BAB 1

Romance Completed 5189

Seperti tubuh manusia yang memerlukan banyak vitamin dan zat, begitulah hati sebenarnya. Cinta itu adakalanya boleh menghidupkan mati juga sebaliknya, mematikan jiwa yang mati dengan kekecewaan, dusta dan sandiwara.

Harapan juga adakalanya boleh membunuh. Justeru kau memerlukan seseorang yang tepat dan benar menjadi vitamin di hati kau.

”PAPA ! MAMA ! ”

JERITAN itu membuatkan sepasang suami isteri yang sedang duduk berehat di ruang tamu itu menoleh ke muka pintu. Dilihat seorang gadis sedang mengatur langkah ke arah sofa yang diduduki oleh mereka berdua.

” Kenapa ni Ain? Ada masalah ke kat klinik? ” Encik Habsyah menyoal lembut anak gadisnya, Ain Imani yang baru sahaja mengambil tempat di sofa berhampiran dengan wajah yang mencuka.

” Ain kenapa sayang? Ada orang sakitkan hati Ain ke? ” prihatin Puan Zahirah menyoal. Ditenung lembut wajah masam itu.

” Ma, pa, Ain nak kahwin. ”

Ternyata ungkapan itu membuat pasangan suami isteri itu terkejut. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

” Ain, soal kahwin jangan main-main. ” Puan Zahirah cuba menasihati anak sulungnya itu.

” Betul. Ain serius. Tadi Ain jumpa kawan-kawan lama sekolah.Diorang semua dah kahwin. Ada yang dah ada anak. Lepas tu diorang cakap Ain andartu. Geram tau. Ain tak suka. Ain nak kahwin jugak. Biar diorang tak boleh nak ejek Ain lagi lepas ni. ” si anak menjelaskan. Bantal kecil yang dipeluk diramas geram.

Encik Habsyah dan Puan Zahirah mula tergelak kecil mendengar penjelasan tersebut.

” Ma, pa, Ain seriuslah. Janganlah gelak. ”

” Okay-okay. Ni papa nak tanya, Ain dah ada calon ke? ” Encik Habsyah menyoal. Ain Imani yang sedang meramas bantal kecil itu menghentikan perbuatannya. Kepala digeleng perlahan.

” Lah, dah tu Ain nak kahwin dengan siapa? Dengan patung? ”

” Alah, mama papa tolonglah carikan calon. Mama papa pun tahu Ain bukan jenis yang suka bercinta bagai. Tolonglah. Kawan-kawan cabar Ain. Ain malu. ” Encik Habsyah tercengang untuk beberapa saat. Bagai tidak percaya dengan apa yang dipinta anaknya itu. ” Dulu papa suruh kahwin dengan calon papa, Ain tak nak. Konon masih muda. Sekarang umur nak dekat 30, baru sibuk nak papa cari calon. ”

”Alah papa ni, tak payahlah ungkit pasal hal tu. Papa nak tolong ke tak? Kalau tak nak tak apa, Ain pergi Thailand Ain ajak aktres lelaki yang selalu berlakon telenovela kat tv tu kahwin dengan Ain. Tergagap papa nak bercakap nanti. Kap kap jelah. ” bentak Ain Imani. Sengaja diugut sedemikian.

Puan Zahirah mula menggaru kepalanya. Otaknya turut pening dengan permintaan anak sulungnya itu.

”Akak ni tebiatlah. Ada ke suruh papa mama cari calon. Akak nak kahwin, pergilah cari sendiri calon. ” Ainul Iman, adik lelakinya yang berusia 22 tahun itu menyampuk. Lelaki itu yang sedang duduk berhadapan dengan komputer memandang sekilas ke arah kakaknya, Ain Imani. ”

“Kau diamlah ! Kau apa tahu. Dah siapkan assignment tu. Jangan nak menyampuk hal orang besar. Sibuk je. Akak liku kepala tu nanti baru tau. ” Ainul Iman mencebirkan bibir. Mulutnya terherot mengajuk apa yang dicakap oleh kakaknya.

”Pa, ma, kahwinkan aje akak dengan pak guard kat kolej Iman tu. Hensem apa. Muka market. ” lelaki itu mula memberi cadangan kepada orang tuanya.

Membuntang mata Ain Imani tatkala mendengar cadangan berikut.

”Kau jangan Man. Akak gunting mulut tu karang. ” ugutnya. Geram dengan perangai adik lelakinya itu.

”Tak pun kan papa mama kahwinkan akak dengan lelaki yang kerja kat restoran yang kita selalu masuk tu. Ada seorang tukang masak tu, hensem. Nanti hari-hari boleh laki dia masak sedap-sedap. ” Ainul Iman bagai menyimbah minyak ke dalam api. Makin galak dia mengusik kakaknya itu. Wajah Ain Imani mula berubah merah padam.

”Iman, kau siap kejap lagi. Aku sumbat mulut tu dengan cili yang Mak Siah guna buat masak tu. Baru kau tahu. ”

”Hei dah. Apa ni gaduh-gaduh. Dah Ain, nanti papa mama fikirkan pasal tu. Iman, siapkan kerja tu. Dok menyakat kakak tu buat apa? ”

Encik Habsyah yang lama berdiam diri mula bersuara bagi menenangkan keadaan riuh itu. Itulah anaknya. Pantang bertemu pasti ada yang nak digaduhkan. Walhal waktu kecil masing-masing bersama. Dah besar masing-masing menggila. Pening kepala dibuatnya. Mujur dikurniakan dua orang anak. Kalau sampai lapan orang mahu runtuh rumah banglo itu. Dua itupun sudah tidak terkawal. Harapkan umur dah besar, tapi otak tak matang.

” Padan muka kau kena marah. Wekkk. ” Ain Imani sempat menjelirkan lidah ke arah adiknya.

”Potong lidah tu karang. ”

” Bla bla bla. Malas layan kau. Baik aku makan. Siapkan kerja tu. ”

Sempat Ain Imani menarik rambut adiknya ketika ingin menuju ke dapur
membuatkan lelaki itu terjerit kecil.

” Makan je. Gemuk nanti padan muka. ” disindir kakaknya yang sudahpun berada di meja makan sambil mengunyah buah epal. Ruang belajarnya hanya dipisahkan dengan dinding kaca yang membolehkannya untuk nampak dengan jelas kakaknya yang berada di bahagian ruang makan.

” Aku makan buah eah. Mana boleh gemuk. Tu tak belajar sains. Perkara simple macam ni pun tak tahu. ”

Encik Habsyah dan Puan Zahirah saling berpandangan. Kepala menggeleng perlahan melihat perangai anak mereka itu. Sekali berperang memang tak jumpa penamatnya. Masing-masing tidak mahu mengalah.
Encik Habsyah memaut lembut bahu isterinya. Mereka kembali menyambung menonton televisyen yang sedang menyiarkan drama melayu itu. Malas mahu ambil pusing perbalahan dua beradik itu. Nanti pandailah mereka senyap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience