BAB 12

Romance Completed 5189

BEBERAPA HELAI baju T serta kemeja disangkut di ruang baju di dalam almari dengan panjang 10 kaki itu manakala seluar pula disangkut di ruang seluar. Sempat bebola matanya melilau melihat seluruh ruang di dalam almari itu dari bawah ke atas. Di saat matanya terhala ke atas, diperhati lama sebuah kotak sederhana yang terletak di penjuru atas di dalam almari itu.

” Kotak apa tu ya? Hmm, nak tengok. Tapi dosa. Tapi tetap nak tengok. ” mulut Ain Imani mengomel sendiri. Matanya masih lagi terarah pada kotak tersebut. ” Tak apalah. Nanti mintak maaf kat dia. Tapi tinggi. ” tatkala terpandang kerusi meja solek, bibirnya tersenyum.

Diangkat kerusi kecil itu dibawa berhampiran almari. Tanpa memikirkan keadaannya yang sedang mengandung, laju sahaja Ain Imani memanjat kerusi berkenaan. Tangannya mencapai kotak tersebut.

Berjaya mengambilnya, terus sahaja dia turun dari kerusi. Kaki berjalan ke arah katil. Punggung dilabuh di birai katil. Kotak yang seakan kotak hadiah itu ditenung. Dengan lafaz bismillah, penutup kotak dibuka. Bertambah tercengang apabila matanya menangkap beberapa objek di dalam kotak yang dipangkunya itu. Frame. Album. Itu yang dia nampak.

Minatnya lebih terarah kepada album tebal di dalam kotak itu. Diambilnya lalu diselak satu persatu. Matanya terpaku pada gambar di mana suaminya sedang memegang piala bersama sijil dengan berpakaian lengkap seragam seorang chef.

Dan diselak lagi, gambar yang hampir serupa. Suaminya sedang bergambar bersama beberapa orang chef terkemuka di dunia. Semakin terdesak otaknya untuk mengetahui isi di dalam kotak itu selain album. Tangannya menarik sebuah fail yang terletak di bahagian paling bawah. Dikeluarkan isi fail tersebut. Sekeping sijil bersaiz A4 dipegang. Bagai tidak percaya dengan apa yang dibaca.

CHAMPION

Journey To Culinary World Cup, Luxembourg 2014

Serentak itu pintu bilik yang tadi tertutup rapat dikuak dari luar.

” Ain buat apa kat bi.. ” belum sempat ayat dihabiskan, Taufiq turut tercengang. Pandangan terarah pada objek yang berada di tangan isterinya. Laju kakinya menapak ke arah Ain Imani. Sijil serta fail yang dipegang isterinya lantas diambil.

” Ain buat apa ni?! Siapa izinkan Ain ambil kotak ni?! Sejak bila pandai selongkar barang abang ni?! ” dengan wajah berang Taufiq menyoal.

Ain Imani sedikit tersentak dengan jerkahan tersebut. Belum pernah sepanjang mereka berkahwin, lelaki itu meninggikan suara dengannya. Matanya mula berkaca.

” Abang tipu Ain. ” ujarnya perlahan. Tidak berani ingin bertentang mata dengan suaminya.

” Sejak bila Ain pandai buat macam ni?! Tak pandai nak mintak izin dah ke?! Sesuka hati nak tengok harta orang. Hormat sikit Ain ! Abang ni suami Ain ! Ni hak abang, privasi abang ! Ain tak boleh nak kembur sesuka hati Ain. Kalau abang selongkar beg tangan Ain, apa Ain rasa?!” Taufiq masih tidak dapat mengawal amarahnya. Nada suaranya masih seperti tadi.

” Kenapa abang tipu Ain?! Abang tak jujur dengan Ain. Abang cakap, abang pekerja restoran, so apa semua ni? Chef. Abang chef ! Tapi abang sanggup tipu Ain. Ain ni tak penting ke pada abang? Ain tak pernah tipu abang. Kenapa abang buat Ain macam ni? Apa salah Ain? Kenapa abang perlu tipu? ” bertalu-talu Ain Imani menyoal. Air matanya sudah lama mengalir di pipi. Baru matanya berani untuk memandang wajah suaminya. Nafasnya turun naik begitu pantas.

