BAB 10

Romance Completed 5189

PAGI ITU, Ain Imani sedikit tidak bermaya. Wajahnya kelihatan pucat. Taufiq yang sedang menjamu sarapan paginya mengerling ke arah isterinya. Makanan gadis itu langsung tidak tersentuh. Malah sedari tadi dilihat isterinya itu sibuk mengurut dahi.

” Ain, kenapa tak makan ni? Ain okay tak ni? ” soalnya sedikit risau.

” Tak naklah. Tak ada selera. ”

” Makanlah sikit. Nanti perut kosong. Makan eah? Abang suapkan. ”

lalu disuapkan nasi lemak ke mulut isterinya. Belum sempat makanan itu menerjah masuk ke dalam mulut, Ain Imani terus bangun dan berlari ke arah tandas. Taufiq yang mendengar akan bunyi sesuatu turut bangun. Tangan dibasuh di sinki sebelum kakinya bergerak ke arah tandas yang dituju isterinya.

” Hei, kenapa ni? ” diusap belakang badan isterinya.

Ain Imani tidak menjawab. Sebaik tekaknya terasa okay, mulutnya terus dibasuh. Ketika tubuhnya cuba berdiri tegak, kepalanya kembali melayang menyebabkan tubuhnya hampir terjelupuk di atas lantai. Mujur ada suaminya menahan. Gelisah dengan keadaan isterinya, Taufiq terus mencempung tubuh kecil itu ke ruang tamu lalu dibaringkan di atas sofa.

” Ain kenapa ni? Okay tak? Kita pergi klinik eah? ” diusap lembut kepala isterinya. Tudung yang berbalut di kepala gadis itu sudah ditanggalkan bagi memberi keselesaan.

” Abang pergilah sarapan. Ain okay dah ni. ”

” Macam mana abang nak sarapan kalau Ain macam ni? Risau abang tau. Kita pergi klinik eah? Pucat ni. ”

Ain Imani merenung lembut ke dalam anak mata suaminya. Tangannya bergerak ke wajah lelaki itu. ” Ain okaylah. Abang janganlah risau sangat. Pergilah makan.

”Taufiq tidak mendengar kata-kata isterinya. Dia terus duduk di samping Ain Imani. Tangannya tidak lekang dari mengusap dahi isterinya itu.

” Abang panggil doktor datang sini nak? ” cadangnya pula.

” Terpulanglah kat abang. Ain ada pilihan ke nak cakap tidak? ” Ain Imani tersenyum kecil memandang suaminya. Dia sendiri tidak pasti kenapa dengan dirinya pada hari ini. Sedari bangun tadi pagi dia mula rasa tak sedap badan.

” Abang naik sekejap ambil fon. Ain stay sini. Jangan nak mengada bangun. Abang ikat punggung tu karang. ” sempat dicubit pipi tembam isterinya sebelum kakinya menapak naik ke tingkat atas menuju ke biliknya.

Beberapa minit kemudian Taufiq turun kembali. ” Ain, baring kat bilik eah? Nanti kawan abang datang. ” diarahkan Ain Imani agar bangkit. Tangannya memaut lembut bahu si isteri. Dengan keadaan gadis itu yang tampak lemah, bimbang hatinya mahu membiarkan gadis itu berjalan sendiri.

” Kawan abang tu lelaki ke perempuan? ” Ain Imani menyoal sebaik tubuhnya dibaringkan ke atas tilam empuk di atas katil itu.

” Hmm, perempuan. ” selamba Taufiq menjawab sambil menjongketkan kening. Sengaja mahu menyakat isterinya. Sengih kecil terlakar di bibir. Membuntang mata Ain Imani mendengar jawapan suaminya. Mujur dia tidak kuat untuk bangun, kalau tidak mahu diligan suaminya satu taman perumahan itu. Matanya sekadar menjeling ke wajah suaminya.

” Ain cemburu eah? ”

” Abang cakap kat Ain, perempuan mana tak cemburu bila suami dia sebut pasal perempuan depan dia? Ain ada hatilah. Abang curang dengan Ain, nahas abang Ain kerjakan. ” ujar Ain Imani sedikit geram. Sempat dicubit lengan suaminya sehingga lelaki itu menyeringai sakit.

” Ain, dia ni kawan baik abanglah. Lagipun dia dah ada suami. Dah ada anak dah pun. Tu pun nak jeles ke. Aish isteri abang ni, tahu jugak cemburu. ” tanpa rasa bersalah tatkala melihat wajah cemberut isterinya, spontan jarinya menarik hidung gadis itu.

Bunyi deringan telefon bimbit mengejutkan Taufiq. Dicapai telefon bimbit yang diletak di atas meja sisi. Panggilan disambut. Ain Imani hanya mendengar perbualan suaminya itu.

” Ain baring je. Kawan abang dah datang. Abang buka pintu kejap eah?

” Taufiq yang sedang duduk di birai katil bingkas bangun. Sebelum melangkah keluar dari bilik itu, sempat kepalanya menoleh. ” Jangan risau. Dia datang dengan suami. Don’t jelous ya sayang. ”
dilayangkan flying kiss buat si isteri.
Ain Imani menggeleng kecil melayan kerenah suaminya itu. Beberapa minit menunggu, seorang perempuan yang mungkin seusia suaminya melangkah masuk dan menghampiri dirinya. Ain Imani cuba untuk bangun. Senyuman dihulur.

Sementara di tingkat bawah, Taufiq yang baru sahaja siap menghidangkan air buat suami sahabatnya itu mengambil tempat di sofa berdekatan. Dilihat kanak-kanak yang mungkin berusia lingkungan dua dan tiga tahun sedang bermain dengan alat permainan masing-masing.

Mindanya terbayang jikalau dia turut mempunyai anak ketika itu, pasti suasana di dalam rumah itu berubah. Dengan suara anak kecil, pasti meriah. Bibirnya tersenyum membayangkan situasi sedemikian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience