BAB 2

Romance Completed 8748

“Awak ni marah sangat ni. Cuba cakap sopan sikit dengan saya. Apa paun, awak patut tahu ya. Saya boleh menahan awak sekarang juga dan letak awak di pusat pemuihan akhlak mana-mana jika awak berterusan bersikap begini.” Polis bernama Basri itu mula membuka bicara panjang lebar depan Julia.

“Saya tak peduli lah. Nak tahan saya buat apa? Bukan saya yang salah pun. Lagi pun saya tak ada urusan di sana. Dan encik polis juga tak patut berada di sini. Inikan hal keluarga saya.” Julia segera berpaling namun baru selangkah tangannya ditarik. Terpana Julia. Seliar mana pun dia tidak pernah membiarkan mana-mana lelaki menyentuhnya begitu saja.

“Lepaskan saya!” Jerit Julia pada anggota polis yang baru diherdiknya itu.

“What if I don’t? Awak nak pukul saya macam awak pukul abang awak tadi, huh?” Ujar Basri sinis dan sedas ditambah dengan wajah perlinya itu.

“Jangan nak cabar saya encik polis!” Lantas Julia menyepak kuat paha polis itu. Ali hanya memandangnya dengan terlopong. Tidak sangka Julia se’keras’ itu. Payah benar nak makan saman.

Basri yang merengkot di bawah segera bertanya kepada bapa Julia, “Encik nak kami tahan dan bawa dia ke Pusat Pemulihan Akhlak ke?” Ayah Julia memandang dengan serba salah. Walaupun Julia memang keras dari segala segi tapi dia tetap anaknya.

“Saya tak tahu nak cakap apa. Encik tanyalah dia.” Balas ayah Julia.

“Ayah awak dah bagi pilihan. Awak patut bersyukur ada ayah begini. Kalau saya yang jadi ayah awak, memang saya biar awak mereput dalam penjara.” Tegur Polis bernam Ali.

“Saya tak mahu. Kalau encik jadi ayah saya, lagi teruk kot saya kerjakan.” Lantas Julia menyepak kuat kaki Ali pulak.Lama-lama setiap anggota polis takkan datang rumah ini lagi disebabkan Julia. Dia hanya tersenyum sinis lalu melangkah masuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience