BAB 4

Romance Completed 5189

MATA Ain Imani memandang lama ke arah dua ekor ikan yang baru sahaja dikeluarkan dari dalam peti sejuk. Diangkat salah satu daripadanya.

” Macam mana nak potong ikan ni? Hmm ikan, kau boleh tak potong diri kau sendiri? ” mulutnya berceloteh sendiri. Dibelek ikan yang dipegangnya. Diambil satu lagi yang masih berada di dalam sinki.Lain yang disuruh suaminya, lain yang Ain Imani buat. Ikan yang dipegang dibuat alat permainan.

” Ain buat apa tu? ”

” Opocot mak kau ! ” Ain Imani yang sedang leka sedikit terkejut dengan suara yang secara tiba-tiba menyapa telinganya. Ikan yang dipegang sudah terjatuh ke dalam sinki. Tatkala kepala ditoleh, bibirnya hanya mampu tersengih memandang ke arah Taufiq.

” Ain buat apa? ” Taufiq mengulangi soalan yang sama. Mata redup memandang ke wajah isterinya. Lama Ain Imani mendiamkan diri. Matanya bergerak mengikut langkah Taufiq yang semakin menghampiri.

” Tak siang lagi ikan ni? ”

Ain Imani menggeleng kecil. Diangkat salah seekor ikan yang terjatuh ke dalam sinki tadi tinggi-tinggi separas wajahnya.

” Macam mana nak siang ikan ni? ” selamba sahaja raut wajahnya tatkala menyoal sedemikian.Taufiq yang sedikit terkejut dengan soalan berikut cuba menyabarkan hatinya. Nafas dihembus perlahan. ‘ Sabar Fiq. Cabaran untuk kau bila berkahwin dengan perempuan yang tak tahu apa-apa. ‘ hatinya berbisik kecil.

” Sini abang ajar. Ain ikut apa yang abang buat. Malam ni abang ajar Ain masak. Tapi esok lusa Ain kena belajar sendiri. Tu ada buku resepi kat rak. Dah ikut apa abang buat. ” Taufiq mengambil seekor lagi ikan yang berada di dalam sinki. Tangannya laju mengambil pisau bersaiz sederhana.

Ain Imani yang melihat mula mengikut satu demi satu langkah yang ditunjuk oleh suaminya. ” Abang, kenapa ikan ni tak hidup? Benda kalau dah mati dikira bangkai kan? ”

” Ain, ikan ni dah masuk dalam fridge. Memanglah tak hidup. Ikan ni pun tak dikira bangkai. ” Taufiq memberi penjelasan kepada isterinya yang tampak bingung itu. Bibirnya sempat mengukir senyuman. Terlihat Ain Imani mengangguk dengan mulut yang membentuk huruf ‘ o ‘

. ” Ain ingat selama ni Mak Siah masak ikan yang masih hidup. Rupanya ikan dah mati. ” mulutnya mengomel perlahan.Setelah siap belajar menyiang ikan, Ain Imani belajar pula cara memotong sayur. Diikut sahaja segala yang dilakukan oleh suaminya.

Sesekali terdengar gurau senda di antara mereka berdua. Malam itu, Ain Imani memecahkan rekodnya sendiri yang selama ini langsung tidak pernah memasak. Atas tunjuk ajar si suami, Ain Imani berjaya memasak lauk yang sememangnya begitu simple tapi baginya begitu bermakna kerana ia merupakan percubaan pertama.

” Nasi dah masak? ”

” Dah. Tu ! ” Ain Imani menunjuk ke arah periuk nasi elektrik yang terletak di atas kabinet kecil di ruang dapur itu. Taufiq mengangguk kecil. Lauk pauk yang sudah siap dimasuk ke dalam mangkuk diletakkan ke atas meja di ruang makan. Kemudian mereka masuk kembali ke ruang dapur untuk menyenduk nasi.
” Ain, ni nasi ke bubur? ” Taufiq menyoal sebaik penutup periuk dibuka.
Dikacaunya nasi yang seakan bubur itu menggunakan senduk kayu yang dipegang.

Ain Imani melihat ke dalam periuk nasi. Mulutnya sedikit ternganga.
Ketika matanya beradu pandang dengan mata si suami, bahu dijongket.

”Ain tak tahu. ” balasnya dengan suara yang antara dengar atau tidak oleh suaminya.

Tanpa menghiraukan Ain Imani yang berdiri di sebelahnya, terus sahaja Taufiq menyenduk nasi buat dirinya. Kemudian langkah dibawa menuju ke ruang makan. Ain Imani yang tercengang sekadar melihat. Tangannya turut menyenduk nasi yang berupa bubur itu masuk ke dalam pinggannya. Ketika duduk di kerusi meja makan, dilihatnya Taufiq sudah makan terlebih dahulu. ” Abang marah Ain ke? ” soalnya takut-takut.

” Makan jelah. ” Taufiq membalas acuh tak acuh.

Tidak sampai sepuluh minit lelaki itu sudah menghabiskan makanannya. Lalu dia bangun dan meninggalkan Ain Imani sendirian di meja makan. Setelah mencuci pinggan serta gelas minuman yang diguna, lantas kakinya menapak ke arah ruang tamu. Ain Imani termenung sendiri.

Sedih ! Ya itu yang hatinya rasa apabila dilayan sebegitu oleh suami sendiri. Hilang seleranya untuk menjamu makan malam itu. Ain Imani bangun lalu dicapai tudung saji yang terletak di hujung meja. Makanan yang masih berbaki di atas meja itu ditutupnya.

Diberanikan dirinya untuk mendekati suami yang sedang duduk bersandar di sofa sambil menonton televisyen itu. Punggung dilabuh bersebelahan Taufiq. Jarinya bermain sesama sendiri.

” Abang marah Ain ke? ” sekali lagi diajukan soalan yang sama seperti soalan ketika mereka di ruang makan tadi. Matanya sesekali mengerling ke arah Taufiq yang membisu.

Bibir diketap apabila tiada jawapan yang keluar dari mulut lelaki di sebelahnya itu. ” Abang.. ” dicapai tangan suaminya dan digenggam rat. Namun hanya untuk beberapa saat sebelum lelaki itu menariknya kembali.

Dengan wajah sugul, Ain Imani terus bangkit. Dengan mata yang berair, gadis itu terus meninggalkan ruang tamu itu. Bimbang air matanya akan mengalir. Setelah beberapa minit isterinya pergi, Taufiq memandang ke arah anak tangga ke tingkat atas. Mulutnya beristighfar kecil. Tangannya meraup rambut ke belakang.

‘ Apa kau buat ni Fiq. Dia isteri kau. Kau patut didik dia, bukan marah macam ni. Tak sampai sehari lagi duduk serumah, kau dah mengalah. Wake up bro ! ‘ seakan ada satu suara halus yang berbisik di tepi telinganya.

Nafas ditarik panjang sebelum dilepas perlahan. Jarinya pantas menekan button off pada remote tv. Otaknya sedang serabut. Matanya merenung jauh ke dalam kaca tv yang sudah berubah gelap itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience