HOSPITAL Putrajaya dijejaki oleh Tengku Fawwaz. Hari ini dia akan memulakan kerjanya sebagai seorang doktor di sini setelah lama dia menetap di luar negara dan berjaya menjadi doktor pakar. Nasib baik dia bertugas di hospital yang tidak jauh dari rumah keluarganya. Jadi, tidak perlulah dia tinggal di rumah sewa kerana misi untuk memujuk mamanya masih lagi belum berhasil walaupun mamanya sudah tidak sedingin seperti sebelum ini.
Tengku Fawwaz memulakan tugasnya hari ini dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Setiap kali merawat pesakit-pesakitnya atau berselisih dengan nurse-nurse, pasti dihadiahkan senyuman itu buat mereka.
"Nanti awak minta bahagian X-Ray hantar pada saya ya result scan remaja tadi," pesan Tengku Fawwaz kepada jururawat yang berdiri di depan mejanya.
"Baik, doktor." Angguk jururawat tersebut sebelum berlalu keluar.
Bunyi ketukan pintu bilik mengganggu Tengku Fawwaz membuat kerja. Dan di suruh masuk.
"Doktor..." Aryana terkaku di hadapan pintu masuk. Tengku Fawwaz bekerja di hospital sama dengan dia?
Bunyi deheman Tengku Fawwaz mengembalikan Aryana ke alam realiti.
"Result scan yang doktor minta tadi." Dihulur sampul coklat yang besar itu kepada Tengku Fawwaz.
"Terima kasih." Ucap Tengku Fawwaz. Menyembunyikan rasa terkejutnya. Jadi, Aryana kerja di bahagian X-Ray. Kenapa dia tidak tahu pekerjaan Aryana sebelum ini?
"Sama-sama." Balas Aryana. Melangkah untuk keluar dari bilik tersebut.
"Wait." Tengku Fawwaz menahan Aryana daripada melangkah keluar.
"Ya. Ada apa yang saya boleh bantu doktor?" Aryana berpaling kembali ke arah Tengku Fawwaz. Memilih untuk berkomunikasi secara formal. Tidak mahu mencapur adukkan masalah peribadi dengan kerja.
"I think, we need to talk. Lepas waktu kerja you, I tunggu you di ruang parking."
"Errr... baiklah." Angguk Aryana. Lantas dia meminta diri untuk berlalu keluar kerana masih banyak kerja yang perlu dilakukan. Dan juga rasa terkejutnya masih belum hilang.
Tetapi kenapa tiba-tiba Tengku Fawwaz mengajaknya berbincang? Adakah lelaki itu ingin menceraikan dia? Kalau itu keputusan lelaki itu, dia terima walaupun hatinya sakit.
Jadi, Aryana kerja di hospital yang sama dengan dia? Tapi kenapa papa atau Tengku Farhana tak ada beritahu pun pada dia? Dah aku tak tanya. Huh!
Adakah kehadiran Aryana tadi merupakan petunjuk untuk istikharah dia selama seminggu?
Tengku Fawwaz melepaskan keluhannya. Berat sekali kedengarannya. Apa-apa pun dia perlu selesaikan masalah ini dengan segera.
Seperti yang dijanjikan, Aryana menunggu Tengku Fawwaz di bahagian parking. Aryana bersandar pada keretanya. Nasib baik keretanya berada tempat yang teduh dan tidak terkena cahaya matahari.
"Sorry, I'm late. Ada patient tadi. Dah lama tunggu ke?" Sampai saja di hadapan Aryana, Tengku Fawwaz memohon maaf kerana dia terlewat.
"Tak mengapa. I faham." Balas Aryana. "Ada apa you nak jumpa I?" soal Aryana. Terus kepada tujuan asal.
"Kita pergi minum boleh? Rasa macam tak selesa pula berbual di sini," cadang Tengku Fawwaz. Ingin berbincang secara serius dengan Aryana.
"Up to you. I ikut saja." Balas Aryana.
"Kalau macam tu, come. Naik kereta I." Ajak Tengku Fawwaz. Sudah mula hendak melangkah pergi.
"I rasa, I naik kereta I kut. I ingat nak balik rumah terus. I follow you dari belakang." Aryana menolak ajakan Tengku Fawwaz kerana dia berasa agak janggal apabila lelaki itu tiba-tiba saja baik dengan dia.
"Okay." Angguk Tengku Fawwaz dan berlalu ke keretanya.
Tiba saja di kafe yang terletak di kawasan berdekatan, Tengku Fawwaz memilih tempat yang agak tersorok dan sesuai untuk mereka berbincang. Selesai membuat pesanan, Aryana mula bersuara.
"So, apa yang you nak bincangkan?" soalan dari Aryana mematikan pandangan Tengku Fawwaz padanya. Sebenarnya Aryana kurang selesa dengan pandangan yang diberikan oleh Tengku Fawwaz.
"About us." Jawab Tengku Fawwaz. Kenapa dia rasa Aryana semakin cantik dan menawan? Ke dia dah jatuh cinta pada isteri sendiri? Ah! Mengarut!
"You nak ceraikan I?" soal Aryana tanpa selindung kerana perkara itulah yang sedang bermain di fikirannya sejak dari tadi.
Dan soalan Aryan mengejutkan Tengku Fawwaz. Soalan Aryana membuatkan lidah dia kelu untuk membalas. Isterinya ingin bercerai dengan diakah? Kenapa hatinya berat untuk melepaskan isterinya?
"Nope. I nak bincang ke mana arah tuju hubungan kita." Akhirnya Tengku Fawwaz bersuara setelah diam tanpa bicara untuk beberapa saat.
"Hubungan kita? I serahkan semua pada you, Tengku Fawwaz," ujar Aryana. "You suami. Kalau you nak ceraikan I sekalipun, I terima. Dan I tahu you tak cintakan I. Jadi, I rasa hubungan kita mungkin sudah tiada arah tuju." Sambung Aryana tenang. Walaupun di dalam hatinya, sakit usah dikatakan lagi. Hanya dia yang rasa.
"Aryana... I minta maaf sebab tinggalkan you semasa hari pernikahan kita." Tengku Fawwaz memohon maaf dengan Aryana. Sedar akan kesilapannya.
"I dah lama maafkan you, Tengku Fawwaz. Dan you jangan risau, dalam hati I, tak pernah salahkan you. Hatta berdendam dengan you sekalipun." Tenang sekali Aryana berkata. "Dan semua ini salah I. Kalau I tak terima lamaran mama, kita tak akan berkahwin. Mungkin pernikahan kita satu kesilapan."
Kata-kata Aryana membuatkan Tengku Fawwaz berasa sesak nafas. Baru saja tadi dia menarik nafas lega kerana Aryana sudah memaafkan dia. Adakah Aryana menyesal berkahwin dengan dia?
"Aryana... I yang salah. Bukan you." Geleng Tengku Fawwaz. Dia tidak mahu Aryana menyalahkan diri sendiri. Kalau setahun yang lepas, ya! Memang dia salahkan Aryana tetapi sekarang tidak lagi. Kerana rasa marah sudah beransur hilang.
"I nak kita teruskan perkahwinan kita. I akan belajar mencintai you."
Kata putus dari Tengku Fawwaz mengejutkan Aryana. Tengku Fawwaz nak teruskan perkahwinan mereka? Aryana tidak silap dengarkan?
Melihat kebisuan Aryana membuatkan Tengku Fawwaz berasa bimbang. Adakah Aryana tidak setuju dengan keputusan dia? Dan adakah Aryana ingin bercerai dengan dia?
Dia harap sangat, jawapan ya. Memilih untuk hidup bersama dia dan bukan cerai.
"Aryana?" panggil Tengku Fawwaz apabila melihat Aryana hanya diam sambil menundukkan wajahnya itu.
"Bagi I masa. I akan fikirkan," pinta Aryana. Dia perlukan waktu untuk fikirkan semua ini. Betul ke Tengku Fawwaz akan belajar untuk mencintai dia?
"Baiklah. Dan I mengharapkan jawapan positif dari you." Tengku Fawwaz bersetuju dengan permintaan Aryana. Baiklah! Dia akan bagi Aryana masa untuk berfikir.
Aryana hanya diam tanpa mengangguk. Dan hanya tersenyum tipis.
Adakah doanya selama ini telah dimakbulkan oleh Allah?
Bab seterusnya esok ya. stay tune
Share this novel