BAB 9

Romance Completed 5189

PUAN ZAHIRAH sedikit tercengang sebaik pintu utama rumah dibuka. Matanya tidak lepas dari memandang susuk tubuh yang sedang berdiri di hadapannya itu.

” Ma? Kenapa pandang Ain macam tu? ” Ain Imani menegur lembut. Kenapa mamanya memandang seperti itu? Berbeza sangatkah wajahnya bertudung? Tanpa berkata apa-apa terus dipeluk tubuh anaknya yang tidak banyak berubah. Cuma sedikit tembam berbanding dulu. Mungkin faktor pemakanan.

Hatinya menzahirkan rasa syukur melihat perubahan anaknya. Tidak disangka dalam tempoh dua bulan, menantunya telah berjaya membawa perubahan kepada anak perempuannya itu.

” Cantik Ain pakai tudung. ” Puan Zahirah memuji sambil diusap lembut kepala anaknya itu. Ain Imani tersenyum kecil mendengar pujian berikut. ” Papa mana ma? ”

” Ada kat dalam tu. ”

Kepala terangguk kecil. Kepalanya menoleh. Taufiq sedang melangkah ke arahnya dengan tangan membawa beg baju.

” Assalamualaikum ma. Maaflah dah dua bulan kahwin baru kali ni dapat datang. Fiq busy sikit, Ain pun busy. Ni baru ambil cuti. ” Taufiq menyalam tangan ibu mentuanya itu.

” Tak apa. Eh jom masuk. Panas kat luar ni. ” Puan Zahirah mempelawa keduanya untuk masuk. Wanita itu melangkah terlebih dahulu.

” Kakak !!! ”

Ain Imani yang baru melangkah ke dalam rumah terkejut apabila suara nyaring itu menyapa gegendang telinganya. Dilihat adik lelakinya, Ainul Iman sedang berlari mendapatkannya. Sekejap sahaja dia sudah berada di dalam pelukan lelaki itu.

” Iman rindu akak ! ” jelas Ainul Iman sebaik pelukan terlerai.

” Yalah kau rindu. Entah-entah kau suka akak tak ada kat rumah. Dapatlah bermanja dengan mama papa kan. ” sengaja Ain Imani menguji adiknya. Keningnya sedikit terjongket.

” Isyh akak ni. Iman seriuslah. Bosan sorang-sorang. Tak ada kawan nak ajak gaduh. ”

” Owh. Kau rindu nak gaduh jelah ni? ” ” Tak adalah. Akak, Iman ada sorang je kakak. Walaupun akak ni terkadang menyakitkan hati, tapi Iman tetap sayang akak. Faham tak? Isyh sekeh jugak kepala tu nanti. ” dengan sengaja Ainul Iman menarik tudung yang dipakai kakaknya sebelum melarikan diri.

” Iman !!! ” tanpa menunggu Ain Imani mengejar adik lelakinya itu. Taufiq yang melihat sekadar menggeleng kecil dengan telatah dua beradik itu. Kakinya menapak perlahan ke arah sofa. Dihampiri bapa mentuanya yang sedang menonton tv itu.

” Assalamualaikum pa. Apa khabar? Papa sihat? ” tangan lelaki tua itu dikucup hormat. Kemudian Taufiq terus mengambil tempat di sebelah bapa mentuanya.

” Macam mana Fiq? Everything okay? ” Encik Habsyah terus mengaju soalan utama sementara anak perempuannya sedang sibuk di dapur.

” So far, semua okay. Tak terbongkar lagi. ” jelas Taufiq ringkas. Sekejap kepalanya menoleh ke arah dapur. Bimbang sekiranya isterinya keluar nanti dan mendengar perbualan mereka itu.

” Just continue. Papa tengok Ain dah banyak berubah. Terima kasih sebab banyak membantu papa. Papa gagal didik anak papa, dan papa serahkan kepada Taufiq pula. Jaga Ain baik-baik. ”

Taufiq tersenyum mendengar kata-kata Encik Habsyah. ” InsyaAllah pa. ”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience