BAB 8

Romance Completed 5189

” Amazing ! Serius Ain buat ni? Ke beli kat secret recipe? ” sengaja Taufiq bertanya sedemikian untuk menguji isterinya.

” Abang ! Sampai hati cakap macam tu. Ain buat sendiri. Mana ada beli. Penat kita buat, dia kata beli. Huh ! ” Ain Imani memalingkan tubuhnya membelakangi suami. Mulutnya mula membuat muncung itik. Tangan bersilang di dada sebagai tanda protes.Piring yang dipegang diletak di atas meja.

” Ain. Hei, merajuk ke? Lah abang gurau jelah. Abang percaya Ain yang buat. Mesti Ain buat penuh kasih sayang, sebab tu sedap. Kan? ” dipegang lembut bahu isterinya. Kepalanya terletak elok di bahu kanan Ain Imani. Terlihat dengan jelas wajah suram isterinya itu. ” Okay, abang minta maaf eah? Dahlah jangan merajuk, hari ni birthday abang. Abang nak Ain gembira. Boleh? ”

” Ain buat kek tu ! Bukan beli ! ” tegas Ain Imani. Matanya menjeling tajam ke wajah Taufiq.

” Ya. Abang tahu. Dah eah, jangan merajuk. Tak lawa muka buat macam tu. Jom makan kek ni sama-sama. ”

Setelah dipujuk sebegitu barulah mood Ain Imani kembali pulih. Taufiq menyuakan kek ke mulut isterinya.

” Ain, abang nak mintak something dari Ain boleh? ” Taufiq menyoal sambil merenung ke dalam anak mata isterinya. Rambut isterinya yang terbiar lepas itu diusap lembut. ” Abang nak Ain pakai tudung. Boleh? ”
Jelas terpamer wajah terkejut isterinya. Gadis itu sedikit terkebil mendengar permintaan suaminya itu. Tak pernah terlintas dek otaknya bahawa lelaki itu akan menyatakan hasrat tersebut. Bukan dia tidak mahu, cuma keyakinan belum ada.

” Its okay. Abang tak paksa. Cuma, kalau Ain betul sayangkan abang, Ain mesti tak nak tengok abang kena seksa kat kubur nanti. Ain cantik. Cukuplah kecantikan Ain tu abang yang nampak. Abang tak nak kongsi dengan lelaki lain. Ain hak abang. ” tutur Taufiq masih berusaha memujuk isterinya. Isterinya itu sudah cukup baik dan sempurna untuknya. Tetapi dia mahu yang terbaik lagi buat isterinya.

” Err.. abang pergi mandilah. Dah nak maghrib kan. Nanti terlepas solat. Ain kemas meja ni dulu. Nanti malam Ain masak untuk abang. ”

Ain Imani terus bangun. Dan tanpa menunggu kata balas daripada suaminya, dia terus membawa baki kek tadi ke dapur. Sungguh dia tidak selesa ingin berbicara soal itu. Hatinya masih keliru. Selama dia hidup, tiada seorang pun yang berani menegurnya berkaitan aurat termasuk keluarganya. Dari kecil sehingga dewasa, dirinya sekarang ini bermula sejak kecil. Bukan dia tidak mahu berubah, tetapi hal itu disampaikan dalam keadaan mengejut. ” Maafkan Ain bang. Kalau Ain dah betul yakin, insyaAllah Ain akan berubah. ”

****

HARI BERGANTI HARI, sejak apa yang berlaku pada hari lahirnya minggu lalu, hubungannya dengan Ain Imani seakan goyah. Mereka lebih banyak mendiamkan diri. Taufiq yang sedang duduk di atas katil itu meraup wajah.

Pintu yang terkuak dari luar membuatkan matanya memandang tepat ke arahnya. Kelihatan isterinya yang baru masuk ke bilik itu menghampiri katil. Taufiq yang sedang memegang buku berpura-pura fokus membaca. Walhal tiada satu pun yang masuk dalam otaknya.

” Abang, busy ke? ”

” Tak adalah. Kenapa? ”

” Ain ada beli ni. ” Ain Imani meletakkan sebuah beg kertas di atas katil itu. Dia yang turut duduk di sebelah suaminya memandang lelaki itu dengan senyuman kecil.Taufiq memandang beg tersebut sedikit berkerut.

Buku yang dipegang diletakkan di atas meja sisi. Diambil beg yang dihulur isterinya. Isi beg dikeluarkan. Sedikit membulat matanya apabila tangannya memegang beberapa helai tudung. Turut berada di dalam beg itu beberapa helai selendang.

” Ain nak pakai. Tapi Ain tak pandai. Ain tak pernah pakai. Abang ajar Ain, boleh? ” dengan wajah menunduk Ain Imani menuturkan hal berikut. Jarinya bermain sesama sendiri.

” Ain serius ke? Abang tak nak Ain pakai tudung kerana terpaksa. Abang nak Ain ikhlas. ”

” Ain yakin dengan hati Ain. Ain nak berubah. Ain nak cantik untuk abang sorang. Ain tak nak kumpul dosa. Ain tak nak masuk neraka. Ain betul nak pakai tudung. Selama ni Ain jahil pasal aurat. Sepanjang Ain hidup, Ain tak pernah jaga aurat Ain. Ain takut. Ain banyak dosa. ” Ain Imani mula teresak kecil ketika meluahkan segalanya kepada si suami.

” Hei, dah. Abang akan bimbing Ain. Percayalah. Jangan nangislah. ” dipeluk lembut tubuh isterinya. Belakang badan Ain Imani diusap lembut bagi menenangkan gadis itu. ” Abang ajar Ain eah? Abang ada dengan Ain. Dahlah. Syyyy. ”

” Abang janji tak tinggalkan Ain? ” secara tiba-tiba Ain Imani bertanya seperti itu. ” Eh, kenapa tanya macam tu. Ain dah sempurnakan hidup abang. Tak ada sebab untuk abang tinggalkan Ain. Abang nak hidup dengan Ain,dengan bakal anak-anak kita. Abang sayangkan Ain. ”

Jawapan itu sedikit melegakan hatinya. Ain Imani semakin mengeratkan pelukan di tubuh suaminya. ” Esok abang ajar Ain pakai tudung tu eah? Ain nak pergi kerja pakai tudung. Boleh? ”

” Boleh sayang. ”

Malam itu menjadi malam terindah buat Taufiq. Tak disangka kebisuan yang melanda beberapa hari lepas menghadirkan sesuatu yang indah. Disangkanya kebisuan isterinya tempoh hari disebabkan hasrat yang disuarakan tetapi ianya tidak tepat sama sekali. Dalam banyak detik, malam itu telah menghadirkan detik terindah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience