BAB 6

Romance Completed 5189

Sementara Ain Imani menyambung tugasnya yang tergendala tadi. Setelah selesai, teko berisi milo panas itu dibawa ke meja makan. Tangannya laju menyendukkan mee goreng ke dalam pinggan suaminya.

Milo panas dituang ke dalam cawan yang berada di sebelah.pinggan suaminya. Kemudian dia mengambil tempat di sebelah lelaki itu. Sebaik membaca doa makan, Taufiq terus menyuap sesudu mee ke dalam mulutnya. Ain Imani resah menanti komen yang bakal keluar dari mulut lelaki itu.

” Sedap. Dah makin pandai isteri abang masak eah? ” Taufiq memuji lalu diusap lembut rambut isterinya. Senyuman lebar terukir di bibir Ain Imani.

” Abang, nak suap. ” pintanya manja.

” Okay. Nganga mulut.. Aaaa… ” Taufiq sekadar melayan sikap manja isterinya itu. Disuap mee goreng tersebut ke mulut si isteri. Selesai sarapan pagi, Taufiq yang sedang menyarung kasut memandang pelik ke arah isterinya yang tercegat di muka pintu.

” Ain tak pergi klinik ke? ”

” Tak. Ain cuti. Ada pembantu jaga klinik tu. ”

Kepala terangguk-angguk mendengar jawapan isterinya. Setelah selesai memakai kasut, diambil beg yang dihulur isterinya itu.

” Lunch abang tak balik. Ada order untuk jamuan sebuah syarikat. So tak sempat
balik. ”

” Okay. Take care. Buat kerja baik-baik ya. ”

” Ain jaga diri kat rumah. Kunci pintu ni. Kalau ada orang datang, check dulu siapa. Kalau tak kenal jangan buka pintu. Faham? ” Taufiq menitipkan pesanan buat isterinya.

Bimbang juga membiarkan isterinya sendiri di rumah. Kalau isterinya berkerja, tak adalah hatinya gusar. Gadis itu selamat di klinik haiwan miliknya. Berseorangan di rumah membuat hatinya dicengkam rasa gusar. Ain Imani mencapai tangan suaminya lalu dikucup lembut.

Sejurus itu dia menerima kucupan kasih daripada lelaki itu. Dia menghantar pemergian suaminya itu dengan pandangan mata. Setelah kelibat kereta Proton Saga itu hilang dari pandangan, lantas ditutup pintu utama rumah dan dikunci rapi. Arahan suaminya tersirat di dalam otak.

Ain Imani melangkah ke arah sofa. Remote tv dicapai lalu butang on ditekan. Hanya mata memandang ke arah tv, namun mindanya menerawang ke arah lain.

” Nak buat kek. Tapi pandai ke? Hari ni birthday dia. Hmm kena cuba ni. Tak cuba tak tahu. Tak apa, pak cik Google kan ada. ” mulutnya membebel sendiri. Dicapai telefon bimbit di atas meja kopi.

” Resepi kek keju blueberry ! ”

Search ! Dibaca penuh teliti resepi yang tertera pada skrin telefon bimbitnya.

” Woo. Macam mudah. Kena cuba. Usaha ! ” Ain Imani menitipkan kata-kata semangat buat dirinya sendiri. Tanpa melengahkan masa dia bingkas bangun dan meninggalkan tv yang terpasang begitu sahaja.

Kabinet dapur diselongkar mencari bahan yang diperlukan untuk membuat kek keju blueberry seperti yang pak Google bagitahu tadi. Setelah memastikan semua bahan diperlukan sudah siap sedia di atas meja dapur, sekali lagi matanya menghadap telefon bimbit membaca cara membuat kek tersebut.

” Harap-harap jadi. Bismillah. ” ucapnya perlahan sebelum memasukkan loyang berbentuk hati yang telah terisi tepung beradun itu ke dalam ketuhar. Masa diset sebaiknya sepertimana yang tertulis di dalam resepi sebenar.

Sementara menunggu kek siap dibakar, Ain Imani mengemas setiap ruang di dalam rumah itu. Baik ruang tamu, ruang makan, bilik tidur, tandas serta ruang rehat di tingkat atas.

” Huh, hari ini sungguh memenatkan. ” Ain Imani yang baru duduk di atas sofa ungu itu mengeluh kecil. Peluh yang merenik di dahi dikesat dengan hujung lengan baju yang dipakai. Baru sahaja mata terpejam, otaknya teringatkan sesuatu.

” Alamak ! Kek aku ! ” pantas dia bangun dan berlari ke dapur. Mujur ketuhar tersebut automatik, maka tak adalah kek yang dibakarnya rentung. Sebaik penutup ketuhar dibuka, bau yang menyelerakan masuk ke dalam hidung. ” Hmm. Bau sedap. Jadilah kau kek. ” ditarik keluar loyang tersebut.

Loyang panas itu diletakkan di atas meja yang sudah beralas kertas tebal itu. Matanya menilik struktur luaran kek yang dibuatnya. Diambil sebatang lidi sate dan dicucuk di bahagian tengah kek. Itu cara bagi memastikan kek sudah masak sepenuhnya atau belum.

” Alhamdulillah. Jadi pun. Okay, nak kena hias cantik ni. Struktur dah lawa, tak ada bahagian yang tak masak, lembut pun lembut. Kena topping cantik-cantik ni. ” mulutnya berbicara sendiri. Sekali lagi Ain Imani meminta bantuan pak Google untuk membuat topping bagi keknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience