BAB 7

Romance Completed 5189

” BOS TAK BALIK KE? ISTERI TAK CARIK? ”

TAUFIQ yang sedang duduk berehat mencelikkan mata yang terpejam. Dipandang wajah salah seorang pekerjanya itu. Mata yang masih mengantuk ditenyeh dengan jari.

” Dah pukul berapa eah? ”

” Dah pukul enam bos. ”

Terangguk-angguk kepala Taufiq. Buat sekian kali dia menguap.

”Ambilkan saya kopi Mocca satu. Nak hilangkan ngantuk. ” arahnya kepada si pekerja. Dilihat sahaja pemergian pekerjanya itu. Kepalanya berbaring semula di atas meja bulat tersebut. Sungguh tubuhnya terasa letih setelah menyiapkan pesanan sebuah syarikat yang mengadakan jamuan makan di pejabatnya.

” Bos, ni airnya. ” Sapaan itu membuatkan kepalanya bangkit semula. Dihirup perlahan air kopi Mocca panas itu. Setelah menghabiskan minumannya, lelaki itu bingkas bangun. Kakinya melangkah ke arah kaunter.

” Nanti kunci kedai baik-baik. Sekarang musim pencuri. Saya balik dulu. Penat sangat ni. Ingat pesan saya. ”

” Baik bos ! ” beberapa orang pekerja di kaunter itu menyalam hormat tangan bos mereka.

Taufiq memandu keretanya penuh berhati-hati. Memandangkan jalan raya sudah terlepas daripada kesesakan lalu lintas, masa perjalanan yang diambil untuk sampai ke rumah hanyalah 15 minit.

Setelah memarkirkan kereta di dalam garaj, Taufiq terus keluar dari dalam perut kereta. Tombol pintu utama dipulas. Berkunci ! Bibirnya terus tersenyum. Ternyata isterinya mengikut arahan. Kunci pendua yang dibawa dikeluarkan daripada kocek seluar.

Matanya meliar ke segenap bahagian rumah itu. Kelibat isterinya dicari. Setelah pintu dikunci dari dalam, kakinya bergerak ke arah sofa. Sekujur tubuh yang sedang terbaring di atas sofa itu melegakan hatinya. Beg sandangnya diletak di atas lantai.

” Ain. Bangun sayang. Abang dah balik ni. ” diusap manja rambut isterinya bagi mengejutkan gadis itu.

” Ain. Abang ni. Hei bangun. ”

” Abang, sorry. Ain tertidur. ” Ain Imani menenyeh matanya dengan ibu jari. Rasa kantuk masih lagi menguasai dirinya. ” Abang nak air? ”

” Hmm. Kopi please. ”

Diangguk kepala. Ain Imani terus bangun lalu menapak ke arah dapur untuk membuat minuman suaminya. Taufiq pula sibuk menonton rancangan yang disiarkan di kaca tv.

” Abang, ni airnya. ” Ain Imani meletakkan cawan yang berisi minuman panas di atas meja kopi. Kemudian dia menapak kembali ke dapur. Taufiq mengerutkan dahinya apabila isterinya berkelakuan sedemikian. Dia baru ingin bermanja dengan isterinya itu. Lalu cawan yang berada di atas meja kopi diambil. Minuman panas itu dihirup perlahan.

” Abang ! Happy birthday ! ”

Ucapan yang menyapa gegendang telinga membuatkan Taufiq menoleh. Diperhati Ain Imani yang sedang duduk di sebelahnya sambil memegang sebiji kek sederhana.

” Hari ni birthday abang ke? ” Taufiq menyoal dengan sedikit pelik. Dia sendiri lupa akan tarikh lahirnya.

” Yup. Aik abang lupa birthday sendiri? ” Gelakan kecil terbit dari mulut Taufiq. ” Abang busy tu yang terlupa.

Thanks sebab ingat. Tapi macam mana Ain tahu? ”

Mendengar soalan yang diaju, Ain Imani tersengih kecil. ” Err. Ain tengok IC abang. Sorry Ain bukak dompet abang tanpa pengetahuan. ”ujarnya sedikit tergagap.

” Degil dia eah? ” sejurus itu Taufiq mengetip hidung isterinya.

” Dahlah bang. Makanlah kek ni. Penat Ain buat khas untuk abang. Makan eah? ” Ain Imani menghulurkan pisau pemotong kek kepada suaminya. Taufiq hanya melayan kerenah isterinya. Dipotong kek berbentuk hati itu. Sepotong diambil dan diletak di atas piring kecil yang turut dihulur oleh isterinya.

” Abang makan eah? ” Ain Imani tersenyum sebagai tanda membenarkan. Baki kek yang dipegangnya diletakkan di atas meja kopi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience