BAB 3

Romance Completed 5189

” Ma, Ain penat. Dodoi Ain ma. ”

” Isyh kamu ni. Bangunlah. Malulah depan lelaki buat perangai macam ni. ” Puan Zahirah menampar lembut tangan anaknya. Namun ibu mana yang mampu berkasar dengan anak sendiri. Tangannya turut bergerak mengusap manja rambut anaknya yang panjang mengurai itu.

” Siapa dia ni ma? ”

” Ain, ni papa kenalkan Muhammad Taufiq. Dia bakal suami Ain. ” Encik Habsyah menjawab bagi pihak isterinya.

” Hmm. ” Ain Imani hanya menggumam kecil. Namun setelah dicerna apa yang diberitahu ayahnya, kepalanya pantas bangun dari riba si ibu.

”Hah? Suami? ” soalnya dengan riak terkejut.

” Ya suami. Kan Ain suruh mama dengan papa carikan calon. Ni kami dah jumpa. Ain setujukan kahwin dengan Taufiq? ” Puan Zahirah menjawab tenang. Ain Imani mula menggaru kepalanya. Sempat dipandang sekilas ke arah lelaki yang dikata bakal suaminya itu. Kemudian pandangannya kembali terarah ke wajah orang tuanya.

” Are you serious? ”

” Yup. Mama papa serius. Ain jangan cakap tak pulak. Ain yang suruh papa carikan calon, ni papa dah tolong. Jangan nak tolak. Pihak Taufiq pun dah terima. Minggu depan rombongan meminang datang. ”

Bagai nak pitam rasa dirinya apabila mendengar kata-kata papanya ketika itu. Nak membantah, silap dirinya jugak yang tergopoh untuk berkahwin. Dalam otaknya sibuk berfikir, tanpa sedar orang tuanya sudah berlalu meninggalkan dirinya berduaan dengan lelaki yang bernama Taufiq itu.

” Saya Muhammad Taufiq. ”

” Ain Imani. ” senyuman tawar dihulur membalas senyuman daripada Taufiq.

” Sorry tapi parents awak yang datang jumpa family saya. Saya pun baru tahu hal ni. Same like you, I’m suprised. ” Taufiq yang cuba beramah mesra itu mula memanjangkan cerita.Berubah merah padam wajah Ain Imani apabila lelaki itu berkata sedemikian.

” Kerja apa eah awak ni? ”

” Pekerja restoran. ”

Sedikit membuntang matanya menerima jawapan tersebut.

‘ Amik kau Ain. Nak sangat kahwin. Sekali parents kau carik calon, haha low class. Nasib parents kau tak ambil tukang kebun jadi laki kau. Terima dengan hati terbuka. Sis sado. ‘ hatinya berkata sendiri.

Muka cemberut cuba disorokkan agar tidak terlihat oleh Taufiq. Taufiq yang sedar akan perubahan pada riak wajah Ain Imani sekadar tersenyum kecil. Otaknya seakan dapat mengerti apa yang bersarang di dalam kotak fikiran gadis di hadapannya itu. Mana ada gadis berada ingin bersuamikan lelaki yang hanya berkerja di restoran. Tak ada kelas katanya.

‘ Ingat Fiq, kau just menyamar je. Ingat diri sebenar kau. Ingat perancangan family kau dengan family Ain. Belum masanya kau nak dedahkan identiti kau. ‘ Taufiq mengingatkan dirinya sendiri. Encik Habsyah dan Puan Zahirah yang sedari tadi hanya memerhati dari jauh berpandangan sesama sendiri.

” Everything will be fine. Believe me. ” ujar Encik Habsyah sambil diusap lembut bahu isterinya. Dia tahu wanita itu bimbang sekiranya rancangan mereka tidak berjalan seperti yang diatur. Namun hatinya percaya, segalanya akan berjalan lancar sekiranya bakal suami anaknya itu bijak memainkan peranan.

****

AIN IMANI melangkah keluar dari perut kereta lelaki yang kini bergelar suaminya itu. Kereta Proton Saga berwarna merah itu tidaklah semewah kereta milik keluarganya, namun apakan daya. Dia harus menerima segalanya dengan hati yang terbuka. Lagipula lelaki itu kini ialah suaminya.

Syurganya berada di bawah tapak kaki lelaki itu. Dia tiada hak untuk mengubah cara hidup suaminya itu agar seiring dengan cara hidupnya sebelum ini yang sentiasa dicurah dengan kemewahan.

” Ain termenung apa? ”

Suara garau itu menyedarkan Ain Imani yang hampir tenggelam ke dalam dunia mimpi. Kepala menoleh ke sisi. Bibirnya tersenyum memandang ke arah si suami. ” Tak ada apa. Ni rumah abang? ” soalnya dengan suara yang lembut. Meskipun perkahwinan mereka adalah terancang, bukan seperti pasangan yang hangat bercinta namun hatinya sudah terima sepenuhnya. Dia juga yang mendesak untuk berkahwin. Dan dia harus menerima perkahwinan ini.

” Yup. Maaf, rumah abang tak semewah rumah Ain. Walau abang tak kaya, abang tak mampu nak siram Ain dengan.kemewahan, tapi abang janji yang abang akan curahkan segala kasih sayang abang buat Ain. Are you okay with that? ” Taufiq memandang lembut ke wajah isterinya. Rambut Ain Imani yang terjuntai ke dahi disisip ke belakang.

” Okay. Ain tak kisah. Dah jom masuk. Kat luar panas. Rumah abang ada aircond tak? ” dalam kakinya sibuk melangkah, mulutnya masih bising mengajukan soalan kepada si suami.

” Kat ruang tamu tak ada, kat bilik tidur je ada. ”

Sebaik kakinya melangkah masuk, buat beberapa saat mata Ain Imani terpaku melihat dekorasi dalaman rumah tersebut. Tanpa menunggu terus gadis itu berlari ke arah sofa lalu menghempaskan punggungnya di atas sofa berona ungu yang tersedia di ruang tamu rumah itu. Taufiq yang melihat telatah isterinya menggeleng kecil. Diatur langkah kaki menghampiri isterinya.

” Suka? ” Ain Imani memandang wajah suaminya dengan senyuman lebar. Kepala diangguk.

” Suka ! Cantik ! Pandai abang deko rumah ni. Walaupun nampak simple, tapi serius cantik. Ain suka ! ” jawabnya ceria. Matanya masih galak memerhati segenap ruang di rumah itu.

” Dah. Pergi naik bilik, mandi. Kejap lagi nak maghrib. Malam ni abang nak Ain masak untuk dinner. Okay? ”

” Okay. Ain naik dulu. ” laju Ain Imani bangun. Baru beberapa tapak melangkah, Ain Imani berhenti. ” Abang, beg baju? ”

” Nanti abang bawak naik atas. Dah pergi mandi. ”

Apabila suaminya berkata sedemikian, laju sahaja Ain Imani mendaki anak tangga menuju ke bilik yang terletak di tingkat atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience