu?”

Kereta Kartika? Bukan tadi mak juga mengatakan Kartika tak layak miliki hak Abang Yusri, jerit hati ku. Namun begitu tidak mampu ku luahkan.

“Cikgu Jalil! Cikgu Jalil, Kartika berlanggar dengan tiang!” Jerit Usop.

“Hah!” Abah mencapai motornya mengikuti Usop. Aku menjejaki abah dengan motor bersama adikku Nasir. Kak Dira terlibat dengan kemalangan. Hanya anak dalam kandungan yang dapat di sselamatkan. Kak Dira dan Suraya, tidak dapat diselamatkan.

Mak menuduh aku yang membunuh Kak Dira. Pilu hati ini apabila tuduhan itu dilempar depan Abang Yusri. Aku dapat sinar kebencian dalam sinar mata Abang Yusri.

Dua tahun peristiwa itu berlalu. Hubungan aku dengan Abang Yusri terputus. Apa yang aku tahu, Abang Yusri hanya menghantar wang bulanan kepada keluargaku. Dia tidak pernah memutuskan hubungannya dengan keluargaku.

Namun begitu, hubungan Umi Halimah dengan keluarga ku semakin erat. Aku pula mendapat kerja beberapa bulan selepas peristiwa itu. Aku dapat lari dari emosi marah mak. Hanya sebulan sekali aku pulang untuk menghantar belanja. Aku tidak mahu di tuduh anak derhaka.

Badrul, rakan sekampung ku kini menjadi ketuaku. Sejak dia dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara, dia menjadi kebanggaan orang tuanya. Namun begitu, di kotaraya, dia tidak seperti pujian maknya.

Sejak bekerja dengannya, aku baru kenal dia seorang lelaki yang suka berpoya-poya dan kaki perempuan. Tidak ada lagi budak kampung dalam dirinya. Kelab malam menjadi tempat hiburannya. Beberapa kali dia mengajak aku menemaninya. Aku sering menolak. Dia seperti tidak serik.

Suatu malam, di makan malam di rumah majikanku, Badrul menghampiriku dengan keadaan mabuk. Aku tidak menyangka Badrul mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang lelaki. Aku menjadi marah dan menamparnya sebelum aku keluar dari rumah itu.

“Kau memalukan aku… aku akan memalukan kau!” jeritnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience