BA B 13

Romance Completed 20789

NOTE: Raw edition. Edisi belum edit lagi ya. Untuk yang dah edit, boleh dapatkan .

*****

PERCUTIAN mereka di negeri bawah bayu, Sabah bermula di Kota Kinabalu. Penerbangan dari KLIA2 ke Kota Kinabalu International Airport memakan masa selama dua jam lebih. Aryana tidur sepanjang penerbangan mereka. Dan sebaik saja tiba di KIA, ada rakan Tengku Fawwaz yang sudah menunggu dan menguruskan segala hal yang berkait dengan percutian mereka itu.

Tengku Fawwaz memandu kereta yang disewa menuju ke hotel tempat mereka menginap nanti. Hotel Hilton menjadi pilihan mereka untuk menginap sepanjang 3 hari 2 malam. Selesai urusan daftar masuk, mereka menuju ke bilik executive suite. Terpegun Aryana saat melangkah masuk ke dalam ruangan menginap mereka. Tidak sangka yang Tengku Fawwaz akan menempah bilik hotel semahal ini.

“Kita rehat sekejap ya, sayang. Lepas lunch baru kita keluar jalan-jalan.” Ujar Tengku Fawwaz sebaik saja merebahkan badan di atas katil. Terasa nikmatnya.

“Okay. Abang rehatlah,” balas Aryana sambil kaki melangkah ke pintu gelangsar untuk melihat pemandangan bumi bawah bayu. Sungguh cantik.

“Sinilah. Kita rehat sama-sama. Mesti sayang pun letih jugakan.” Tengku Fawwaz menepuk-nepuk katil supaya Aryana berbaring di sebelahnya.

Serba-salah Aryana ketika itu. Ingin menolak, pasti Tengku Fawwaz terasa hati tetapi jika dia tidur di sebelah encik suami, pasti tangan Tengku Fawwaz menjadi sotong dan tidak duduk diam.

“Come here, Aryana. I need you beside me.” Panggil Tengku Fawwaz apabila si isteri masih lagi tercegat di situ.

“Errr...baiklah.” Teragak-agak Aryana ingin melangkah ke arah katil. Terasa berat kakinya.

Tubuh direbahkan di atas katil sebelah Tengku Fawwaz sebaik saja dia menanggalkan tudung. Aryana berbaring menentang dan tidak berani hendak memandang encik suami kerana dia dapat rasakan yang Tengku Fawwaz memandang dia dengan tajam.

“Dekatlah sikit. Susah abang nak peluk.” Tanpa amaran, Tengku Fawwaz menarik Aryana mendekatinya. Terjerit kecil Aryana dengan tindakan encik suami di sebelah.

“Abang!” laju Aryana menampar lengan Tengku Fawwaz yang melingkari pinggangnya.

“Aduh! Main kasar ya,” ujar Tengku Fawwaz. Tangannya naik menggeletek Aryana.

“Abang, stop! It’s tickles!” Aryana menolak tangan Tengku Fawwaz yang masih lagi menggeletek pinggangnya.

“Yana janji...tak...bu...at la...giiiii...” tersekat-sekat kata-katanya gara-gara tangan nakal Tengku Fawwaz yang tidak henti mengusiknya di pinggang. Geli tak payah cakap kerana itu tempat yang sensitif baginya.

“Abang!” terjerit kecil Aryana dengan tindakan Tengku Fawwaz yang menariknya ke atas tubuh lelaki itu. Tidak bersedia dengan tindakan encik suami.

“Stand still, sayang.” Tengku Fawwaz mengemaskan pelukannya. Tidak mahu Aryana lari dari dia. Rasa tenang dan nyaman apabila memeluk sang isteri. Yang halal untuknya.

“Turunkan Yana. Yana bukannya kurus pun,” pinta Aryana. Segan dan malu dengan keadaan mereka yang intim itu. Tidak pernah Tengku Fawwaz berkelakuan sebegini sebelum ini.

“Shhhh...close your eyes.” Bisikan Tengku Fawwaz yang penuh sensual itu meremangkan bulu roma Aryana. Dia hanya mengikut permintaan encik suami dan akhirnya mereka terlena bersama angan-angan yang indah.

******

PETANG itu mereka keluar berjalan di sekitar bandar Kota Kinabalu. Mengenali serba sedikit tentang budaya orang Sabah. Tengku Fawwaz memegang erat tangan Aryana kerana tidak mahu isterinya hilang dari pandangan matanya. Meluangkan masa bersama-sama untuk mengenali antara satu sama lain.

Memandangkan matahari terbenam awal di sana, Tengku Fawwaz membuat keputusan untuk solat maghrib di hotel dan akan keluar kembali selepas itu untuk mencari makan malam. Dari tadi Aryana membuat permintaan hendak makan seafood malam nanti.

“Yana, sini kejap.” Panggil Tengku Fawwaz yang sedang menonton televisyen manakala Aryana sedang berdiri di beranda bilik hotel memandang pemandangan yang indah itu.

“Ada apa abang?” soal Aryana berpusing tubuh mengadap encik suami yang duduk bersila di atas katil. Tiada tanda-tanda akan melangkah masuk ke dalam. Kacau pula, dia sedang enak melayan pemandangan yang cantik.

“Sinilah. Abang ada sesuatu nak bagi pada sayang.” Tangan digamit dan menepuk tilam beberapa kali supaya Aryana duduk di sebelahnya.

Tiada pilihan, Aryana melangkah masuk ke dalam dan duduk di sebelah Tengku Fawwaz. Membiarkan kakinya terjuntai ke bawah.

Tengku Fawwaz memegang bahu Aryana dan memusingkan badan sang isteri supaya mengadapnya.
“Macam ni baru betul.” Ujar Tengku Fawwaz sebelum berpusing mengambil sesuatu di atas meja yang terletak di tepi kepala katil.

“Untuk sayang.” Kotak yang berbentuk love dihulurkan oleh Tengku Fawwaz disambut dengan pandangan yang tertanya-tanya.

“Bukalah. Nanti sayang akan tahu,” ujar Tengku Fawwaz apabila melihat wajah Aryana yang penuh dengan tanda tanya.

“Cantiknya!”

Terkejut Aryana. Sebaik saja kotak yang berbentuk love itu dibuka, seutas rantai tangan yang dihiasi dengan mutiara dan juga berlian menyapa pandangannya. Rantai tangan tersebut dihiasi dengan mutiara dan berlian yang tidak terlalu padat. Ringkas tetapi cantik.

“Yana suka?” Menanti jawapan sang isteri yang masih lagi membelek rantai tangan yang di pegang itu.

“Suka.” Terangguk-angguk Aryana. Gembira dengan pemberian yang tidak terjangka dari encik suami walaupun bukan seutas rantai tangan emas.

“Terima kasih, abang.” Terus Aryana memeluk Tengku Fawwaz yang berada di depannya. Tidak terduga dengan tindakan sang isteri tetapi Tengku Fawwaz turut membalas pelukan itu.
Dia gembira jika Aryana gembira.

“Sama-sama, Yana.” Balas Tengku Fawwaz. Mengeratkan lagi pelukan mereka. Tengku Fawwaz berharap Aryana terus berada dalam pelukannya sehingga akhir hayatnya.

Sedar yang dia sudah terlanjur bertindak, Aryana cuba merungkai pelukan mereka tetapi Tengku Fawwaz mengetatkan lagi pelukan itu sehingga tiada ruang antara mereka.

“Errr...abang...”

“Five minutes please…” pinta Tengku Fawwaz separuh merayu.

“Okay,” akur Aryana. Membiarkan Tengku Fawwaz memeluknya kerana dia suka berada dalam pelukan sang suami. Tenang dan damai hatinya.

Malam itu mereka keluar makan malam. Aryana memesan pelbagai jenis lauk yang ada di situ. Dan apabila ditegur oleh Tengku Fawwaz dengan senang dia menjawab,

“Abangkan ada. Abanglah yang habiskan.”

Geleng kepala Tengku Fawwaz dengan jawapan sang isteri.

Ya! Apa saja yang Aryana tidak habis makan, dia yang tolong habiskan sehingga berat badan dia naik mendadak. Nasib baik dia sempat ke gim pada waktu cuti.

“Sedapnya.”

Melihat ekpresi wajah Aryana itu, Tengku Fawwaz senang hati. Sejak mereka tiba di Sabah, dia nampak Aryana sangat gembira. Mungkin sudah lama isterinya tidak bercuti memandangkan jadual kerja isterinya sangat padat.

“Tambah lagi lauk tu. Abang tengok sikit saja Yana makan.”
Diletakkan isi ketam yang telah dibuang kulitnya ke atas pinggan Aryana. Suka dia apabila melihat Aryana makan dengan berselara sekali.

“Terima kasih abang,” ucap Aryana. Suka apabila ada orang tolong asingkan isi ketam dengan kulitnya. Lagilah bersemangat dia hendak makan.

“Sama-sama, sayang.”

Sambil makan, mereka menikmati pemandangan malam di waterfront. Angin malam laut cina selatan memberi ketenangan di hati. Nyaman sekali rasanya.

“Dah siap? Jomlah kita balik ke bilik. Esok nak tengok matahari terbit.”

Tengku Fawwaz sudah bangun dan mengambil beg tangan Aryana. Sebaik saja Aryana bangun, dia terus tautkan jari-jemarinya dengan Aryana. Bukan dia tidak perasan mata-mata lelaki yang dari tadi asyik memandang Aryana.

Cemburu?

Haruslah! Mana ada suami yang suka lelaki lain memandang isterinya.

“Alaa..baru hayati pemandangan malam di sini.” Muncung Aryana apabila Tengku Fawwaz menariknya berlalu dari situ.

“Tak payah. Kita hayati pemandangan dalam bilik. Abang tengok Yana, Yana tengok abang. Manalah tahu kejap lagi kita boleh tidur awal.”

Berpaling Aryana dengan kata-kata encik suami yang bagi dia sangatlah seram. Lain macam bunyinya.

“Tak mengapalah. Yana layan drama lagi bagus.” Mengelak. Tidak senang duduk pula apabila encik suami berkata begitu kepadanya.

Tengku Fawwaz ingin ketawa apabila melihat Aryana yang kelihatan sedikit gelisah dan seakan takut dengannya. Itu baru dia bergurau. Kalau betul, mahunya kejung sang isteri nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience