TEPAT JAM 5:20 petang, Aryana keluar dari hospital. Hari ini dia sedikit lewat memandangkan ada kerja yang perlu dia selesaikan sebelum esok. Nasib baik dia ingat untuk memberitahu Tengku Fawwaz yang dia pulang sedikit lewat. Kalau tak, mahunya suaminya tertunggu-tunggu. Hari ini dia pulang dengan Tengku Fawwaz lagi memandangkan waktu kerja suaminya sama dengan dia.
“Maaf, I lambat.” Aryana meminta maaf sebaik saja menutup pintu kereta. Tahu yang suaminya sudah lama menunggu.
“No. It’s okay.” Balas Tengku Fawwaz. “You dah solatkan Aryana?” sambung Tengku Fawwaz.
“Dah.” Angguk Aryana. Dia suka dengan Tengku Fawwaz kerana lelaki itu sangat menjaga solat dan setiap hari suaminya akan bertanya sama ada dia sudah solat atau belum.
“Bagus. Nanti kita singgah mana-mana pasar raya. I nak beli groceries. Teringin nak makan kari kepala ikan. Nanti you masakkan ya.” Pinta Tengku Fawwaz. Sebenarnya dia ada perancangan lain tetapi disimpan rapi daripada pengetahuan Aryana.
Ada kejutan untuk isterinya nanti.
“Boleh.” Setuju Aryana.
Permintaan suami harus dipenuhi walaupun dia letih sekalipun. Dan nasib baik dia pandai memasak. Dia senang hati apabila melihat Tengku Fawwaz gembira walaupun mereka dalam proses mengenali diri masing-masing.
Tengku Fawwaz dan Aryana membeli barang dapur bersama-sama. Tengku Fawwaz menolak troli manakala Aryana berjalan di sisi lelaki itu. Seperti pasangan bahagia. Mereka memenuhkan troli dengan barangan dapur yang lain juga.
“You nak beli apa-apa lagi tak?” tanya Tengku Fawwaz pada Aryana. Sudah penuh troli untuk barang-barang rumah mereka nanti.
“Tak ada.” Geleng Aryana. Dan selepas itu mereka ke kaunter untuk membayar.
Kereta Tengku Fawwaz meluncur laju di atas jalan raya untuk pulang ke rumah. Tetapi Aryana perasan yang kereta suaminya tidak melalui jalan yang selalu digunakan untuk pulang ke rumah mentuanya.
“Kita nak ke mana ni? Bukan ke nak balik ke rumah?” soal Aryana. Berpaling ke arah Tengku Fawwaz yang sedang memandu. Kacak. Dengan kaca mata hitamnya.
“Ya. Balik ke rumah la.” Angguk Tengku Fawwaz. Masih lagi fokus pada pemanduannya.
“Tapi ini bukan jalan balik ke rumah papa dan mama,” ujar Aryana dengan dahi yang berkerut. Takkan suaminya hendak guna jalan yang lain pula. Lagi-lagi sekarang ni waktu puncak.
“Sebab kita bukan nak balik ke sana. Balik rumah kita sendiri.” Beritahu Tengku Fawwaz. Berpaling sekilas ke arah isterinya.
“Rumah kita?” berkerut dahi Aryana dan sejuk hatinya mendengar perkataan ‘rumah kita’. Sejak bila suaminya beli rumah?
“Ya, sayang. Rumah kita.” Ulang Tengku Fawwaz bersama senyuman manisnya.
Dup! Dap! Berdegup jantung Aryana apabila Tengku Fawwaz memanggilnya sayang. Terasa sesuatu perasaan halus menjalar ke dalam hatinya.
Tengku Fawwaz meletakkan kereta di bawah porch selepas pintu pagar automatik terbuka.
“Besarnya. You beli bila rumah ni?” tanya Aryana sebaik saja enjin kereta dimatikan.
“Hadiah dari papa dan mama selepas I tamat belajar.” Beritahu Tengku Fawwaz. “Jomlah kita keluar. I tak sabar nak makan kari kepala ikan you tu.”
“Assalamualaikum.” Tengku Fawwaz memberi salam sebaik saja mereka melangkah masuk. “Masuklah. I nak letak barang di dapur dulu.” Jemput Tengku Fawwaz apabila Aryana masih tercegat di depan muka pintu.
Aryana mengekori Tengku Fawwaz ke dapur setelah meletakkan beg tangannya di atas sofa. Rupa-rupanya rumah ini sudah cukup lengkap dengan perabot. Kemas dan tidak kelihatan kotor. Mungkin Tengku Fawwaz ada mengupah orang untuk menjaga rumah ini.
Keadaan dapur diperhati. Sangat kemas. Barang pun tersusun rapi. Bersih.
“Errrr... ada orang ke tinggal di sini sebelum ni?” soal Aryana ingin tahu. Matanya masih lagi memerhati sekeliling dapur. Besar.
“Tak ada tapi I upah orang untuk bersihkan rumah ni. Sebab tu kemas dan bersih.” Jelas Tengku Fawwaz yang sedang mengeluarkan barang-barang basah yang dibeli tadi.
“You pergilah naik mandi. Biar I buat semua ni.” Aryana menghampiri Tengku Fawwaz yang berdiri di island table.
“Tak mengapalah. You pergilah salin baju dulu ke,” suruh Tengku Fawwaz. Menghalang Aryana dari membantunya. Kesian juga pada Aryana. Mesti letih.
“Tak mengapa. Nanti berpeluh juga. Alang-alang ni, biar I masak terus saja.” Jika dia hendak salin baju, mahunya mengambil masa kerana dia akan mandi terlebih dahulu. Tidak selesa untuk menukar pakaian dan tidak mandi.
Aryana mula menyingsingkan lengan bajunya. Menunjukkan bahawa dia akan mula berperang di dapur. Ikan yang berada dalam singki, di cuci sehingga bersih. Selepas itu, dia mula menyediakan bahan-bahan untuk membuat kari kepala ikan.
“You nak I tolong apa-apa tak?” soal Tengku Fawwaz. Matanya ralit memerhati Aryana yang kelihatan sangat lincah di dapur. Cekap dan tidak kelihatan kekok.
“You tak nak naik mandi ke?” soalan Tengku Fawwaz tidak dijawab sebaliknya dia bertanya kepada Tengku Fawwaz.
“Kejap lagi boleh. I nak tolong you masak,” balas Tengku Fawwaz. Selepas membaca tips-tips untuk rumah tangga yang bahagia, tak salah rasanya kalau dia menolong isterinya memasak.
“It’s okay. I boleh masak sendiri.” Tolak Aryana lembut. Tidak mahu Tengku Fawwaz terasa hati. Dan dia tidak mahu menyusahkan suaminya kerana dia tahu yang suaminya penat.
“Tapi I masih nak tolong you. Cepatlah, apa yang I boleh tolong?” Tengku Fawwaz masih berkeras untuk membantu Aryana di dapur.
“Yalah. Ni, you tolong potong bawang. Lepas tu, basuhkan sayur sawi sekali.” Aryana mengalah. Selagi dia tidak membenarkan suaminya membantu dia, selagi itulah Tengku Fawwaz berkeras. Cepat sikit masakan dia siap.
“Baik, mem.” Jawab Tengku Fawwaz dalam gurauan.
Aryana menyanyi kecil sambil mengacau tumisan rempah ratus sementara dia memasukkan ikan ke dalam periuk. Tengku Fawwaz sudah dihalau keluar dari dapur dan menyuruh suaminya mandi kerana sudah tiada apa lagi yang boleh di tolong.
Api ditutup. Aryana tersenyum gembira kerana masakannya sudah siap. Tinggal untuk dihidangkan saja. Azan maghrib sudah kedengaran. Mungkin Tengku Fawwaz hendak solat maghrib dulu baru makan.
Anak tangga di langkah satu-persatu. Beg tangannya juga turut dibawa ke atas. Ketika tiba di tingkat atas, Aryana baru perasan yang dia lupa hendak bertanya Tengku Fawwaz, mana satu biliknya. Dan dia yakin yang suaminya tidak mahu berkongsi bilik dengannya.
Aryana turun ke bawah kembali. Bilik yang terletak berdekatan dengan ruangan dapur dihampiri. Tudung ditanggalkan. Dia melabuhkan duduk di birai katil bagi melepaskan lelahnya. Nasib baik dia bawa telekung solatnya bersama. Selesai berwuduk, Aryana menunaikan solat maghrib. Tidak mahu melengahkan waktu solat memandangkan maghrib sangat singkat.
Tengku Fawwaz melangkah masuk ke ruangan dapur. Matanya melilau mencari Aryana tetapi tiada. Ke mana isterinya pergi? Dari tadi dia menunggu Aryana naik ke bilik untuk solat maghrib bersama tetapi isterinya tidak naik ke bilik.
“Aryana!” panggil Tengku Fawwaz. Beg tangan isterinya juga tiada di atas sofa. Jangan kata isterinya pulang ke rumah ibu bapanya. Tengku Fawwaz mula menggelabah.
“Aryana.” Sekali lagi dia memanggil nama isternya.
“Ya, saya.” Buru-buru Aryana keluar selepas memberi salam. Sedikit menjerit.
Laju Tengku Fawwaz menerpa dan memeluk erat Aryana. Kepala Aryana dikucup. “Thanks God. I ingat you dah balik rumah mama tadi.” Tengku Fawwaz menarik nafas lega. Dipeluk Aryana erat.
Manakala, Aryana kaku di dalam pelukan Tengku Fawwaz. Terkejut. Tidak menyangka yang suaminya akan memeluknya.
“Maaf. I solat tadi.” Akhirnya Aryana bersuara. Kucupan hangat Tengku Fawwaz pada ubun-ubunnya menyedarkan Aryana dari rasa terkejut.
“Kenapa you tak masuk ke dalam bilik kita?” soal Tengku Fawwaz setelah meleraikan pelukan mereka.
“Errr... I tak tahu yang mana satu. Dan I tak nak you rasa tak selesa sebab kena berkongsi bilik dengan I.” Teragak-agak Aryana hendak menjawab. Bimbang dimarahi Tengku Fawwaz.
“Kenapa pula I tak selesa? Sebelum ini pun kita berkongsi bilik jugakan. Itukan bilik you juga. Bilik tidur kita.”
Sejuk hati Aryana mendengar perkataan ‘bilik kita’. Bermakna suaminya tidak kisah untuk berkongsi bilik dengannya di rumah ini.
“Maaf.” Pinta Aryana sekali lagi.
“Dah. You buka telekung dulu. I dah lapar ni. Daripada teringin nak makan kari ikan, you pula yang menjadi santapan I malam ni.” Gurau Tengku Fawwaz. Sengaja ingin mengenakan isterinya kerana dia suka melihat Aryana yang malu-malu.
“Ish! You ni!” laju Aryana meninggalkan Tengku Fawwaz di ruang tamu dan berlalu ke bilik tidur untuk meletakkan telekung solatnya.
Mereka melangkah ke dapur bersama-sama. Aryana menghidangkan makanan di atas meja makan sebelum meletakkan nasi di atas pinggan suaminya. Selepas membaca doa makan, mereka mula menjamu selera.
“Sedapnya you masak. Kari kepala ikan ni akan menjadi kegemaran I sekarang.”
Puji Tengku Fawwaz. Tidak sangka yang masakan Aryana sangat sedap. Tidak rugi dia memberi peluang untuk dia dan Aryana untuk hidup bersama. Bertuah dia kerana ada isteri yang pandai memasak.
“Terima kasih. Tambahlah lagi.” Mangkuk yang berisi nasi diambil dan diletakkan nasi ke dalam pinggan Tengku Fawwaz. Berselera sekali suaminya makan. Dan dia gembira kerana suaminya suka dengan masakannya.
“Memang I nak tambah pun. Kalau you masak hari-hari macam ni, boleh gemuk I,” ujar Tengku Fawwaz. Kuah kari diceduk ke dalam pinggan nasinya bersama dengan lauk.
“You cakap saja nak makan apa. Insya-Allah, I cuba masak.” Beritahu Aryana. Dia tidak kisah jika Tengku Fawwaz meminta dia memasak hari-hari. Malah dia suka.
“Baiklah.” Angguk Tengku Fawwaz. Suka apabila Aryana sudah memberi lampu hijau dan maksudnya dia boleh minta apa saja dengan isterinya.
“Alhamdulillah. Kenyang.” Ujar Tengku Fawwaz sambil menggosok perutnya yang kenyang. “Thank you again Aryana sebab sudi masakan untuk I.”
“Welcome. Dan memang itu tanggungjawab I sebagai seorang isteri.” Jawab Aryana yang sedang membasuh pinggan di singki. Tengku Fawwaz hendak menolong tetapi awal-awal lagi dia menghalang.
“You pergilah berehat. Mesti letihkan.” Suruh Aryana apabila melihat Tengku Fawwaz masih tidak berganjak dari kerusi yang diduduki. Sebenarnya, dia tidak selesa dengan renungan suaminya.
“Kalau I letih, you pun letih.” Balas Tengku Fawwaz. “Tak mengapa. I tunggu you. Nanti kita rehat sama-sama.”
Dan ayat terakhir Tengku Fawwaz membuatkan Aryana berasa seram sejuk. Yang itu, kalau boleh dia ingin elakkan. Tetapi rasa macam tak ada peluang saja untuk melarikan diri.
Setelah selesai membasuh pinggan-mangkuk, Aryana melangkah keluar dari dapur. Diikuti Tengku Fawwaz dari belakang. Baru saja kaki Aryana hendak melangkah masuk ke dalam bilik yang berhampiran ruangan dapur itu, laju tangan Tengku Fawwaz menarik tangan Aryana.
“You salah masuk bilik. Bilik kita kat atas.” Ujar Tengku Fawwaz.
“Tapi...”
“Tak ada tapi-tapi. Malam ni you tidur dengan I. Jangan nak mengelak.” Tegas Tengku Fawwaz. Kedengaran seperti terdesak tetapi kisah apa. Janji Aryana tidur di sebelahnya malam ni. Jika malam-malam sebelum ini Aryana boleh mengelak dengan melarikan diri ke bilik adiknya, Farhana sekarang tidak lagi.
“Errr... baiklah. Tapi I nak ambil beg tangan dulu.” Terpaksa bersetuju. Tidak berani melawan apabila Tengku Fawwaz kelihatan serius dan tegas.
“Okey. Cepat sikit.” Angguk Tengku Fawwaz sambil matanya tidak lepas memandang Aryana. Dia berdiri di muka pintu bilik.
Selepas Aryana mengambil beg tangan dan juga telekung solatnya, Tengku Fawwaz menarik tangan Aryana menuju ke tingkat atas. Setibanya di tingkat atas, pintu bilik utama dibuka. Terpegun Aryana dengan dekorasi bilik yang sangat tersusun rapi dan kemas. Tema warna putih merah memenuhi ruang bilik tidur itu.
“Cantik. Pandai you hias bilik tidur ni.” Puji Aryana sambil memerhati sekeliling bilik itu.
“Terima kasih. I bersyukur kalau you suka. Tapi kalau you tak suka pun, I sanggup tukar warna tema bilik ni.” Tengku Fawwaz melabuhkan duduknya di birai katil.
“Tak perlu tukar. I tak kisah pun. Inikan bilik you.” Geleng Aryana.
“Bilik kita.” Kata-kata Tengku Fawwaz membuatkan Aryana mengoyak senyumannya. Bahagia rasanya hati apabila suaminya menyebut perkataan ‘kita’.
“Baju you ada dalam walk in closet. I dah sediakan semua kelengkapan you. You tinggal pilih saja.” Beritahu Tengku Fawwaz kepada Aryana. Dia sudah menyediakan semua kelengkapan untuk isterinya.
“Okey. I pergi mandi dulu ya.”
Langkah Aryana dihantar dengan ekor mata Tengku Fawwaz. Berada berdua dengan Aryana menghadirkan rasa yang dia sendiri sukar ungkapkan tetapi hatinya bahagia. Malah, jika tidak melihat isterinya dalam masa satu hari, hatinya terasa rindu ingin menatap wajah itu.
Oh! Aryana, apa yang you dah buat pada I?
Badannya direbahkan di atas katil. Matanya tidak lepas dari memandang pintu bilik air. Manalah tahu tiba-tiba Aryana keluar dengan hanya memakai tuala. Untung dia.
Eh! Apa yang aku melalut ni?
Hampir 10 minit berada di dalam bilik air, akhirnya Aryana keluar. Ketika itu Tengku Fawwaz sudah pun terlelap di atas katil. Penat menunggu Aryana, akhirnya tertidur. Manakala Aryana menarik nafas lega apabila melihat suaminya sudah lena.
Tipulah kalau dia tidak rasa berdebar. Jantungnya berdegup kencang. Lagi-lagi bila berduaan dengan orang yang dia cintai. Cumanya, dia tidak berani untuk memberi peluang kepada hatinya untuk menerima Tengku Fawwaz dan tidak mahu pisang berbuah dua kali. Oleh sebab itulah, dia meminta ruang dan masa daripada suaminya. Tidak mahu membuat keputusan yang terburu-buru.
Selesai melalukan rutin hariannya sebelum tidur, Aryana membaringkan badannya di atas sofa yang terletak di hujung katil. Untuk tidur di atas katil, dia risau jika Tengku Fawwaz marah. Ya, walaupun dia nampak Tengku Fawwaz sudah menerimanya tetapi dia tidak tahu apa yang ada di dalam fikiran suaminya itu. Manalah tahu jika suaminya tidak suka berkongsi katil dengannya.
Tengku Fawwaz tersedar dari lenanya. Terus bangun dan menuju ke tandas. Selesai menunaikan hajatnya, dia melangkah keluar. Matanya melihat Aryana tiada di atas katil. Di mana isterinya tidur?
Dan saat matanya menangkap sekujur tubuh yang lena di atas sofa, nafas lega ditarik. Dia menghampiri Aryana yang sedang lena di atas sofa itu. Alahai, isteri! Kenapa tak tidur atas katil.
Tubuh Aryana di angkat dan diletakkan di atas katil. Lampu bilik ditutup dah hanya lampu tidur dibiarkan menyala. Tengku Fawwaz turut merebahkan badannya di atas katil, di sebelah Aryana. Pinggang Aryana dirangkul erat. Dahi Aryana dikucup sebelum dia menutup mata.
Tidur lena ya sayang!
mext chapter will be update tomorrow.
Share this novel