BAB 2

Romance Completed 5189

AIN IMANI yang sedang berehat di ruang rehat yang tersedia di dalam klinik haiwan miliknya itu menghirup minuman panas yang disediakan oleh pembantunya tadi. Setelah itu dicapai telefon bimbit yang dibiar terdampar di atas meja bulat itu.

Dia ingin membaca whatsapp group rakan sekolahnya itu. Kerana setiap hari pasti ada yang rakan-rakannya itu kongsikan. 186 mesej. Kepalanya menggeleng perlahan. Entah mesej apa ajelah yang ada di dalam group itu. Bukannya dia tak tahu dengan perangai rakannya yang gila-gila itu.

+ Guys, I’ve hot new ! My hubby will be back today ! I’m so excited ! I miss him so much ! – Eyna

+ Korang, nak tahu tak. Anak aku yang dua tahun tu dah pandai mengeja. Mesti ikut jejak mummy dia yang bijak pandai ni. – Reen

+ Woi, tak payah nak syok sangat. Ni suami aku nak ajak aku pergi melancong next week. Dia dah prepare semua. Kiranya second honeymoon untuk aku. – Kimi

+ Guys, tadi aku baru balik klinik. You know what, I’m pregnant ! Pray for me my lullaby. – Mimi

Satu persatu mesej dibaca. Niatnya ingin membalas mesej tersebut terbantut. Seakan apa yang dibualkan rakannya itu tertuju buat dirinya yang masih menyendiri.

”Argh, aku rasa macam nak hempas telefon ni. Korang saje nak sakitkan hati aku. Mentang aku sorang je yang belum kahwin. Nak anak apatah lagi. Stresslah macam ni. ” mulutnya melepaskan bebelan. Air minuman yang berbaki disedut rakus.

Namun beberapa minit kemudian telefon bimbitnya berdering kuat menandakan panggilan masuk. Tanpa melihat si empunya nama lantas disambut panggilan tersebut.

” Assalamualaikum. Ain kat klinik lagi ke? ”

” Waalaikumussalam pa. Ya Ain kat klinik. Kejap lagi balik. Tengah rehat kejap. Kenapa ya? ” mendengar suara di corong telefon dia sudah dapat meneka siapa si pemanggil.

” Hmm nanti balik terus. Papa ada benda nak bincang ni. Papa tunggu kat rumah ya? ”

” Hmm yalah. Ain balik. Okaylah, Ain kemas bilik kejap. Dalam 5.30 Ain sampai rumah. Okay bye ! ” tanpa menunggu balasan dari papanya talian pantas diputuskan. Ain Imani mengeluh kecil. Lambat-lambat dia bangun lalu bergerak ke arah sinki bagi mencuci cawan yang digunanya tadi.

Setelah itu laju kakinya menapak ke bilik kerjanya untuk mengemas barang-barang yang ingin dibawa pulang ke rumah. Setelah segalanya selesai dikemas dan dipastikan tiada siapa yang tinggal di dalam klinik itu melainkan dirinya, pintu klinik dikunci rapi.

Perjalanan dari klinik haiwan miliknya menuju ke rumah keluarganya memakan masa hampir setengah jam. Mujur jalan raya ketika itu sedikit lengang, tidak sesak seperti hari-hari yang sebelumnya.

Kereta Viva berwarna merah saga itu diparkir elok di dalam garaj. Setelah enjin dimatikan, pintu kereta dibuka lalu dia melangkah keluar dari dalam perut kereta. Dengan langkah sedikit malas Ain Imani berjalan ke muka pintu.

Baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, telinganya sudah menangkap suara lelaki berbual. Dikerling jam pada tangan.

” Bukan Iman habis kelas pukul 6 ke? Dah tu papa berbual dengan siapa?” soalnya sendiri. Tidak mahu memikirkan apa-apa, gadis itu mengatur langkah menghampiri sofa di mana papa dan mamanya berada. Matanya tidak mampu melihat dengan jelas wajah lelaki yang sedang duduk membelakanginya.

” Ain, sini sayang. ” Puan Zahirah yang baru menyedari akan kepulangan anak sulungnya menggamit gadis itu agar duduk di sebelahnya. Senyuman yang terukir di bibir wanita itu begitu lebar.

Ain Imani yang tidak mengetahui apa-apa sekadar mengikut. Dilabuhkan punggung di sebelah mamanya. Tanpa menghiraukan sesiapa lantas dilentokkan kepalanya ke atas paha Puan Zahirah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience