Epilog

Romance Completed 8748

Selesai saja makan malam dengan Eddy suamiku, aku terus menuju ke balkoni di bilik untuk merehatkan fikiran. Akhirnya semua masalah selesai. Lelaki yang aku suka sudah jadi suami ku pun.

“Sayang abang buat apa dekat balkoni ni, sejuk tau, nanti demam sayang abang ni”

Aduh... dah mula dah dia panggil aku sayang, meremang bulu roma aku dengar, tapi aku rasa senang juga bila Eddy panggil aku macam ni.

“Awak ok ke ni? Kenapa lepas kahwin je ka terus berubah macam ni?”

“Bukan awak, tapi abang, dah jangan bersaya awak lagi dengan abang.Nanti abang kiss baru tau,” ugutnya Eddy.

“Erk!!” terkejut aku mendengarnya.

“Abang bukan berubah la sayang, abang cuma tak sangka yang selama ni kita berjodoh kan...Masa mula-mula kenal dulu, abang dah rasa macam tak boleh je nak kawan dengan sayang. Tapi abang cuba untuk belajar menerima sayang, semakin hari semakin abang terpikat dengan Julia yang real tapi lepas tu, jatuh juga hati dan perasaan ini semula pada sayang.Julia tak rasa ke apa yang abang rasa?”

Terharu aku mendengar luahan hati dia ni...

“Memang Julia sedih bila dapat tau yang kita mungkin tak dapat nak bersama, Julia dah mula rasa yang abang ni tak nak kat Julia. Tapi tak sangka yang abang terima juga selepas Julia luah perasaan dan lamar abang untuk kahwin dengan Julia. Sebab dah lama Julia suka pada abang.”

“ Jadi selama ni Julia suka kat abang lah ye?” Aku hanya mampu mengangguk tanda setuju.

“Terima kasih sayang,” katanya lalu memelukku dengan erat.

Kini baru aku tahu macam mana rasa bila kita telah dapat memiliki orang yang kita sayang selama ini... Bahagia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience