BAB 2

Romance Completed 4353

Seorang pemuda yang memakai kemeja T bergambar dengan pemandangan gunung. Aku tidak pasti di mana gambar itu di ambil tapi aku pasti ianya di luar negara. Pemuda itu hanya memakai cap yang sebahagian wajahnya manakala rambutnya panjang.

“Siapa ni abah?”

“Kau tanya kami? Dia menghantar rombongan meminang kau, kau tanya kami,” mak meninggikan suara. Aku tunduk kerana takut mak marah.

“Kau tak kenal dia, Kartika?” tanya abah lembut. Aku menggelengkan kepala. “Habis tu apa keputusan kamu?” sambung abah.

“Abah, Kartika nak tumpukan perhatian kepada pelajaran.”

“Bermakna kamu menolak pinangan itu.”

“Terserah pada abah.” Aku bangun dan masuk ke dapur.

Dah tiba masanya aku menyediakan makan malam. Kak Dira, lebih banyak menghabiskan masa di dalam biliknya. Tiada siapa mahu menegurnya. Mak tidak mahu dia melarikan diri lagi.aku tahu adik-adik lelakiku akan pulang kelaparan setelah puas bermain futsal.

“Kartika, elok lah kau tolak pinangan tu, mak tidak mahu kau langkah bendul.” Aku hanya mengangguk.

Aku kembali berjuang dengan buku. Aku tidak tahu apa yang berlaku di rumah sehingga abah menghubungi aku untuk pulang ke rumah. Pada mulanya aku malas tetapi desakan Mak Su Hajar, merangkap ibu angkatku, aku pulang. Rupanya majlis pernikahan kakak aku. Aku gembira apabila ada lelaki yang mahukan kakak sulung aku itu.

“Kau setuju ke Kartika?” Tanya Mak Ndak. Aku merenung tepat wajah tua Mak Ndak. Semua adik beradik mak mengambil berat aku daripada Kak Dira. Mungkin Kak Dira hanya tahu meninggikan suara dan tidak menghormati mereka.

“Apa maksud mak Ndak?”

“Kau tak tahu ke?” tanya Mak Su. Aku menggeleng.

Mak Ndak menceritakan segalanya. Baru aku tahu, sewaktu aku menolak lamaran, mak mempromosi anak dara kesayangannnya. Menurut Mak Ndak, mak mengenali bakal mertua Kak Dira kerana mertua Kak Dira seorang yang terkenal di kampung Murni.

Mak aku juga agak terkenal di kampung sana kerena mak aku salah seorang guru yang aktif. Tak sangka ada lelaki yang hanya memandang pangkat, bukan cinta.

Rombongan lelaki datang di sambut dengan gembira. Aku tidak perdulikan mereka kerana aku sibuk melayan tetamu. Namun begitu waktu bersanding, aku dapat lihat wajah pengantin lelaki agak tegang. Tiada senyuman di bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience