PESANAN ringkas dari adik iparnya, Tengku Farhana di pandang tidak berkelip. Puan Zakiyah menjemputnya makan malam dan bermalam di sana? Tiba-tiba dia rasa berat hati untuk menjejakkan kakinya di banglo mewah milik Tengku Abdul Majid.
Kalau dulu, tanpa Puan Zakiyah menjemputnya, pasti dia akan bertandang ke sana setiap hujung minggu. Tetapi kini tidak lagi kerana kehadiran Tengku Fawwaz di sana.
Dan Aryana rasa sudah masuk dua minggu dia tidak pulang ke banglo mewah itu. Puan Zakiyah ada menelefonnya tetapi dia memberi alasan sibuk di hospital sedangkan dia cuba untuk mengelak daripada bertemu dengan Tengku Fawwaz. Jawapan tentang soalan Tengku Fawwaz juga masih belum diberikan lagi.
Aryana melepaskan keluhannya perlahan. Kalau dia tidak pergi, mesti mentuanya terasa hati tapi kalau dia pergi, Tengku Fawwaz ada di sana. Dah la, sewaktu di hospital, sehabis mungkin dia mengelak daripada terserempak dengan Tengku Fawwaz.
Pergi atau tidak?
Akhirnya Aryana memutuskan untuk pergi dan berharap, Tengku Fawwaz on call. Tidak mungkin pula dia akan bertanya sama ada lelaki itu bertugas atau tidak.
Tamat saja waktu kerja, Aryana memandu keluar dari hospital dan menuju ke rumah mertuanya yang terletak di kawasan Putrajaya. Dalam hatinya, sehabis mungkin berdoa semoga Tengku Fawwaz kena on call malam nanti. Jadi, tak perlulah dia terserempak dengan lelaki itu.
Tiba saja di perkarangan banglo mewah Tengku Abdul Majid, Aryana menarik nafas lega. Kereta Tengku Fawwaz tiada di porch. Nasib baik.
“Assalamualaikum.” Salam diberikan sebaik saja di berdiri di muka pintu utama.
“Waalaikumussalam.” Jawab Puan Zakiyah dengan gembira. “Sampai juga menantu mama. Ingatkan tak nak datang dah.” Puan Zakiyah menyambut Aryana di muka pintu utama dengan gembira.
“Mana boleh tak datang. Lagipun, dah lama Yana tak datang melawat mama dan papa. Mama sihat?” balas Aryana. Tangan Puan Zakiyah dicium.
“Alhamdulillah. Sihat. Macam yang Yana tengok sekarang ni,” balas Puan Zakiyah. Aryana dibawa ke dalam pelukannya.
“Kalau ya pun nak melepaskan rindu dengan menantu awak tu, suruh la Yana masuk dulu,” tegur Tengku Abdul Majid yang baru saja turun dari tingkat atas.
“Allah... lupa pula mama nak ajak Yana masuk.” Puan Zakiyah menepuk dahinya. Teruja kerana sudah lama tidak jumpa menantunya. “Jom kita masuk.” Puan Zakiyah menarik tangan Aryana masuk ke dalam rumah.
Dan Aryana hanya tersenyum dengan kelakuan ibu mentuanya.
“Yana naik rehat atas dulu ya.” Suruh Puan Zakiyah. Faham yang menantunya penat.
“Baik, mama.” Angguk Aryana. Kakinya mula melangkah ke tingkat atas.
Eh! Lupa nak tanya mama, barang-barang dia masih ada di dalam bilik tu lagi ke?
“Kak Yana bila sampai?” Tegur Tengku Farhana yang kebetulan baru keluar dari biliknya.
“Hana... baru saja. Ni nak ke mana?” soal Aryana.
“Nak keluar kejap. Jumpa kawan,” balas Tengku Farhana.
“Oh... errr... Hana, barang-barang kak Yana masih ada dalam bilik tu ke?” soalan Aryana membuatkan Tengku Farhana tersenyum dan mengangguk.
“Mama tak bagi Hana bawa keluar barang-barang kak Yana. Mama kata, biarlah dalam bilik tu,” jelas Tengku Farhana.
“Ooo...” hanya itu yang mampu Aryana balas. Dan saat itu, sekali lagi dia berdoa Tengku Fawwaz on call malam nanti.
“Hana pergi dulu ya kak. Kita jumpa malam nanti.” Tengku Farhana meminta diri untuk berlalu kerana dia sudah lewat.
“Baiklah.” Angguk Aryana dengan hati yang risau.
Aryana melangkah masuk ke dalam bilik yang dia huni sebelum tuan punya bilik ini pulang. Bau minyak wangi Tengku Fawwaz menusuk hidungnya.
Wangi!
Sebaik saja meletakkan beg tangan di atas katil, dia menanggalkan tudung sebelum merebahkan badan di atas katil. Ingin berbaring seketika sebelum membersihkan badan.
Tengku Fawwaz melangkah masuk ke dalam biliknya. Beg kerja di letakkan di atas sofa. Butang baju kemejanya dibuka satu persatu. Matanya mencari kelibat Aryana di dalam bilik itu tetapi tidak kelihatan. Tadi mama kata Aryana tidur di sini. Ke Aryana ada dalam bilik Hana? Tetapi beg tangan isterinya ada di atas katil mereka.
Baju kemejanya dicabut dan diletakkan di dalam bakul baju kotor. Dan ketika itu, senyuman terukir di bibirnya. Bunyi pancuran air dari dalam bilik air menyatakan Aryana sedang mandi. Tengku Fawwaz duduk di atas katil sambil membelek majalah kesihatan yang baru saja dia bawa pulang tadi.
Bunyi pintu bilik air dibuka membuatkan Tengku Fawwaz mengangkat wajahnya. Dan saat itu, matanya terpaku pada tubuh seksi milik Aryana yang hanya berkembang dengan kain tuala. Matanya terpaku pada tubuh seksi isterinya. Air liur yang ditelan terasa kesat.
“Arghh!” Aryana menjerit saat melihat Tengku Fawwaz berada di atas katil. Lantas dia menutup pintu bilik air kembali. Saat itu, jantungnya usah dikatakan lagi. Rasa nak pecah pun ada.
Tengku Fawwaz yang mendengar jeritan Aryana cepat-cepat bangun dari katil dan menghampiri pintu bilik air. “Aryana.” Panggil Tengku Fawwaz sambil mengetuk pintu itu.
Tetapi tiada sahutan dari Aryana.
“Are you okay?” tanya Tengku Fawwaz sedikit risau.
Masih juga senyap.
“Aryana... kalau you tak jawab, I tendang pintu bilik air ni!” Tengku Fawwaz mula mengugut Aryana. Hatinya risau jika terjadi sesuatu kepada Aryana. Manalah tahu pengsan akibat terkejut.
“I okey.” Akhirnya Aryana menjawab panggilan Tengku Fawwaz setelah suaminya mengugut dia.
Masih belum hilang rasa terkejutnya itu. Tidak sangka yang Tengku Fawwaz ada dalam bilik itu juga.
“Habis tu yang you duduk di dalam bilik air tu kenapa? Keluarlah. I nak mandi pula,” ujar Tengku Fawwaz.
“Errr... you boleh tolong I tak?” jerit Aryana dari bilik.
“Tolong apa?” balas Tengku Fawwaz dengan menjerit juga.
“Tolong ambilkan baju I. Dalam almari.” Pinta Aryana. Mahu atau tak, terpaksa dia meminta pertolongan Tengku Fawwaz. Dan tak mungkin dia akan keluar dari bilik air dengan berkembang. Silap hari bulan, Tengku Fawwaz kerjakan dia. Seram!
“Okey. Kejap!” balas Tengku Fawwaz sebelum berlalu ke walk in closet.
Pintu bilik air diketuk kembali oleh Tengku Fawwaz. “Baju you.”
Perlahan-lahan Aryana membuka pintu bilik air. Dia menyorok di sebalik pintu. Hanya tangan saja yang dihulurkan.
Dan Tengku Fawwaz mendapat idea untuk mengusik Aryana.
Saat Aryana hendak mencapai baju yang berada di tangan dia, sengaja Tengku Fawwaz melarikan tangannya menjauhi tangan Aryana.
“Fawwaz!” marah Aryana apabila Tengku Fawwaz mempermainkan dia.
“Yang you sembunyi di belakang pintu tu kenapa? Malu ke?” soal Tengku Fawwaz sambil tersenyum mengusik.
Aryana diam. Tidak membalas usikan Tengku Fawwaz tetapi dia menahan geram di sebalik pintu.
“Tak payah nak malulah. I dah tertengok tadi. Seksi juga ya you, sayang.” Semakin galak Tengku Fawwaz mengusik Aryana. Ingin saja dia ketawa tetapi ditahan. Rupa-rupanya best juga ada isteri ya.
“Tengku Fawwaz!” Aryana mengancing giginya. Geram dengan usikan Tengku Fawwaz.
“Okay. I gurau saja. Nah! Ambil lah baju you ni.” Dihulur kembali baju milik Aryana.
Dan Aryana mengambil baju dia dengan kasar di tangan suaminya dan menghempas pintu dengan kuat. Tetapi masih sempat dia mendengar soalan Tengku Fawwaz yang dia rasa nak selam lelaki itu ke dalam air terjun buatan di taman.
“Bra you saiz berapa?”
Pintu bilik air dibuka dari dalam. Ketika Aryana keluar Tengku Fawwaz sedang berbaring di atas katil sambil bermain telefon pintarnya. Melihat Tengku Fawwaz tanpa rasa bersalah menayangkan tubuhnya berotot, Aryana memilih untuk berpaling ke arah lain. Dia pula yang berasa malu.
“Dah siap?” soal Tengku Fawwaz sambil bangun dari pembaringannya. Selamba dia berdiri di depan Aryana dengan hanya memakai tuala dan mendedahkan badannya yang berketul-ketul itu.
Manakala, pipi Aryana sudah merah kerana malu.
“Dah.” Angguk Aryana tanpa berpaling ke arah Tengku Fawwaz.
Melihat Aryana sedikit pun tidak berpaling ke arahnya, idea nakal Tengku Fawwaz mula muncul untuk mengusik isterinya itu. “Ni, kenapa pipi merah tu? Terlebih pakai blusher ke?” pipi Aryana yang bertukar warna disentuh tanpa sempat Aryana mengelak.
“Ish!” tangan Tengku Fawwaz ditepis dan Aryana menjauhkan dirinya daripada suaminya dengan muka sengaja dimasamkan untuk cover malunya. Kenapa Tengku Fawwaz berubah tiba-tiba ni? Sejak bila lelaki di hadapannya ini pandai mengusik orang?
“Malu.” Komen Tengku Fawwaz sebelum berlalu ke bilik air dengan senyuman mengusik terukir di bibirnya.
Aryana menjeling Tengku Fawwaz dengan tajam sekali walaupun Tengku Fawwaz tidak mungkin nampak. Menyakitkan hati betul!
Sebelum Tengku Fawwaz keluar dari bilik air, Aryana memilih untuk keluar dari bilik lelaki itu dan turun ke bawah. Dapur dituju. Puan Zakiyah bersama dengan bibik sedang memasak di dapur. Aryana mula menghampiri ibu mertuanya.
“Mama masak apa tu?” dipanjangkan sedikit tengkuknya untuk melihat apa yang berada dalam periuk.
“Asam pedas. Dah solat?” jawab Puan Zakiyah.
“Cuti.” Sengih Aryana. “Ada apa-apa yang Yana boleh tolong?” Aryana berasa tidak selesa apabila berada di dapur dan tidak melakukan apa-apa.
“Yana tolong potong buah tembikai saja. Yang lain semuanya dah siap,” balas Puan Zakiyah.
“Maaf ya mama tak tolong mama memasak hari ni. Yana tertidur tadi. Letih.” Aryana memohon maaf kerana rasa bersalah tidak menolong ibu mertuanya.
“Tak mengapa. Malam ni biar mama saja yang masak. Fatin pun mama halau keluar tadi,” beritahu Puan Zakiyah. Ikan dimasukkan ke dalam periuk. Dan dibiarkan mendidih.
“Terima kasih mama kerana memahami mama.” Dan Puan Zakiyah membalasnya dengan senyuman.
Aryana bersyukur kerana dia memilik seorang ibu mentua yang sangat penyayang dan memahami. Tidak pernah menyalahkan dia di atas apa yang terjadi. Dan kerana itulah dia masih lagi baik dengan ibu mentuanya dan menganggap ibu mentuanya seperti ibu kandung sendiri.
“Kak Yana!” Bahu Aryana dipeluk dari belakang oleh Tengku Farhana.
“Allah! Terkejut akak tau.” Aryana mengurut dadanya. Terkejut dengan sergahan adik iparnya.
“Hehe... sorry.” Pohon Tengku Farhana.
“Baru balik ke?” soal Aryana.
“Lama dah balik. Baru lepas solat isyak.” Jawab Tengku Farhana. Buah tembikai yang sudah dipotong dimasukkan ke dalam mulutnya.
Aryana menepuk tangan Tengku Farhana yang hendak mengambil sepotong lagi. “Makan kejap lagi. Kan tak sempat yang lain nak makan, dah licin buah tembikai ni.”
Dan Tengku Farhana hanya tersengih dengan teguran kakak iparnya sebelum mengambil sepotong tembikai dan melarikan diri ke luar. Aryana hanya mampu geleng kepala dengan perangai adik iparnya yang perangai tak ubah seperti kanak-kanak kecil.
Tengku Abdul Majid mengambil tempat di hujung meja makan. Puan Zakiyah pula berada di sebelah kanan suaminya. Dan yang lain sudah mengambil tempat masing-masing di meja makan itu. Saat Aryana tiba di ruang makan, tempat yang kosong yang ada cuma di sebelah Tengku Fawwaz. Aryana tiada pilihan lain. Bersama keluhan, Aryana berjalan ke arah kerusi kosong tersebut.
Tengku Fawwaz yang berada di sebelah menyimpan senyumannya. Bukan dia tidak nampak wajah tidak puas hati Aryana tetapi sengaja buat-buat tidak perasan. Sengaja dia menyuruh adiknya, Tengku Farisya duduk di tepi Tengku Farhana. Senang sikit dia nak membuli Aryana.
“Makan Yana. Jangan malu-malu. Buat macam biasa.” Tengku Abdul Majid bersuara.
“Baik, papa.” Angguk Aryana.
“Kenapa tak makan tu? Mama masak tak sedap ke?” tegur Puan Zakiyah apabila melihat Aryana lebih banyak termenung daripada makan.
“Eh! Sedap mama. Masakan mama memang tip top!” puji Aryana sambil tersenyum.
“Habis tu. Kenapa dari tadi mama tengok termenung saja? Yana ada masalah ke?” Puan Zakiyah masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan menantunya.
“Errr... tak. Teringat kerja di hospital.” Bohong Aryana. Sebenarnya dia sedang fikirkan, di mana dia hendak tidur malam nanti. Takkan nak berkongsi bilik dengan Tengku Fawwaz pula?
“Oh! Tak payah fikirkan sangat kerja tu. Sampai bila tak habis. Dah, makan!” nasihat Puan Zakiyah. “Fawwaz, bagi Yana asam pedas tu. Mama tengok sikit saja kuah yang Aryana ambil tu.” Suruh Puan Zakiyah.
Dan Tengku Fawwaz dengan rela hati mengambil asam pedas tersebut dan meletakkan kuah ke dalam pinggan nasi milik Aryana.
Manakala, yang lain melihat aksi Tengku Fawwaz mula mengukir senyuman gembira kerana Tengku Fawwaz sudah tidak membantah dan dari tadi asyik tersenyum bahagia. Puan Zakiyah yakin yang Tengku Fawwaz sudah mampu menerima Aryana.
“Nak apa-apa lagi?” soal Tengku Fawwaz sebaik saja meletakkan mangkuk yang berisi asam pedas di atas meja kembali.
Aryana membalasnya dengan gelengan kepala sahaja sebelum menyambung suapan ke dalam mulutnya. Rasa pelik apabila Tengku Fawwaz melayannya dengan baik. Bukankah lelaki itu tidak sukakan dia ke?
Selesai makan malam, Aryana menawarkan diri untuk membasuh pinggan walaupun sudah ditegah oleh Puan Zakiyah. Aryana malas hendak berdepan dengan Tengku Fawwaz buat masa ini kerana dia tahu yang suaminya pasti akan menagih jawapan daripada dia. Dan dia masih tidak punyai jawapan lagi tentang permintaan suaminya itu.
“Lama lagi ke nak siap basuh pinggan tu?”
Tegur Tengku Fawwaz yang baru saja masuk ke dapur. Sudah puas dia menunggu Aryana di ruang tamu tetapi tidak juga nampak kelibat isterinya itu. Selepas mengetahui yang Aryana berada di dapur, laju saja kakinya melangkah ke situ tanpa menghiraukan pandangan papa dan mamanya.
“Kenapa?” soal Aryana sambil mencuci saki baki pinggan di dalam sinki.
“Nak ajak you tidurlah, sayang.” Selamba Tengku Fawwaz menjawab soalan Aryaana.
Hampir saja pinggan di tangannya terlepas. Terkejut dek kata-kata yang keluar dari mulut Tengku Fawwaz. Lelaki di hadapannya sudah hilang ingatan ke? Atau buat-buat lupa yang hubungan mereka bermasalah.
“Pergilah tidur. Malam ni I tidur dengan Hana,” ujar Aryana tanpa memandang ke arah Tengku Fawwaz.
“Tak boleh! Malam ni tidur dengan I.” Laju Tengku Fawwaz membangkang kata-kata Aryana. “Dan I tak izinkan you tidur dengan Hana!”
“Suka hati I lah nak tidur dengan siapa.” Jeling Aryana sebelum menyambung kata-katanya. “Dan I tetap akan tidur dengan Hana malam ni!” ujar Aryana. Nekad walaupun ada getar di hati kerana melawan kata-kata seorang suami.
“I cakap tak boleh, tak bolehlah! Faham? Dah malam ni tidur dengan I! Muktamad!” tegas Tengku Fawwaz. Tidak mahu mengalah dengan Aryana.
“Tak faham dan tak nak faham!”
“You pilih sama ada nak masuk dalam bilik dengan kaki sendiri atau I dukung?”
Kali ini Tengku Fawwaz mengugut isterinya. Sudah tiada cara lain. Bunyi macam terdesak saja dan dia tidak kisah. Janji malam ni, dia tidur ada isteri di sebelah. Lagipun, dia ada perkara yang hendak dibincangkan dengan isterinya itu.
“You ni tak reti...” terhenti kata-kata Aryana apabila Tengku Fawwaz memeluk pinggangnya dari belakang dan mencium batang tengku Aryana di sebalik tudung yang dipakainya.
“Apa awak buat ni Fawwaz?” marah Aryana. Terkejut dengan tindakan berani suaminya.
“Cium isteri I yang degil ni,” balas Tengku Fawwaz. Bersahaja.
Dia tahu yang Aryana terkejut dengan perubahan dirinya. Dan dia biarkan saja. Sudah dia kata yang dia ada misinya yang tersendiri.
Manakala Aryana menahan geram di dalam hati. Berani Tengku Fawwaz menciumnya!
“Tidur dengan I ya.” Bukan permintaan tetapi suruhan.
Aryana tidak membalas apa-apa sebelum meneruskan membilas pinggan yang terakhir. Selesai membasuh pinggan, Aryana berlalu keluar dari dapur.
“Tak nak!” masih sempat dia membalas sebelum membawa langkahnya keluar. Tidak hiraukan pandangan Tengku Fawwaz yang tajam dan penuh amaran itu.
Tanpa sempat Aryana melepasi ruang makan, tiba-tiba dia terasa tubuhnya melayang. “Argh!” jerit Aryana. Terkejut apabila merasa kakinya tidak memijak lantai.
“Apa ni Fawwaz?” marah Aryana setelah menyedari Tengku Fawwaz mengangkatnya. Dada bidang Tengku Fawwaz ditampar kerana sakit hati dengan tindakan lelaki itu.
“Bawa isteri I masuk bilik.” Selamba Tengku Fawwaz menjawab sambil melangkah ke arah tangga.
Baru saja Aryana ingin meronta meminta Tengku Fawwaz menurunkannya, suara Puan Zakiyah yang menegur mereka membuatkan tindakan Aryana terbantut. Tidak jadi Aryana hendak memarahi Tengku Fawwaz.
“Amboi! Romantiknya.” Teguran dari Puan Zakiyah membuatkan Aryana ingin sorokkan muka saat itu. Malu. Jangan ibu mertuanya fikirkan yang bukan-bukan sudah.
“Mestilah. Anak papa kan,” ujar Tengku Abdul Majid yang sedang menonton televisyen di ruang keluarga.
“Selamat malam, papa, mama.” Ucap Tengku Fawwaz. Sambil membalas senyuman papa dan mamanya. Dia tahu yang mama dia gembira apabila melihat dia baik dengan Aryana.
Tak salah jika dia beri peluang pada dirinya dan Aryana untuk hidup bersama dan mengenali dengan lebih rapat. Belajar menghargai apa yang dia miliki sekarang ini.
Manakala Aryana yang berada di dalam dukungan Tengku Fawwaz menyorokkan mukanya yang merah itu di sebalik dada bidang Tengku Fawwaz. Mentuanya pun satu kepala dengan Tengku Fawwaz. Memang tiada peluanglah untuk dia melepaskan diri selepas ini walaupun jauh di sudut hatinya sangat gembira dengan perubahan Tengku Fawwaz walaupun masih ada rasa ragu-ragu sedikit.
Sebaik tiba di dalam bilik tidur mereka, Tengku Fawwaz meletakkan Aryana di atas katil dengan perlahan. Dia turut duduk di sisi Aryana. Manakala Aryana mula menjarakkan dirinya dengan Tengku Fawwaz.
“Stay still!” arah Tengku Fawwaz.
Tetapi Aryana tetap juga degil. Dia masih lagi menjarakkan dirinya dengan Tengku Fawwaz yang semakin mengengsot ke arahnya.
“Aryana! I said, stay still! Or I do more than this.” Amaran berbau ugutan keluar dari mulut Tengku Fawwaz. Geram kerana Aryana semakin menjauhkan diri daripadanya. Sengaja hendak menguji kesabaran dia.
Tetapi tidak dihiraukan akan ugutan Tengku Fawwaz itu. Aryana tetap juga menjauhkan diri dari Tengku Fawwaz sehinggalah Tengku Fawwaz bertindak merangkul pinggang Aryana.
“Apa ni Fawwaz?” marah Aryana dengan tindakan berani Tengku Fawwaz ke atas dirinya.
Tengku Fawwaz tidak menjawab pertanyaan Aryana malah menarik Aryana semakin dekat dengan dia dan membisikkan sesuatu di telinga Aryana.
“I bukan nak ambil kesempatan tetapi nak selamatkan you daripada jatuh katil, sayang.”
Aryana diam tidak membalas selepas mendengar bisikan dari encik suami. Dia tersalah tafsir. Mukanya sudah berubah rona. Malu kerana terfikirkan perkara lain.
“You fikir apa Aryana?” usik Tengku Fawwaz dengan senyuman yang tersungging di bibirnya.
“Tak…aa...ada...apa...apa...” balas Aryana gagap.
Laju Aryana menggelengkan kepalanya seraya menolak dada Tengku Fawwaz dengan kuat sehingga lelaki itu terlentang di atas katil dan Aryana berada di atas dada Tengku Fawwaz kerana lelaki itu menarik sekali pinggang Aryana.
“Kenapa tak cakap awal-awal yang you nak kita macam ni?”
Bisikkan Tengku Fawwaz membuatkan Aryana malu. Wajahnya berona merah kembali. Dia cuba leraikan tangan Tengku Fawwaz yang memegang kejap pinggangnya tetapi tidak berjaya.
“Lepaslah!” pinta Aryana agak keras. Untuk menutup malunya.
“Tak nak. I rasa romantik pula dalam keadaan begini,” ujar Tengku Fawwaz romantik bersama senyuman gatalnya.
“Jangan nak mengada-ngada. Lepas cepat. Kalau tak I...”
“Kalau tak you nak buat apa? Nak rogol I?”
Terbuntang mata Aryana apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut suaminya yang tak ada tapisan langsung. Dia pula yang malu.
“Apa yang you merapu ni!” marah Aryana. Tangannya menampar bahu encik suami dengan geram.
“Oh! Tak eh? Salah ke apa yang I cakap?” masih lagi mengusik Aryana. Mood mengusiknya sedang on sekarang.
“Ya. Memang salah. Dan you nak tahu apa yang I akan buat?” senyum Aryana penuh misteri.
Kali ini Tengku Fawwaz pula saspens dengan apa yang bakal Aryana lakukan.
“Apa?” soal Tengku Fawwaz. Ingin tahu apa yang isterinya bakal lakukan.
Perlahan-lahan Aryana merayapkan tangannya di atas perut Tengku Fawwaz. Mengusap lembut perut suaminya itu.
“Are you seducing me?” soal Tengku Fawwaz sambil menahan godaan sang isteri. Terkejut dengan tindakan berani sang isteri tetapi dia suka.
“Nope.” Geleng Aryana dengan senyuman yang tersungging di bibir. Dan tanpa amaran, Aryana mencubit perut Tengku Fawwaz. Kuat sehingga menjerit Tengku Fawwaz dan terlepas tangannya daripada merangkul pinggang Aryana.
Pada kesempatan itu, Aryana meloloskan diri dan cepat-cepat menuruni katil. Menjauhi Tengku Fawwaz. Dia tahu, mesti kejap lagi lelaki itu akan memarahinya.
“Apa ni Aryana?” soal Tengku Fawwaz separuh bengang. Geram pun ada. Mati-matian dia ingat yang isterinya ingin menggodanya tetapi sebaliknya yang berlaku.
“I cubit you.” Selamba Aryana mengaku. Tidak ada rasa bersalah langsung.
Pengakuan dari Aryana membuatkan Tengku Fawwaz semakin bengang. Boleh isterinya selamba mengaku begitu saja. Tiada rasa bersalahkah?
“Cubit I? Tak reti nak minta maaf? I suami you tahu!” soal Tengku Fawwaz tegas. Tiada sekelumit senyuman pun pada bibirnya.
Melihatkan wajah Tengku Fawwaz yang tiada sekelumit senyuman, membuatkan Aryana rasa takut dan bersalah. Suaminya marahkah?
“Errr... I’m sorry. I tak ada niat pun nak sakitkan you.” Aryana memohon maaf.
“Betul ke? Habis tu yang you goda I separuh jalan tadi tu apa? Tak ada niat juga ke?” sinis Tengku Fawwaz.
“Errr... sebenanrya... errr... I...” Aduh! Masa ni lah nak gagap. Aryana memarahi diri sendiri. Tapi bila masa pula dia goda suaminya?
“You apa?” pintas Tengku Fawwaz apabila melihat Aryana tergagap-gagap hendak membalas kata-katanya. Suaranya sengaja di buat seperti dia sedang marah tetapi hakikatnya di dalam hati bukan main dia gelakkan isterinya itu. Ingin ketawa melihat wajah cuak isterinya.
“Tak ada apa-apa.” Cepat-cepat Aryana menggeleng apabila melihat wajah serius Tengku Fawwaz. Tidak berani hendak menjawab pula.
“Mana boleh tak ada apa-apa. Baik you beritahu sebelum I balas balik apa yang you buat tadi,” ujar Tengku Fawwaz separuh mengugut.
“Tak ada apa-apalah.” Geleng Aryana. Lebih baik dia diam daripada bersuara.
“Betul ni tak ada apa-apa?” soal Tengku Fawwaz sambil melangkah menghampiri Aryana.
“Ya. Betul. Tak ada apa-apa.” Angguk Aryana sambil mengundur ke belakang apabila Tengku Fawwaz semakin menghampirinya sehinggalah dia terperangkap di antara Tengku Fawwaz dan dinding.
“Sebab you dah cubit I, I rasa I nak cubit you balik.”
Beritahu Tengku Fawwaz dengan senyuman nakalnya. Tangannya sudah memerangkap Aryana. Kiri dan kanan.
“Apa you nak buat ni?” soal Aryana takut-takut apabila wajah Tengku Fawwaz semakin menghampiri wajahnya.
“Nak goda you dulu. Lepas tu baru I cubit you. Macam yang you buat pada I.”
Senyum Tengku Fawwaz nakal.
Tengku Fawwaz semakin menghampiri wajah Aryana sehinggalah matanya turun menatap batang tengkuk Aryana yang terdedah. Dan tanpa amaran dia membenamkan wajahnya pada tengkuk isterinya.
Aryana yang terkejut dengan tindakan tidak terduga Tengku Fawwaz, berusaha menolak lelaki itu tetapi tidak berjaya. Dia merasakan Tengku Fawwaz melakukan sesuatu kepadanya. Dengan sekuat tenaga yang dia ada, akhirnya Aryana berjaya menolak Tengku Fawwaz menjauhi dirinya.
“Apa you buat ni?” marah Aryana.
“Tak ada buat apa-apa. I cuma terbuat love bite sa
ja pada leher you.” Jujur Tengku Fawwaz. Cukup selamba.
Wajah Aryana sudah merah padam menahan marah. Meja solek dihampiri dan menilik tengkuknya. Love bite yang dibuat oleh Tengku Fawwaz jelas kelihatan. Aryana mendengus sambil berpaling ke arah Tengku Fawwaz yang sedang santai berbaring di atas katil. Sejak bila entah lelaki itu ada di situ. Jelingan tajam dihadiahkan buat lelaki itu.
“I hate you!” ujar Aryana sebelum berlalu keluar dari bilik tidur itu tanpa sempat ditahan oleh Tengku Fawwaz. Wajahnya usah dikatakan lagi, tiada secalit senyuman pun yang terukir pada bibir.
Dan Tengku Fawwaz hanya mampu melihat sang isteri berlalu pergi. Itulah. Buat perangai lagi. Kan dah mendapat.
Rasa senang hatinya malam ini.
Next chapter will update tomorrow. Thank you.
Share this novel