Melihat wajah si cinta hati yang dibasahi air mata itu membuatkan kemarahannya mula reda. Hatinya beristighfar kecil. ” Ain, abang bukan nak tipu Ain. ” tangannya cuba memegang bahu si isteri yang masih menangis. Tetapi tangannya ditepis.

” Kenapa mesti tipu? Entah-entah, sayang abang kat Ain selama ni pun tipu jugak. Abang tak sayang Ain kan?! ” Ain Imani menebak.

” Ain, abang cuma tipu Ain pasal ni je. Okay abang ngaku dengan Ain, abang memang bukan pekerja restoran. Abang owner restoran kat area KL ni. Abang bekas chef. Abang bukan orang susah sepertimana yang abang cerita kat Ain sebelum kita kahwin dulu. Tapi abang buat semua ni demi kebaikan Ain. ” Taufiq menjelaskan panjang lebar.

” Kebaikan apa? Abang cakap kat Ain kebaikan apa? ”

” Semua ni, adalah dirancang Ain. Perkahwinan kita, dirancang. Papa jumpa dengan ayah abang, mereka berbincang. First memang abang tak setuju. Abang tak nak tipu bakal isteri abang. Tapi abang kena buat.Ni amanah papa dengan mama. Masa tu Ain yang terdesak nak kahwin. Papa nak abang ubah Ain. Ain pun tahu Ain dah berubah sekarang ni kan. Dari tak pandai buat kerja dapur, Ain dah pandai. Ain dah jadi isteri yang sempurna.

Abang tipu semua ni, abang nak tengok sejauh mana Ain boleh terima seorang suami yang berasal dari keluarga miskin dalam hidup Ain. Ain kena faham semua tu. Ain, abang takkan sanggup nak buat semua ni kalau hanya sia-sia. ” Kemarahan yang menggunung tadi mula turun. Ain Imani terduduk kembali di atas tilam. Hanya air mata yang masih mengalir. Taufiq turut duduk di samping isterinya. Bahu gadis itu dipaut lembut.

” Abang mintak maaf. Abang tipu, abang nak hadirkan satu perubahan di dalam diri Ain. Abang mintak maaf sayang. ” lalu dipeluk lembut tubuh kecil itu. Air mata isterinya dikesat dengan hujung jari. ” Abang janji, abang akan jujur dengan Ain. Dahlah, tak nak marah eah? ”

” Sayang abang kat Ain, tipu jugak ke? ” sempat Ain Imani menyoal meskipun tubuhnya masih dipeluk.” Ain, sayang tak boleh tipu. Abang sayang Ain, jujur. Kalau abang tipu dalam menyayangi Ain, abang takkan layan Ain macam permaisuri. Dan mungkin, Allah takkan hadirkan anak ni dalam rahim Ain. ”

Terharu ! Satu perasaan yang meresap ke dalam hatinya. Ain Imani kembali mengeratkan pelukan. Dibiar tangan suaminya yang sibuk mengusap perutnya yang semakin membesar itu. ” Ain mintak maaf pasal tadi. Abang maafkan Ain tak? ” Taufiq mengukir senyuman.

” Abang pun mintak maaf. Abang tak patut marah Ain dalam keadaan Ain yang sedang mengandung ni. I’m sorry. Kalau apa-apa jadi kat Ain tadi, abang akan salahkan diri abang. Abang terlalu ikut emosi marah. Tapi jangan buat macam ni lagi. Kalau nak apa-apa, mintak izin abang. Okay? ”Kepala diangguk.

” Abang janji sayang Ain sampai bila-bila. Jangan tinggalkan Ain. Ain sayang abang. Ain tak kisah dah pasal identiti abang, yang penting abang ada di sisi Ain. ”

” InsyaAllah sayang. ”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience