HUBUNGAN Tengku Fawwaz dan Aryana semakin rapat dan erat. Sejak Tengku Fawwaz membuat keputusan untuk membuka pintu hatinya buat Aryana, hati Tengku Fawwaz diisi dengan bunga-bunga cinta yang semakin mekar. Cuma, Tengku Fawwaz masih lagi ragu-ragu dengan perasaan sendiri. Sama ada betul atau tidak dia betul-betul cinta Aryana?
Layanan Aryana yang baik dan tidak pernah meninggi suara terhadapnya membuat Tengku Fawwaz semakin jatuh hati pada Aryana. Jujurnya, tingkah-laku Aryana benar-benar mencairkan hatinya. Tetapi Tengku Fawwaz tidak pasti sama ada Aryana masih cintakan dia atau tidak.
Rancangan Tengku Fawaaz untuk membawa Aryana bercuti ke Sabah masih lagi menjadi rahsia tetapi sudah dipesan kepada Aryana agar memohon cuti selama tiga hari memandangkan Tengku Fawwaz tidak mampu untuk bercuti lama.
“Yana dah apply cuti?” soal Tengku Fawwaz ketika mereka sedang makan malam bersama memandangkan Tengku Fawwaz tidak bekerja malam itu.
Mereka sudah berpindah ke rumah sendiri. Memilih untuk hidup berdua dan membaiki hubungan mereka. Tidak mahu ada campur tangan dari mana-mana pihak.
Dan Tengku Fawwaz ingin hidup berdikari bersama isterinya. Ingin merasai kenikmatan hidup berumah tangga.
“Dah tapi I tak pasti lulus ke tidak sebab sekarang ni jabatan I sibuk.” Jelas Aryana. Atas alasan apa Tengku Fawwaz meminta dia memohon cuti, Aryana tidak pasti. Sudah ditanya tetapi Tengku Fawwaz tidak memberitahu apa-apa.
“Abang yakin cuti Yana akan diluluskan,” ujar Tengku Fawwaz dengan yakin. Dia sudah ada rancangan yang tersendiri.
“Kenapa you suruh I minta cuti? Ada apa-apa ke?” sekali lagi Aryana mencuba nasib. Manalah tahu Tengku Fawwaz akan memberitahunya.
“Aip! Panggil abang, abang.” Jengil Tengku Fawwaz. Sudah diingatkan pada Aryana agar memanggilnya abang tetapi sengaja buat-buat lupa pula.
Aryana teresengih. “Sorry, terlupa.”
“Kali ini abang maafkan tetapi sekali lagi tersasul, tak ada kompromi ya.” Amaran diberikan pada isteri. Dan Aryana mengangguk faham.
“Kenapa you...eh! Abang suruh Yana minta cuti?” soal Aryana lagi.
“Adalah. Yang penting cuti Yana lulus.” Tengku Fawwaz masih lagi berahsia dengan Aryana.
“Yalah.” Akur Aryana. Nampaknya usaha Aryana tidak membuahkan hasil untuk mengorek rahsia dari suaminya. Tunggu sajalah pada hari kejadian. Apa yang bakal Tengku Fawwaz lakukan.
“Biar Yana yang basuh. Abang pergilah rehat,” suruh Aryana apabila melihat Tengku Fawwaz hendak membasuh pinggan.
“Tak mengapa. abang tolong Yana. Tadikan Yana dah masak. Sekarang ni biar abang yang basuh semua pinggan-mangkuk ni. Yana pergi depan dan rehat.”
Tengku Fawwaz hendak meringankan beban Aryana. Tidak mahu Aryana letih. Dan Aryana bukan orang gajinya yang perlu membuat semua kerja rumah. Dia sebagai suami perlu membantu Aryana juga. Ya, Tengku Fawwaz berusaha menjadi suami yang terbaik walaupun dia bukan yang sempurna.
“Tapi abang pun letih juga.” Aryana tidak mahu menyusahkan Tengku Fawwaz dengan kerja dapur.
“Memang tapi tadi abang dah rehat. Dah hilang penat tu sikit. Sekarang Yana pergi rehat. Biar abang yang uruskan semua ini. Believe me, dapur Yana takkan bersepah.”
Melihat kesungguhan suaminya, Aryana mengalah. Tiada guna berdebat siapa yang perlu buat kerja rumah.
“Baiklah.” Aryana melangkah meninggalkan Tengku Fawwaz di dapur. Dia duduk di depan televisyen sambil menonton drama Melayu. Ingin menonton movie, tiada mood pula.
“Cepatnya siap?” terkejut Aryana apabila melihat Tengku Fawwaz duduk disebelahnya. Suaminya ni cuci pinggan-mangkuk ke tak. Kemas meja makan ke tak?
“Bukannya susah pun. Setakat basuh pinggan dan kemas meja. Kacang saja.” Balas Tengku Fawwaz bersahaja dengan mata memandang televisyen.
Mencebik Aryana dengan jawapan sang suami. Riaknya!
“Esok kita balik rumah abi dan umi ya. abang tak pernah jumpa mereka lagi sejak abang balik.” Pinta Tengku Fawwaz
Aryana yang leka melihat drama, berpaling ke arah Tengku Fawwaz. Apa mimpi suaminya hendak berjumpa dengan orang tuanya. Tapi orang tuanya pun mertua Tengku Fawwaz juga.
“Abang tak takut ke nak jumpa abi dan umi?” spontan Aryana bertanya. Tiada niat hendak mengungkit perkara yang lepas.
“Takut juga tetapi abang kena bertanggungjawab dengan apa yang abang buat. Itu baru namanya lelaki.” Balas Tengku Fawwaz. Tipulah jika tiada perasaan gentar dan takut untuk berjumpa dengan mentuanya tetapi dia yang mulakan semua itu. Jadi, mahu atau tidak, dia perlu hadap juga.
“Okey. Nanti Yana beritahu umi.” Balas Aryana sedikit ragu-ragu. Aryana tidak tahu apa tujuan Tengku Fawwaz yang tiba-tiba saja hendak balik ke rumah ibu bapanya.
“Jomlah kita naik tidur. Dah lewat ni. Esok kerja.” Ajak Tengku Fawwaz. Sebenarnya dia ingin cuddle dengan Aryana sebelum tidur. Sejak dia sudah berbaik dengan Aryana, tidurnya tidak lena tanpa Aryana di sisi.
Berkerut dahi Aryana memandang Tengku Fawwaz. Lewat? Jarum jam baru menunjukkan pukul sepuluh lima minit. Sudah lewat? Paling awal suaminya tidur pukul sebelas malam. Tidak pernah pula tidur pukul sepuluh.
“Kalau you...abang mengantuk, pergilah tidur. Yana nak tengok cerita ni dulu. Nanti dah habis Yana masuklah.” Tolak Aryana sopan. Tidak mahu Tengku Fawwaz terasa hati dengan penolakannya.
“Drama tu Yana rekod saja. Abang nak tidur berteman.”
Seram sejuk pula Aryana rasa dengan kenyataan Tengku Fawwaz tu. Nak tidur berteman? Sebelum ini boleh saja tidur tidak berteman pun.
“Errr… Yana tak mengantuk lagi.” Aryana mencipta alasan.
Tengku Fawwaz sembunyi senyum melihat Aryana gugup. Alasan saja. Macamlah dia tidak tahu yang Aryana malu.
Bangun dari duduknya, Tengku Fawwaz menghampiri peti televisyen, lantas menutup suis televisyen. Aryana memandang Tengku Fawwaz dengan riak yang kurang percaya. Sengaja Tengku Fawwaz hendak cari pasal dengan dia.
“Jom. No excuse.” Ditarik tangan Aryana supaya bangun dari sofa itu. Aryana sengaja mengeraskan diri. Tidak mahu naik ke bilik bersama dengan Tengku Fawwaz kerana terasa lain macam pula aurat suaminya malam itu.
“Yana nak naik bilik guna kaki sendiri atau guna kaki abang. You choose.” Aura mengugut Tengku Fawwaz sudah keluar.
Berkerut dahi Aryana cuba menghadam maksud Tengku Fawwaz naik dengan menggunakan kaki lelaki itu. Macam mana? Suaminya hendak mengangkat diakah?
Belum sempat Aryana memproses sepenuhnya, tubuhnya sudah melayang ke atas. Terjerit kecil Aryana dengan tindakan Tengku Fawwaz yang mencempungnya.
“Fawwaz, turunkan I!” Aryana menepuk bahu Tengku Fawwaz.
“Dah terlambat. Yana lambat sangat buat keputusan,” balas Tengku Fawwaz sambil mendaki satu persatu anak tangga menuju ke bilik tidur mereka.
“Kalau Yana tak nak jatuh, lebih Yana diam. Kan dua-dua tergolek jatuh tangga nanti,” ujar Tengku Fawwaz lagi apabila Aryana cuba meronta untuk turun.
Dan Aryana memilih untuk diam. Dia tidak mahu tercedera. Wajahnya dipalingkan ke arah lain kerana malu dengan Tengku Fawwaz. Tidak berani hendak memandang wajah lelaki itu.
Tubuh Aryana diletakkan di atas katil. Tidak memberi peluang Aryana untuk bangun, Tengku Fawwaz awal-awal lagi sudah menghimpit tubuh sang isteri. Dihadiahkan senyuman nakalnya pada Aryana. Tengku Fawwaz suka mengusik Aryana dan melihat isterinya malu-malu.
“Fawwaz, apa ni?” Aryana cuba menolak tubuh Tengku Fawwaz tetapi sedikit pun tidak bergerak. Mana boleh lawan tenaga Tengku Fawwaz dengannya. Pasti dia kalah.
“Siapa Fawwaz?” tajam Tengku Fawwaz merenung Aryana. Mendekatkan wajahnya dengan wajah sang isteri.
“Errr...abang, janganlah macam ni. Cuba tidur elok-elok.” Tolak Aryana. Seram apabila sang suami bertindak sedemikian.
“Kenapa? Yana takut ke?” provok Tengku Fawwaz. Dia ingin melihat sejauh mana Aryana berani. Mata Aryana jelas menunjukkan yang wanita itu gugup dengannya.
“Abang jangan macam-macam. Tadi nak tidur.” Aryana mencuba sekali lagi menolak dada Tengku Fawwaz. Riak nakal sang suami buat Aryana tidak fikir benda lain. Janganlah sekarang kerana dia tidak bersedia lagi.
“Tiba-tiba rasa tak jadi nak tidur pula.” Aryana tidak mampu memandang riak nakal Tengku Fawwaz. Terasa seram sejuk. Lagi-lagi suara sang suami yang husky itu.
Saat melihat Tengku Fawwaz semakin mendekatkan wajahnya, Aryana menutup mata kerana tidak sanggup untuk melihat apa yang bakal berlaku seterusnya. Ketika itu Aryana merasai bibir Tengku Fawwaz menyentuh pucuk hidungnya. Gementar Aryana rasakan ketika itu.
Lama Aryana menantikan tindakan Tengku Fawwaz yang seterusnya tetapi tiada apa-apa yang berlaku. Yang Aryana dengar hanya tawa Tengku Fawwaz disebelahnya. Mata dicelikkan. Tengku Fawwaz sedang galak ketawakan dia.
“Fawwaz!” geram Aryana rasakan ketika itu kerana dipermainkan oleh Tengku Fawwaz. Laju tangannya naik menampar bahu sang suami.
“Kenapa? Kecewa ke sebab abang tak cium bibir darling?”
Soalan Tengku Fawwaz buatkan Aryana ingin selam suaminya di dalam tub mandi yang dipenuhi air ketika ini. Memang menyakitkan hati betul!
“Abang tidurlah sorang malam ni.” Baru saja Aryana ingin bangun tetapi Tengku Fawwaz bertindak dengan pantas menarik lengan Aryana sehingga isterinya jatuh ke dalam pelukannya.
“You can’t run, wife.” Bisik Tengku Fawwaz di telinga Aryana dengan suara bilik tidurnya.
Air liur yang Aryana telan kini terasa kesat. Aryana cuba bangun tetapi bisikan Tengku Fawwaz kali ini melumpuhkan badan Aryana dari terus begerak.
“Sekali Yana bangun, abang minta hak abang sebagai suami.”
Tersenyum Tengku Fawwaz apabila Aryana kembali kaku dalam pelukannya.
“Jangan pergi ke mana-mana. Abang nak kita macam ni jer. Teman abang tidur, okey.”
Bisik Tengku Fawwaz betul-betul di tepi telinga Aryana. Satu kucupan dihadiahkan pada rambut isterinya itu. Wangi.
Terasa tenang dan damai. Bahagia yang Tengku Fawwaz rasakan ketika ini. Ah! Kalau dia tahu yang perkahwinan itu indah seperti ini, pasti dia tidak akan buat perangai dulu.
“Sampai bila kita nak macam ni?” soalan Aryana menerbangkan lamunan Tengku Fawwaz.
“Sampai bila-bila selagi diizinkan oleh Allah.”
Jawab Tengku Fawwaz sambil mencium rambut Aryana beberapa kali. Dia suka dengan bau rambut Aryana. Harum. Bau yang sangat menenangkan jiwanya.
“Good night, Aryana.” Bisik Tengku Fawwaz dengan mata yang terpejam.
“Good night, Fawwaz.” Aryana pasrah. Kerana dia suka berada dalam pelukan Tengku Fawwaz. Suaminya. Sangat menenangkan jiwa dan perasaannya ketika ini. Tiada Aryana harapakan selain kehabagiaan dan jodoh yang panjang sekiranya Tengku Fawwaz adalah pemilik hatinya.
******
PAGI itu, Aryana bangun awal daripada Tengku Fawwaz dan sewaktu dia bangun, dia masih lagi berada dalam pelukan sang suami. Lena semalam dia tidur apabila berada dalam pelukan seorang lelaki yang bergelar suami. Sebelum ini, masing-masing tidur berjarak dan dipisahkan oleh bantal peluk. Semalam tidak pula.
Sebelum Tengku Fawwaz sedar, lebih baik Aryana bangun dan bersihkan diri. Nanti ada saja usikan yang bakal keluar dari mulut suaminya itu. Aryana juga yang susah nanti. Selesai membersihkan diri, Aryana menghampiri katil untuk mengejutkan Tengku Fawwaz yang masih lagi lena di atas katil.
“Abang, bangun. Dah subuh!” kejut Aryana dengan menyentuh bahu sang suami. Tetapi tiada respons dari sang suami.
“Fawwaz...bangun…” sekali lagi Aryana mengejut Tengku Fawwaz. Lelaki itu bergerak tetapi mata masih tertutup.
“Ya Allah, sabar sajalah. Nasib baik suami.” Geram Aryana rasakan ketika itu. Liat sungguh nak bangun. Baru saja Aryana ingin menyentuh bahu Tengku Fawwaz, tangannya direntap dan dia terjatuh di atas badan Tengku Fawwwaz.
Terjerit kecil Aryana dengan tindakan Tengku Fawwaz. “Abang! Apa ni? Habis wuduk Yana!” marah Aryana. Laju tangannya menampar dada Tengku Fawwaz.
“Aduh! Ganasnya!” terhenti tawa Tengku Fawwaz dengan tamparan Aryana tiba-tiba itu. Sakit juga. Tengok saja tangan kecil tetapi hebat penangannya.
“Lepaslah.” Aryana cuba bangun tetapi Tengku Fawwaz mengeratkan lagi pelukannya.
“Tak nak. Abang suka kita macam ni.” Ujar Tengku Fawwaz sambil memandang Aryana. Cantik!
“Bangunlah. Nanti terlepas subuh.” Alasan. Padahal baru saja masuk waktu subuh. Sebenarnya Aryana kurang selesa berada dalam keadaan sebegini. Intim. Dan mereka tidak pernah berada sedekat itu.
“Sekejaplah. Five minutes. Abang suka bau rambut dan tubuh Yana.” Tengku Fawwaz menghidu rambut Aryana. Naluri lelakinya bergetar. Rasa terbuai jiwanya. Mampukah dia bertahan?
“Lima minit sudah tamat.”
Keluhan dilepaskan. “Yana ni punctual sangat.” Keluh Tengku Fawwaz sambil melepaskan pelukan Aryana. Dan nasib baik Aryana sedarkan dia. Jika tidak dia sudah hanyut dengan nafsu lelakinya.
“Wake up! Solat subuh. Nanti abang nak sambung tidur balik, suka hati abanglah.”
Aryana melangkah masuk ke dalam bilik air kembali untuk mengambil wuduknya yang sudah terbatal tadi gara-gara encik suami.
Selesai solat subuh, Aryana turun ke bawah untuk sediakan sarapan. Hari ini dia bekerja. Tengku Fawwaz pun bekerja tetapi sempat lagi suaminya sambung tidur. Mengantuk benar. Padahal semalam tidur awal dan tak ada buat apa-apa pun. Tiba-tiba muka Aryana blushing ingatkan hal semalam. Tidak pernah mereka seintim itu tetapi Aryana bahagia dan tenang berada dalam pelukan Tengku Fawwaz.
Langkah kaki dibawa ke tangga untuk naik ke bilik. Mencari sang suami yang tidak nampak batang hidup. Biasanya waktu macam ni Tengku Fawwaz sudah turun. Baru saja kaki Aryana melangkah satu anak tangga, Tengku Fawwaz sedang menuruni tangga. Tidak jadi Aryana hendak melangkah naik.
“Ingatkan abang tidur lagi,” ujar Aryana separuh menyindir Tengku Fawwaz.
“Abang kerjakan hari ini. Takkanlah masa ni abang tidur lagi. Melainkan ada isteri di sebelah. Abang rela ponteng kerja.” Bisik Tengku Fawwaz nakal sebelum kaki menghala ke dapur. Keluar saja bilik tidur mereka tadi, sudah terbau harum masakan isteri.
Meremang bulu roma Aryana ketika itu. Suaminya kena sampuk ke? Tiba-tiba berubah romantik.
“Yana masak apa hari ni, sayang?” soal Tengku Fawwaz.
Panggilan sayang yang digunakan oleh Tengku Fawwaz buat Aryana rasa sesuatu. Dadanya dipegang. Perasaan itu datang lagi. Perasaan yang sudah lama dia kuburkan mekar kembali setelah dia memilih untuk memberi peluang kepada Tengku Fawwaz.
“Nasi lemak sambal sotong. Kesukaan abang.” Jawab Aryana. Bersinar mata Tengku Fawwaz mendengar balasan sang isteri. Tidak sabar hendak menjamahnya.
Tengku Fawwaz dan Aryana duduk dan sarapan pagi bersama. Tengku Fawwaz diam tanpa bicara menikmati nasi lemak Aryana yang memang kena dengan seleranya. Sedap!
“Abang nak bawa bekal hari ini. Nasi lemak Yana sedap sangat.” Pujian Tengku Fawwaz membuat Aryana melorekkan senyuman di bibir. Fikir Aryana masakannya tidak sedap kerana suaminya hanya senyap dari tadi.
“Boleh. Kejap Yana letak dalam tupperware.”
Selesai sarapan, Aryana bangun untuk menyiapkan bekal untuk suaminya. Walaupun jam masih awal dan rumah mereka tidak jauh dari hospital Putrajaya tetapi untuk mengelakkan dari kesesakan, mereka harus bertolak awal juga.
Tengku Fawwaz dan Aryana bertolak bersama-sama menuju ke hospital. Sejak tinggal bersama, Aryana sudah tidak memandu sendiri untuk ke tempat kerja kerana Tengku Fawwaz tidak membenarkan. Sudah puas dipujuk rayu, malah Tengku Fawwaz tetap menolak.
“Thank you untuk bekal ni, sayang.” Ucap Tengku Fawwaz lantas mencium dahi Aryana kemudian pipi. Buat bekal. Baru semangat nak bekerja hari ini.
Kaku Aryana dengan tindakan tidak terduga oleh Tengku Fawwaz. Pipinya memerah.
“Sama-sama.” Malu-malu Aryana membalas. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Tengku Fawwaz.
“Habis kerja nanti tunggu abang ya. Kita balik sama-sama. Ingatkan janji semalam.” Pesan Tengku Fawwaz sebelum mereka keluar dari kereta. Aryana bergegas masuk ke dalam hospital untuk mengelak daripada bertembung dengan staf hospital yang lain. Ramai yang tidak tahu dia dan Tengku Fawwaz suami isteri.
Geleng kepala Tengku Fawwaz dengan gelagat Aryana. Nampaknya dia perlu usulkan cadangan pada Aryana untuk memberitahu status hubungan mereka yang sebenar. Jadi, tidak perlulah sorok-sorok lagi.
Share this novel