BAB 9

Romance Completed 20789

ZAWIR geleng kepala apabila melihat si teman baik termenung jauh sambil tersenyum. Orang sedang dilamun cinta memang angau. Sejak dari tadi Zawir berdiri di ambang pintu ofis Tengku Fawwaz dan ternyata lelaki itu tidak sedar akan kehadirannya di situ. Zawir mengambil langkah menghampiri kerusi yang diduduki Tengku Fawwaz. Meja yang memisahkan mereka.

“Hoi!” meja ditepuk bagi menyedarkan Tengku Fawwaz dari terus dilamun cinta.

“Astaghfirullahalazim...kau ni, lain kali ketuk la pintu dulu. Terkejut aku.” Rungut Tengku Fawwaz. Kus semangat!

Zawir ketawa dengan bebelan temannya itu.

“Dah kenapa kau gelak pula? Kau sihat ke tak?” soal Tengku Fawwaz. Pelik dengan tingkah temannya itu.

“Sepatutnya aku yang tanya kau. Kau sihat ke tak? Dari tadi aku berdiri di muka pintu ofis kau ni, kau asyik mengelamun sambil tersenyum. Macam orang kurang siuman pula.”

“Aku tak dengar pun.”

Manakan hendak dengar kalau angau dengan isteri sendiri.

“Tak dengar sebab kau tengah angau!”

Tengku Fawwaz hanya mampu tersengih. Tidak menafikan akan kata-kata temannya itu.

“Fokus pada kerja. Jangan nak angau sangat. Balik nanti kau ulik dan peluk bini kau sampai puas.” Ujar Zawir. Teruk betul Tengku Fawwaz punya angau. Dulu tak suka. Sekarang ni, haih! Melebih pula.

“Ni kenapa kau datang sini? Tak round wad ke?” soal Tengku Fawwaz. Sengaja menukar topik. Malu kerana tertangkap angaukan isteri sendiri.

“Baru lepas round wad la ni. Aku lalu depan bilik kau, tengok kau asyik mengelamun sambil tersenyum. Sebab tu aku tegur. Bukan apa, aku risau pesakit takut nak jumpa kau.”

Zawir ketawa-ketawa. Senang hati dapat mengenakan Tengku Fawwaz.

“Dah tu tak reti nak balik bilik sendiri ke?” soal Tengku Fawwaz. Menghalau Zawir secara halus.

“Yalah. Aku nak pergilah ni. Aku bukan apa, risau kawan aku tak sihat saja. Susah nanti kalau jadi kurang siuman.”

Gelak kuat dari Zawir menarik minat beberapa orang jururawat yang kebetulan lalu di situ.

“Kau ni!” geram Tengku Fawwaz dengan usikan Zawir. Gembira betul dapat mengusik dia! Zawir! Zawir! Hanya mampu geleng kepala dengan perangai kawannya itu.

*****

TENGKU Fawwaz bergegas menuju ke ruang tempat letak kereta kerana ingin pulang dengan cepat. Rindu yang menggunung pada si isteri tidak tertanggung lagi. Baru saja hendak melangkah masuk ke dalam perut kereta, Zawir datang menyapa.

“Cepat betul kau balik. Biasanya waktu macam ni masih lagi sibuk dengan fail pesakit-pesakit kau.”

“Rindu wife di rumah.”

Selepas membalas ayat sindiran Zawir, terus Tengku Fawwaz meloloskan diri ke dalam perut kereta. Malas hendak melayan. Semakin dia melayan, semakin galak Zawir mengusik dia.

“Hoi!”

Tidak sempat Zawir hendak berkata lebih, kereta Tengku Fawwaz sudah meinggalkan perkarangan tempat letak kereta hospital. Bertuah punya kawan!

Setibanya di rumah, Tengku Fawwaz bergegas keluar dari kereta. Tidak sabar hendak menatap wajah Aryana. Bahasa rindu mula menyapa hati. Sejak dia membuka hati untuk Aryana, hatinya sudah pandai merindui.

“Assalamualaikum.” Tengku Fawwaz memberi salam sebaik saja dia membuka pintu rumah.

Tetapi tiada yang menyahut. Bayang Aryana tidak kelihatan. Tidak mungkin Aryana keluar kerana isterinya tidak memaklumkan apa-apa kepadanya.

“Aryana?” ruang dapur dijenguk tetapi Aryana tiada di situ. Kosong.

Langkah kaki dibawa menuju ke tingkat atas. Mungkin Aryana ada di dalam bilik tidur mereka. Sewaktu membuka pintu bilik, Tengku Fawwaz menarik nafas lega dan tersenyum melihat Aryana sedang lena di atas katil. Patutlah tiada di bawah.

Punggung dilabuhkan di birai katil. Wajah Aryana yang lena dipandang. Berkerut-kerut dahi Aryana ketika itu. Apalah yang isterinya mimpikan itu?

Raut wajah Aryana mampu mengusir rasa gundah di hatinya. Mengajar Tengku Fawwaz akan bahasa rindu. Memberi ketenangan pada hati yang marah. Dan juga cantik. Ya! Tengku Fawwaz baru perasan yang Aryana sangat cantik. Sebelum ini hatinya sibuk membenci tetapi sekarang sudah pandai merindui.

Tangan Tengku Fawwaz naik mengusap wajah Aryana yang lena itu. Sangat lembut kulit wajah Aryana. Rasa yang itu hadir lagi setiap kali dia berada dekat dengan Aryana. Rasa yang hadir ketika Tengku Fawwaz bertemu Aryana pertama kali selepas tiga tahun dia tinggalkan isterinya tanpa khabar berita.

“Bila you balik?” terkejut Aryana sebaik saja dia mencelikkan mata, Tengku Fawwaz sedang mengusap wajahnya. Aryana ingat hanya mimpi akan usapan itu tetapi realiti.

“Sorry kejutkan you.” Cepat-cepat Tengku Fawwaz melarikan tangannya. Terkantoi dengan Aryana. Itulah, leka sangat.

Aryana bangun bersandar di kepala katil. Dihulurkan tangan untuk bersalam dengan Tengku Fawwaz. Nasib baik suaminya menyambut hulurannya itu. Kalau tak, malu dia.

“Dah lama ke you balik? Maaf, tertidur tadi. Penat kemaskan rumah.” Beritahu Aryana. Tidak mahu Tengku Fawwaz anggap dia kaki tidur pula. Pertama kali mereka tinggal serumah walaupun sudah banyak kali berkongsi bilik tidur dan sebelum ini Aryana bekerja.

“Baru saja. It’s okay. I faham. Ni dah solat asar ke belum?” balas Tengku Fawwaz.

“Belum.” Geleng Aryana. Nasib baik dia tersedar dengan usapan Tengku Fawwaz.

“Pergi solat dulu. I nak mandi sekejap. Nanti kita masak sama-sama ya.” Pesan Tengku Fawwaz sebelum bangun dan berlalu ke walk in closet.

Aryana bangun menuju ke bilik air untuk mengambil sebelum menunaikan solat asar. Manakala Tengku Fawwaz masih belum selesai mandi. Selesai saja menunaikan solat asar, Aryana turun ke dapur terlebih dahulu memandangkan Tengku Fawwaz belum siap lagi mandi. Lama betul suaminya mandi. Kalah dia.

Bahan-bahan untuk memasak dibawa keluar. Aryana mula menggoreng ayam selepas memasak nasi. Jam sudah menunjukkan pukul 6.15 petang. Biasanya waktu macam ni Aryana sudah selesai memasak dan mereka menjamu selera.

“Kenapa tak tunggu I? Kan dah pesan tadi nak masak sama-sama.” Tegur Tengku Fawwaz sebaik saja berdiri di sisi Aryana yang sedang memotong bawang. Selesai saja mandi dan berpakaian, terus Tengku Fawwaz turun ke bawah mencari isterinya apabila sang isteri tiada dalam bilik.

“Kalau tunggu you, alamatnya kita makan malam pukul sembilan malam la.” Sindir Aryana. Mengusik sang suami.

“Amboi! Sindir I ya.” Digeletak pinggang Aryana tanpa sebarang Aryana. Suka betul isterinya dapat mengusik dia.

“Fawwaz, geli! Jangan usik situ.” Halang Aryana. Cuba menjauhkan diri dari Tengku Fawwaz. Suaminya ni pun, agak-agaklah jika hendak bergurau. Dahlah sekarang ni dia sedang memotong sayur.

“Okay-okay. I quit.” Tengku Fawwaz mengalah kerana tidak mahu menganggu kerja Aryana. Nanti lambat pula mereka makan malam.

Selepas makan malam, mereka duduk bersantai di ruang tamu. Tengku Fawwaz sedang menyiapkan kerjanya. Biasanya Tengku Fawwaz akan berada di bilik kerjanya tetapi malam itu dia memilih untuk duduk di ruang tamu.

Manakala Aryana melayan drama korea kegeramarannya. Aryana hanya fokus pada drama yang ditayangkan di kaca televisyen. Dia tidak mahu mengganggu sang suami yang sedang tekun membuat kerja.

“Yana...”

Panggil Tengku Fawwaz.

“Ya.” Aryana berpaling memandang Tengku Fawwaz yang berada di sebelah kanannya.

“Boleh tak kalau I nak buat satu permintaan dengan you?”

Aryan mengangguk dan memberi peluang kepada suaminya untuk menyatakan permintaan itu.

“Go on.”

“I nak you panggil I, abang. Boleh?”

Terkejut Aryana dengan permintaan Tengku Fawwaz itu. Mimpi apa suaminya semalam?

“You tak demamkan?” soal Aryana pelik dengan perangai suaminya. Tiba-tiba saja. Sebelum ini tidak kisah pula berI-You dengan dia.

“Mana ada. Abang sihat saja. Boleh ke tak panggil abang, abang?” soal Tengku Fawwaz lagi apabila Aryana tidak menjawab soalannya.

“I cuba.” Tidak sampai hati hendak menolak permintaan Tengku Fawwaz kerana wajah suaminya itu penuh dengan pengharapan.

Apa salahnya jika dia panggil Tengku Fawwaz dengan panggilan tersebut. Lagipun itukan panggilan hormat untuk seorang suami.

“Okay, darling.” Kenyitan mata Tengku Fawwaz membuat Aryana khayal seketika sebelum Tengku Fawwaz menegurnya.

“Aih! Takkan abang panggil darling dah terpikat.”

Usikan Tengku Fawwaz membuat muka Aryana merah. Malu! Aryana memilih untuk fokus pada drama koreanya itu dan tidak lagi berpaling ke arah Tengku Fawwaz.

Ah! Tengku Fawwaz dengan godaannya mampu mencairkan hati Aryana yang sedia cair. Tunggu sedikit masa lagi untuk melebur seperti ais.

“Mana ada,” nafi Aryana.

next chapter will be update tomorrow

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience