BAB 5

Romance Completed 5189

Bunyi deringan pendek dari telefon bimbit yang diletak di atas meja kopi mengejutkannya.

1 Mesej

Terus dibuka mesej yang masuk itu. Dibaca bait-bait ayat yang tertulis.

” Assalamualaikum. Abang, Ain minta maaf. Ain tahu silap Ain. Jujur Ain cakap, Ain tak pandai buat kerja dapur. Selama Ain membesar, mama dengan Mak Siah yang uruskan Ain. Ain minta maaf pasal tadi. Ain tak tahu. Abang maafkan Ain? Ain takut kalau Allah ambil nyawa Ain ketika tidur sedangkan abang marahkan Ain. Ain tak nak masuk neraka. Ain janji Ain akan belajar memasak lepas ni. Abang boleh ajar Ain kan? Abang kan tukang masak, mesti abang pandai. Please, forgive me ! ”

Bibir mengukir senyuman kecil. Terasa lucu pun ada membaca mesej yang dihantar isterinya itu. Tanpa membuang masa, Taufiq terus bangun. Tingkat atas menjadi hala tujunya. Ketika tangannya menguak pintu bilik, dilihat tubuh isterinya sudah berbaring di atas katil.

” Ain? ” ditegur lembut isterinya yang sedang berbaring membelakanginya. Bahu gadis itu disentuh.

” Abang maafkan Ain tak? ” terdengar suara serak menyoal. Kini tahulah Taufiq bahawa isterinya sedang menangis. Lantas dibangunkan tubuh kecil itu.

” Hei, kenapa ni? Dahlah, abang tak marah. Tak nak nangis, buruklah isteri abang macam ni. Dah tak mahu nangis. Abang tak marah Ain. Tapi pegang janji Ain, belajar masak. Okay? ” penuh kelembutan Taufiq memujuk isterinya.

Air mata yang membasahi pipi isterinya dikesat. Ain Imani pantas mendakap tubuh suaminya.

” Ain janji. Ain belajar memasak. Ain akan masak untuk abang hari-hari. Ain janji. Abang jangan marah Ain lagi. Ain takut. Ain tak nak masuk neraka. ” ujarnya dalam esak tangis yang masih bersisa. Tubuh suaminya masih dipeluk erat.

” Ya. Abang ada. Abang akan ajar Ain. Dah jangan nangis. Abang sayang Ain, takkan abang nak marah Ain lama-lama. Dah jom tidur. Ngantuk tak? ”

Anggukan yang diberi isterinya melebarkan lagi senyuman pada wajah Taufiq. Diarahkan gadis itu agar berbaring. Comforter dikemaskan membaluti tubuh isterinya. Dia yang turut berbaring menarik rapat tubuh Ain Imani ke sisinya.

” Selamat malam sayang. Mimpi indah. ” dikucup lembut dahi si isteri sebelum mulutnya sempat membacakan doa tidur serta beberapa surah lazim di tepi telinga isterinya. Setelah itu dia turut sama terlena.

****

TAUFIQ yang baru selesai mandi mencari kelibat isterinya di seluruh ruang bilik itu. Dahinya sedikit berkerut. Mana isterinya pergi? Setelah mengemaskan baju T berkolar pada tubuhnya berserta seluar slack hitam, rambut yang berserabut disikat rapi. Sempat disembuh pewangi jenama Rexona ke tubuh.

Harum wangian tersebut mengisi segenap ruang bilik itu. Kemudian dicapai beg sandang yang terdampar di atas katil sebelum langkah dibawa keluar dari bilik tersebut.

Setibanya di anak tangga terakhir, matanya memandang ke ruang tamu. Apabila dipastikan tiada kelibat Ain Imani di ruang tamu itu, tahulah dia bahawa isterinya itu berada di ruang dapur. Menyiapkan sarapan barangkali. Lantas kakinya menapak ke dapur.

” Sayang buat apa tu? ” sapanya lembut. Tangannya terus melingkar di pinggang si isteri.

” Abang, gelilah. Tak mahulah kacau Ain. Ain nak buat kerja ni. ”lembut Ain Imani menjawab. Tangan Taufiq yang berlingkar di pinggangnya dialih.

Jelas raut suram di wajah suaminya itu. Ain Imani yang perasan akan keadaan itu terus memusingkan tubuh menghadap suaminya. Butang baju suaminya yang sedikit terbuka di bahagian dada dibetulkan. Turut dilipat rapi kolar baju suaminya itu.

” Abang duduk kat ruang makan eah? Kejap lagi Ain datang. Ain nak buat air untuk abang ni. Abang nak makan tanpa minum ke? Nanti abang lambat pergi kerja. ” ujarnya sebagai teknik memujuk. Sebulan menjadi isteri kepada lelaki itu membuatkan dia lali dengan sikap suaminya itu. Matanya memandang lembut ke wajah Taufiq yang masih seperti tadi. Masam mencuka.

” Abang, badan dah wangi. Rambut dah cantik. Muka dah hensem tu. Tak mahulah perah limau pulak pagi-pagi ni. Masam sangat. Abang sayang Ain kan? Abang tunggu kat meja makan. Nanti abang lambat nak kerja. ” Ain Imani masih berusaha memujuk suaminya yang sedari tadi hanya membatu. Dibelai manja wajah sawo matang milik lelaki itu.

” Ain janganlah goda abang. Nanti abang tak pergi kerja sudahnya. ”

” Kalau macam tu pergi duduk kat kerusi meja makan. Kita breakfast eah? Ain dah masak mee untuk abang. Ain buat air kejap. Hmm. ”

” Okay. Cepat tau. ” akhirnya Taufiq mengalah. Dia berjalan ke ruang makan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience