BAB 7

Romance Completed 8748

“Bos!” Teriak Julia kuat.
Rahman yang masih berbual itu tersentak dengan jeritan Julia. Segera dia menoleh ke arah dapur.

‘Daniel !’ Detik hatinya. Matanya dikecilkan melihat kehadiran daniel di situ.

“Julia! Daniel! Korang dua jumpa aku dekat luar halaman.” Tegas kedengaran suara Rahman.

Julia mula kecut perut.

‘Kenapa pulak ni? Aku ada buat salah ke? Aku kacau dia ke? Aku buat dia tak selesa ke?’ Hati Julia mula berdetik kegelisahan.

Tanpa membantah, mereka melangkah perlahan ke arah halaman. Rahman mengorak langkah ke arah kedua pekerjanya.

“Daniel!” Panggil Rahman dengan kuat.

“Ya bang,” sahut Daniel lemah.

Julia tercengang melihat mereka. Abang? Hatinya mula tertanya-tanya. Maknanya mereka adik-beradik? Julia merenung muka mereka berdua.

‘Takde sama langsung pun! Entah-entah Daniel anak angkat? Huh, anak angkat tak sedar diri.’ Fikiran Julia mula berfikiran jahat.

“Apa yang kau dah buat dengan Julia masa dekat hotel lepas kerja hari tu?” Jerkahan dari Rahman mengejutkan Julia yang sedang berfikir bukan-bukan.

“Bos tahu?!” Tanpa sedar Julia terteriak.

Serentak dua pasang mata memandangnya penuh tajam. Tersedar, Julia menutup mulutnya.

“Ya, memang saya tahu,” ucap Rahman lembut sebelum menyambung, “sekarang aku nak kau, Daniel minta maaf dekat dia dan berjanji kau takkan buat macam tu lagi kalau kau tak nak hilang kerja kau.” Perintah Rahman dengan tegas.

Daniel yang pada mulanya memandang remeh pada perintah abangnya, akhirnya menurut juga apabila Rahman mengugut untuk memberitahu maknya.

“Julia, saya nak minta maaf dengan perilaku adik saya yang kurang sopan tu.” Rahman memandang Julia penuh suka.

“Takpe bos, hehe.” Julia hanya tersengih tetapi apabila matanya hinggap di raut wajah Daniel segera senyumannya pudar.

“Okeylah bos, saya pergi dulu.” Selepas menyalam Mak, dan memberi salam pada Rahman, Julia segera berpaling tanpa berkata apa-apa kepada Daniel yang dah masam mencuka mukanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience